Friday, April 4, 2014

Maklum Balas Kem Zero To Hero 23-25 March 2014

Salam Hormat 


Sedikit sebanyak maklum balas yang diterima melalui FB Smarts Coach. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta2 kem yang sangat berdispilin dan bersemangat. Tidak lupa juga kepada ibubapa yang sanggup menunggu sehingga 2 jam untuk bersama-sama SirNoordin, Mentor Kamarul Azhar serta fasilitator dalam sessi 'one to one'. Tahniah!! 



Gambar selepas keluar 'jungle trekking' 



This camp is very very good :) banyak pengalaman yang sye dpat .. Terima kasih cikgu yang mngajar kami .. Kami akan ingat semua ilmu yang cikgu bagi sampai mati :)



Ahmad Shaquir finally found some encouragement to improve himself and be comfortable in his own skin. Thank you very much for everyone in believing in Ahmad Shaquir and syukur pada Allah kerana menemukan saya pada page ni.

Sessi "Bom" - "Bom"



Good for motivation with experience instructors.



Terima Kasih Kepada Semua Abg-ii & Akak-ii Kerana Banyak Membimbing Saya Dalam Kem Ini :') Terima Kasih Sgt-ii ... Jasa Mu Xkan Ku Lupa :')

Apa yang penting? KERJASAMA



Great place to make a change

Teruskan memberi komen kerana ini akan membantu kami memperbaiki seterusnya meningkat perkhidmatan kami kepada anda semua!


Siapa Kamu?
Saya Bijak Saya Boleh


ADMIN

Kemaskini Marathon March 2014!

Salam Hormat 


Agak lama sir tidak mengemaskini blog ini disebabkan beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan. Ternyata bulan March ini juga titik tolak perjalanan kareer samada 'stay' atau 'berhijrah'. Ternyata bukanlah suatu keputusan yang mudah... disamping itu, sir telah mula secara serius membentuk Smarts Coach menjadi sebuah syarikat yang mempunyai pekerja tetap dimana komitmen untuk mengukuhkan pendapatan syarikat juga menjadi keutamaan. 



Berhijrah! 

"Berubah tidak bermakna bertambah baik tetapi untuk bertambah baik kita perlu berubah!"

Setelah memikirkan secara serius, keputusan untuk berhijrah juga muktamad walaupun ditawarkan dengan tawaran yang 'tidak logik' untuk ditolak. Seyakinnya keputusan ini juga dariNya. Semoga dipermudahkan agar niat untuk membina 'jejak langkah luarbiasa' menjadi kenyataan. 

Smarts Coach... 



Alhamdulillah di bawah pengurusan Pengarah Urusamerangkap Pengarah Pemasaran Smarts Coach, En Jamsari Bachtiar dibantu En Mohd Barzah telah mula melebarkan pemasaran dengan lebih agresif. Sebagai permulaan dua buah sekolah telah mengikuti program Sekolah Angkat Smarts Coach iaitu SK Bukit Beruntung dan SMK Bukit Sentosa dimana Smarts Coach akan bertanggungjawap dalam kemajuan akademik sekolah-sekolah berikut. Kami juga mendapat cadangan dari wakil ahli Parlimen Hulu Selangor agar mengambil dua sekolah angkat bagi setiap DUN. Agak terharu dengan kepercayaan yang diberikan walau bagaimanapun kami sedang merangka strategi agar permintaan ini dapat dilaksanakan dengan baik. Insyallah. 




Seminar Zero To Hero bagi pelajar tahun 6 di SK Bukit Beruntung

Bagi memastikan kualiti yang tinggi, Smarts Coach juga menghantar pasukan faslitator menghadiri kursus Professional Associate Certified Trainers (PACT) anjuran Fadzilah Kamsah Academy selama 5 hari yang diketuai oleh Dato' Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah, Dr Tengku Asmadi dan Tuan Hj Tajodin. 

Boleh baca di blog Kak Dell - Kursus PACT



Syarikat korporat juga tidak ketinggalan dimana program Minda Kreatif Smarts selama 2 hari telah dijalankan di BERNAMA yang diketuai oleh Mentor Utama Kamarul Azhar Abd Rahman. Program ini dihadiri seramai 30 peserta yang terdiri dari Editor dan Wartawan. Tahniah! 



Sir juga diberi peluang untuk ke udara di BERNAMA Radio24 dalam rancangan Ala Carte Pagi untuk ditemubual tentang Smarts IMPIAN dan Sistem Defensive Smarts (SDS). 



