PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO
BAB 1
Hari 0 - 1 September 2023
Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Tanzania
Segalanya bermula dari satu impian yang tercetus selepas aku berjaya menamatkan ekpedisi ke Everest Base Camp (EBC) di Nepal pada October 2022. Semasa aku berdiri di kaki gunung Everest yang megah berdiri betul-betul di hadapan aku membuatkan aku merasa amal kerdil namun kejayaaan untuk sampai ke tempat ini adalah suatu kejayaan yang membanggakan. Pengalaman ini bukan main-main - sejuk, udara yang nipis, penat fizikal dan mental namun semangat aku amat kental membuatkan segala kepayahan hilang dibawa angin dingin Everest.
Yang pasti suatu kepuasan, aspirasi kejayaan dan rasa kebanggaan.
Setelah kembali dari Nepal, aku rasa bagai suatu kehilangan - suatu perkara terdetik di hati - "What's next?". Bagai mengerti apa yang terdetik di hati, FB aku mula memaparkan gunung Kilimanjaro. Adakah ini destinasi aku seterusnya ? Aku pernah terfikir kiranya aku akan berjaya mendaki tanpa rakan2 seperjuangan - team hiking aku yang terkenal dengan "kaki bako" - mereka membako demi kejayaan bersama ha ha ha. "tidak ada gambar kira tak sampai". Mampukah aku melakukan pendakian ini sendirian? Namun kali ini aku nekad ingin melakukan ekpedisi sendirian tanpa team hiking aku... yeah AKU BOLEH!
Gunung Kilimanjaro, gunung tunggal bebas yang tertinggi di dunia bererti tiada gunung-ganang disekelilingnya. Hanya gunung Kilimanjaro satu2nya gunung yang megah berdiri mengapai bumbung benua Afrika dengan ketinggian mencapai 5,895 meter, jauh lebih tinggi dari EBC 5,364m.
Tanpa membuang masa aku mula mengkaji laluan ke puncak - Marangu, Lemosho, Machame dan beberapa lagi. Aku juga mula menghubungi "hiking provider" di Tanzania, Afrika serta mendapatkan "quotation".
Selepas timbang-tara beberapa pilihan, akhirnya aku memilih Global Expedition Club (GEC) yang diketuai oleh Encik Ravichandran, pendaki tersohor Malaysia yang sudah 3-4 kali menawan gunung Everest. Bukan calang2 orang. Faktor aku memilih GEC adalah kerana ini syarikat Malaysia - tak lah kena buang kat hutan Afrika kalau tak larat nanti dan kedua, faktor sebenarnya - aku berpeluang untuk menambah ilmu serta praktikal dalam ilmu gunung ini. Maklumlah dia kan seorang Legend kan?!
GEC berkerjasama dengan Africa Joy Tours dari Tanzania sebagai rakan gabungan dalam ekpedisi ini.
![]() |
Kilimanjaro Airport |
Dengan semangat berkobar2 aku mula melakar program latihan aku sendiri. Selain dari tempat latihan biasa seperti Sarang Helang, Buki Silat, Bukit Saeh, aku juga merancang untuk mengikut expedisi ke gunung Kinabalu bersama rakan sepejabat aku. Untuk ketiga kalinya aku mendaki gunung Kinabalu - pada bulan Julai 2023 setinggi 4,097 meter sebagai ujian ketahan mental dan fizikal aku bagi menghadapi gunung Kilimanjaro yang jauh lebih tinggi dan menyeramkan.
Agak bangga juga berkat latihan yang teratur serta disiplin yang tinggi, aku berjaya mendaki jauh lebih pantas dari dahulu serta dapat membawa team dari pejabat untuk sampai ke puncak gunung Kinabalu. Rasa macam guide lak ha ha ha. Lain kali kita cerita bab nie.
![]() |
Anak2 memakai T-shirt ABC, EBC dan Kilimanjaro |
Berbekalkan pengalaman EBC dahulu serta pendakian gunung Kinabalu kurang sebulan yang lalu memberi keyakinan yang tinggi bahawa aku sudah bersedia sepenuhnya. Cabaran udara sejuk dan nipis sehingga mencapai -15C pernah aku tempohi dahulu memjadi pengalaman yang bermakna dalam menempoh cabaran ini. Difahamkan gunung Kilimanjaro yang hampir 6,000 meter, lebih tinggi dari EBC serta dikatakan suhu mencapai -20C pada waktu malam. Pada suatu sudut aku rasa sudah bersedia dan pada sudut lain, seram lah pulak.
![]() |
Sokongan Padu Dari Keluarga dan Rakan2 Malaysia & Brunei |
Tarikh yang dinanti2kan telah tiba. Expedisi bermula dari Bandar Sri Begawan, Brunei ke Kuala Lumpur, dengan penerbangan Royal Brunei Airlines, dan seterusnya dari Kuala Lumpur, ke Addis Ababa melalui Singapore seterusnya ke Tanzania dengan penerbangan Ethiopian Airlines.
Dari Brunei ke Tanzania, campur tolak transit - kira2 hampir 38 jam perjalanan. Aku betul2 penat dan satu perkara yang aku betul2 terlupa dalam perancangan aku adalah - jetlagged! Terasa badan tidak berapa selesa setelah mengharungi perjalanan sejauh ini.
Letih!
Kami menginap di Panama Garden Resort di Moshi. Cuaca berangin dan agak sejuk. Keliihatan gunung Kilimanjaro berbalam2 diselaputi awan dari kejauhan. Aku yakin dalam 7 hari ini, pasti aku akan menawan puncak itu.
Letih memang letih, namun aku kuatkan hati untuk membuat persiapan malam itu juga - menyusun duffel-bag dengan keperluan pendakian, hiking bag - barang keperluan harian serta luggage bag - pakaian untuk persediaan pulang dan akan ditinggalkan di hotel penginapan. Mula awal, esok tak kalut hihihi.
Jet-lagged - sukar untuk tidur, ku cuba juga agar dapat rehat sebelum memulakan pendakian esok!
Hari 1 - September 3, 2023 (Ahad)
Marangu Gate ke Mandara Hut, Ketinggian: 2700 meter
Setelah selesai sarapan, kami memulakan perjalanan menuju ke Marangu Gate untuk pendaftaran serta bertemu dengan Tim Sokongan yang akan membantu kami dalam pendakian ini. Sejujurnya aku terlupa satu perkara dalam persediaan aku - Jet Lagged. Maklumlah setelah berhijrah ke Negara Brunei 8 tahun yang lalu, aku sudah tidak lagi hidup sebagai konsultant yang perlu terbang serata dunia hampir setiap minggu.
Setelah hampir sejam perjalanan dari Moshi, akhirnya kami sampai di Marangu Gate - tempat permulaan untuk mendaftar dan memulakan pendakian ke Gunung Kilimanjaro. Sessi suai kenal dengan Tim Sokongan kami yang terdiri daripada 22 orang - porter, chef, dan pelbagai tugas sokongan serta 4 orang Guide yan gberpengalaman. Terasa bersemangat pula apabila Tim Sokongan berbangsa Afrika menyanyikan lagu "Hakuna Matata" - bermakna "Jangan Risau atau Tidak Cari Masalah".
Pengalaman aku di Annapurna Basecamp (ABC) dan Everest Basecamp (EBC), team sokongan amat penting kerana mereka membantu untuk kita berjaya - aku berikan coklat dan makanan ringan yang aku bawa dari Brunei hihihi... selepas itu, mereka betul2 jaga aku ha ha rahsia nie, sebab tu team hiker lain hairan kenapa aku so special.... ha ha
Selepas makan tengahari serta Taklimat Ringkas perdakian hari ini - kami memulakan langkah tepat pada jam 12.06 tengahari menyusuri hutan belantara Afrika yang penuh kehijauan dan misteri. Laluan hari ini tidak sukar kerana kami masih berada di bawah 2000 meter, belum ada panjat2 lagi. Laluan ini terkenal dengan jolokan "Laluan Coca Cola" kerana pada suatu ketika dahulu, ranger2 yang menjaga hutan ada menjual Coca Cola di pondok2 rehat di sepanjang perjalanan.
Menarik!
![]() |
Pendaki dari GEC - Pertama kali jumpa |
Sepanjang pendakian, guide kami tak henti-henti ulang satu frasa dalam bahasa Swahili — "pole pole," yang bermaksud "perlahan-lahan." Dia selalu ingatkan kami supaya jangan gelojoh, bertenang saja dan simpan tenaga untuk perjalanan yang masih panjang. Dan ada satu nasihat yang betul-betul lekat dalam kepala aku — datang daripada Mr. Ravichandran, ketua pendaki kami yang juga dikenali sebagai “Penakluk Everest.”