Juga tidak lupa Kem Motivasi Zero To Hero selama 3 hari 2 malam di Nur Laman Bestari sebagai program cuti sekolah bagi yang berumur 10 tahun - 17 tahun. Kem ini merupakan kem perkongsian ilmu dari DMFK bagi memantapkan motivasi, Sir berkongsi rahsia daripada corot menjadi pakar dunia serta dibantu oleh Mentor Kamarul Azhar Abd Rahman yang juga merupakan pengamal NLP. Setiap fasilitator yang bertugas bertanggungjawap untuk memberi taklimat ringkas perkembangan peserta kepada ibubapa. Ternyata ini memberi ruang kepada ibubapa untuk mengenali anak-anak mereka lebih mendalam juga fasilitator yang bertugas agar dapat terus berkomunikasi selepas kem tersebut. 

Maklumat lanjut boleh dibaca di blog Kak Dell - Kem Motivasi Zero To Hero



Sekalung tahniah kepada semua yang terlibat terutamanya Kem Komandan En Abu Barzah, Kak Dell, Enaliza, Kak Nell, Lisa, Kak Zazah dan Mak Teh Azlinei. Tidak lupa juga En Jamsari dan En Kamarul Azhar. 



Akhir sekali, buku RAHSIA 100 IMPIAN: DARIPADA COROT MENJADI PAKAR yang sir usahakan selama ini dengan dibantu oleh Kak Dell telah siap sepenuhnya. Alhamdulillah pada 7 March 2014 kami telah menandatangani perjanjian penerbitan dengan syarikat Jootawan Group Sdn Bhd dan akan diterbitkan pada akhir bulan April ini. Terimakasih di atas kesudian DMFK memberi prakata dalam buku kami. 

Insyallah. 

Boleh baca: Buku Pertama Dell bersama Seorang Motivator 

Jangan lupa dapat buku tersebut apabila diterbitkan nanti. 

Sebarang pertanyaan boleh email kepada impian@smartscoach.com 

Sekadar ini sahaja buat masa ini, semoga memberi maklumat terkini dan manfaat kepada semua. Amin.

SirNoordin Khalid
Bukit Beruntung

Thursday, February 27, 2014

Berani Berhijrah!!

Salam Hormat


Sejak mula berkerja sehingga sekarang, sir perasan pada setiap kitaran 6 tahun sir akan mula mendapat beberapa peluang untuk 'berhijrah'. No joke! It happens again! 




Kenapa kita perlu berhijrah? 
Biasanya kita berhijrah kerana ini mencari sesuatu yang baru yang boleh dijadikan nilai tambah pada diri dan kewangan. Kita perlu 'berhijrah' apabila kita mula merasakan tidak terdapat nilai tambah dalam pekerjaan kita. Kita akan tahu bila kita mula merasa bosan dengan apa yang kita lakukan ...tidak merasa tercabar lagi!! Jika tidak, kita akan mula berada dalam situasi 'comfort zone' dan ini yang amat merbahaya kepada perkembangan diri. 


Kenapa kita takut berhijrah? 
Kerana kita sudah merasa amat 'comfortable' dengan perkerjaan, sistem, persekitaran dll. Kita mula menjadi seperti robot yang melaksanakan kerja harian yang hampir sama tanpa mempedulikan nilai tambah diri. Kita akan merasa takut untuk 'berhijrah' dari melakukan sesuatu yang biasa kepada sesuatu yang luarbiasa atau tidak biasa.

Berhijrah tidak bermakna kita perlu berpindah syarikat tetapi kita boleh melakukan kerja-kerja yang berlainan walaupun dalam bidang yang sama. Yang penting ada sesuatu yang baru yang boleh dijadikan nilai tambah diri. Jika lebih berani barangkali mencuba sesuatu yang baru seperti berpindah syarikat dan memulakan perniagaan. 'Change always pain...'. Tidak mudah untuk melakukan sesuatu perubahan kerana berubah tidak bermakna kita akan berjaya tetapi untuk berjaya kita kena berubah




So, bite the bullet .... kerana kegagalan untuk mengambil peluang juga membawa kepada risiko kegagalan!! 

Semoga kita berani untuk berubah ..... ingat berubah tidak menjanjikan sebarang kejayaan TETAPI UNTUK BERJAYA KITA PERLU BERUBAH!


Noordin Khalid
Seria, Brunei





PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...