Kata beliau, "Untuk mendaki gunung bukan bergantung kepada siapa paling kuat, tetapi siapa yang paling pandai menguruskan tenaga"
Hari ini kami ambil masa lebih kurang 4 jam untuk habiskan 9.4 kilometer. Santai-santai saja jalan sambil menikmati suasana hutan yang sejuk dan damai. Akhirnya kami sampai di Mandara Hut, tempat penginapan kami yang terletak pada ketinggian 2,727 meter.
Fuh, puas hati!
![]() |
Lead Guide Mr. Agustine |
Sampai sahaja di Mandara Hut, kami mengambil kesempatan untuk berehat sebentar sambil melayan teh panas dan biskut kering – huh, lega sikit badan lepas kesejukan dan penat berjalan.
Setelah itu, kami meneruskan pendakian ringan ke Maundi Crater, lebih kurang 2.5 kilometer pergi balik dan mengambil masa dalam sejam. Trek ni bukan saja untuk jalan-jalan, tapi lebih kepada aktiviti acclimatization – ini amat penting bagi mengelakkan penyakit Acute Mountain Sickness (AMS). Caranya, kita perlu naik ke tempat yang lebih tinggi, tapi tidur semula di tempat yang lebih rendah. Kira badan kita sudah log ketinggian lebih makna mudah untuk tidur pada ketinggian yang lebih rendah.
Maundi Crater adalah kawah gunung berapi yang sudah lama mati, terletak tidak jauh dari Mandara Hut. Walaupun kecil, tapi pemandangan dari atas memang luar biasa! Nampak jelas cerun-cerun Gunung Kilimanjaro dari sudut pandang atas, dan juga sempadan Kenya dari kejauhan.
Memang berbaloi naik!
![]() |
Mandara Hut |
Di Mandara Hut, terdapat ruang makan komuniti di mana semua hikers berkumpul untuk berehat. Makan malam disediakan oleh team sokongan kami dan pada malam itu, kami dijamukan dengan nasi putih panas, sayur masak kari dan ikan air tawar digoreng dengan sempurna. Memang kena dengan selera selepas penat seharian mendaki.
![]() |
Maundi Crater for Acclimation Hike |
Selesai makan, kami berkumpul untuk taklimat ringkas tentang perjalanan esok. Sedikit refleksi tentang pendakian hari ini — apa yang okey, apa yang perlu diperbaiki. Suasana malam agak nyaman dan tenang dengan suhu sekitar 14°C — sejuk dan rasa segar, dan tidak sampai mengigil. Tenang sekali untuk re-charge untuk pendakian yang lebih tinggi pada keesokan harinya.
Hari ke-2 - September 4, 2023 (Isnin)
Mandara Hut ke Horombo Hut, Ketinggian: 3700 meters
Tepat jam 6:30 pagi, kami dikejutkan dengan aroma kopi panas yang wangi menusuk hidung — dihantar terus ke bilik berserta dengan air suam untuk cuci muka dan gosok gigi. Tim sokongan menyediakan ini yang dikenali dengan "washe washe", ha ha ha memang comel bunyinya!
Kami pun cepat-cepat berkemas, simpan semua barang dalam duffle bag dan tinggalkan di bilik untuk diambil porter nanti. Selepas itu, kembali berkumpul di ruang komuniti untuk sarapan. Walaupun udara masih sejuk, matahari dah mula menampakkan sinarnya — suasana jadi cerah, nyaman, dan penuh semangat nak teruskan perjalanan hari tu. Alhamdulillah cuaca yang baik untuk mendaki!
Insyallah.
![]() |
Pendakian ke Horombo Hut |
Selepas taklimat ringkas pagi tu, lebih kurang jam 8:30 pagi, kami menyambung semula pendakian ke destinasi seterusnya — Horombo Hut, yang terletak pada ketinggian 3,700 meter. Laluan bermula dalam hutan hujan tropika yang memukau, penuh kehijauan dan bunyi-bunyian alam. Tetapi semakin lama kami mendaki, suasana semakin berubah — dari kehijauan kepada pokok-pokok renik yang semakin jarang, dan kami masuk ke zon lower alpine, di mana landskapnya lebih lapang, terbuka dan berangin kencang.
![]() |
Trek ke Horombo- lebih terbuka |
Pada ketika ini, kami mula dapat melihat sekilas pandang Gunung Kilimanjaro yang megah berdiri dari kejauhan — rasa teruja, kagum, dan sedikit berdebar. Sepanjang jalan, pemandangan memang luar biasa — bukit-bukau terbentang luas di kiri kanan laluan, dan udara pun makin segar dan berangin kencang. Antara gunung yang dapat dilihat dengan jelas pada lanskap yang terbuka ini adalah gunung Barkulli (harap sebutan aku betul lah..)
![]() |
Horombo pada ketinggian 3720m |
Pendakian dari Mandara ke Horombo Hut memang terasa mencabar sekali — jaraknya 13 km dan mengambil masa lebih kurang 6 jam 40 minit. Laluan ini menguji mental dan stamina, kerana semakin tinggi pendakian semakin nipis udara persekitaran. Jika badan kita lambat menyesuaikan diri, mungkin terjadi AMS amat tinggi. Namun kesukaran itu, banyak juga ganjaran — pemandangan semakin memukau, rasa makin dekat dengan alam dan juga mengenal keupayaan diri sendiri.
Sampai saja di Horombo Camp, kabus tebal serta angin kencang menyambut kami. Suhu ketika itu sekitar 8°C — sejuk menusuk hingga terasa ke tulang! Kami terus meninggalkan duffle bag dalam pondok, dan terus menbuat pendakian Acclimatization — mendaki naik sekurang- kurang 150 meter sebelum turun semula ke kem. Ini penting untuk membantu badan kita daalam menyesuaikan diri dengan ketinggian yang baru.
![]() |
Acclimatization Hike di Horombo |
Beberapa orang hiker telah menunjukkan tanda2 awal Altitude Mountain Sickness (AMS) — antaranya hilang selera makan dan sukar bernafas. Ini sesuatu yang amat tidak diingini berlaku kerana ianya memungkin pengidapnya terpaksa membatalkan pendakian serta melakukan pendakian turun dengan kadar segera.
Kerana aku dah pernah lalui perkara ini semasa pendakian ke Everest Base Camp tahun lepas, aku tahu betapa pentingnya makan dengan banyak walaupun tidak berselera. Jadi aku paksa juga diri ini untuk menghabiskan makanan, sebab di altitud tinggi sinii, keperluan tenaga sangatlah penting - untuk meneruskan pendakian dan menahan sejuk yang mengila.
Angin malam di Horombo memang terasa lain macam sekali — udara sejuk membuat kita cepat rasa penat dan menggigil. Entah berapa lapis aku pakai pun aku tak tau, masih terasa sejuk. Namun dalam kesejukan tu, ada satu rasa tenang yang susah nak digambarkan… seolah-olah alam berbicara dengan kita atau barangkali sedang menduga kita.
![]() |
Pemandangan Senja di Horombo di ketinggian 3720m |
Seperti malam kemarin, kami mendengar taklimat rutin mengenai perancangan esok cuma kali ini nadanya jauh lebih serius — ini kerana kami berada pada altitud sekitar 3,700 meter, dan perjalanan ke Kibo Hut akan lebih mencabar. Guide kami berpesan berulang2 kali agar kami memperlahankan rentak pendakian bermula esok - strategi pendakian disesuaikan dengan ketinggian pendakian serta udara nipis, sejuk dan angin kencang.
Aku memang layan perasaan disepanjang pendakian, fikir yang positif. Maklumlah pengalaman di EBC mengajar erti kesabaran dan keutamaan pada keselamatan. Nafas sudah terasa semput, sejuk ..jangan ceritalah!
Jadi pendek kata, “pole pole” semakin penting di sini. Kami semua mula faham, ini bukan lagi sekadar pendakian fizikal, tapi juga permainan mental dalam menguji kesabaran dan elemen keselamatan. Setiap langkah kena berhemah — perlahan, tapi tetap maju ke hadapan. Kilimanjaro makin hampir dan ada yang sudah goyah dengan kesukaran ini.
Semasa menghampiri Horombo petang tadi, aku sudah mula terasa tak sedap badan, selepas makan malam ku muntah2 dan badan mula rasa demam. Oh tidak mungkin aku terkena AMS, ya Allah jauh aku dari ujian ini.
Setelah menelan Postant 2 biji, aku terus masuk dalam "sleeping bag" dengan harapan esok aku kembali sihat sediakala.
Bersambung
SirNoordin