Wednesday, August 25, 2021

Aku dan Basikal

Salam hormat semua.


Sudah agak lama sir tidak mengemaskini blog ini namun hari ini terasa ini menulis. Menulis agar menjadi satu bacaan cerita di masa akan datang. Bila mengenang kembali sesuatu saat yang menarik, pasti menghibur hati dan mengubat rindu. Cuma cerita kali hanya sekadar menghidup kembali blog yang agak sunyi sejak kebelakangan ini. Barangkali jua pegangan Covid19 menjadi sir malas untuk berkongsi cerita... atau sebenarnya tiada cerita! 

Basikal KTM berusia 5 tahun

Okaylah kali "Aku dan Basikal" menjadi tajuk sebuah cerita ..jeng jeng jeng... ha ha ha .. 

Basikal ini sir beli pada tahun 2016 ketika mula berhijrah ke Brunei, ketika itu keluarga masih di Malaysia sementara menunggu Hafiz & Haziq menghabiskan Siil Pelajaran Malaysia (SPM). Maka sir hanya sendirian berada di bumi Brunei ini. Untuk mengisi masa lapang maka terbelilah basikal KTM model 2016 Lycan LT271 "Mountain Bike - MTB" di kedai Awang Tumtum yang kebetulan juga rakan se-Expat. 

Berlatar belakang Office UNN - tempat sir berkerja

Sesekali sir ride ikut rakan - rakan menjelahi hutan Berakas dan seringkali berada dalam setor. Amat jarang sekali digunakan. Namun baru - baru ini sir mula menggunakan sebagai "road-bike"dan mula ride keliling Bandar Seri Begawan. Haaa... ini yang ingin kongsikan pengalaman sikit yang menarik kerana ada tempat -tempat sekitar BSB juga belum sir jelajahi. 

Tersempak dengan rakan-rakan sekayuhan

Sir mulakan kayuhan dari Stadium bolasepak menuju ke Bandar Seri Begawan. Perjalanan agak datar dan membantu sedikit kayuhan setelah sekian lama tidak berbasikal. Sir menyusuri bandar sambil mengembali pengalaman selama 5 tahun di negara darulsalam ini =- pada setiap gambar yang diambil ada ceritanya yang tersendiri.

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin (SOAS)

 Ketika berada di Taman Sultan Sir Omar Ali Saifuddin (SOAS), terserempak pula dengan rakan2 sekayuhan. Sempat pula bergambar kenangan dan join mereka menuju ke seberang Kampung Ayer melalui Jambatan RIPAS. Kelihatan matahari betul-betul berada di atas Masjid SOAS, terus sir mengambil peluang untuk mengambil moment tersebut.


Bangunan Yayasan tempat dimana mula berkerja di Telbru

Di bangunan Yayasan Sultan Haji Hassanah Bolkiah atau lebih dikenali bangunan Yayasan adalah tempat di mana sir mula -,mula berkerja di Brunei. Hampir 2 tahun juga sir berkerja di sini sebelum berpindah ke bangunan RB Plaza.

Kampung Ayer

Menyusuri sungai sambil memerhati Kampung Ayer disebelah kanan sir. Banyak buaya di sungai ini, walaupun sir pernah berperahu ke sana, namun masih ada kengerian jika di libas oleh Awang besar sini. 

Taman Haji Sir Sultan Omar Ali Saifuddin (SOAS)


Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Solehah

Untuk keseberang sana, perlu mendaki Jambatan Raja Isteri Pengiran Anak Solehah (RIPAS)... agak berpeluh juga berkayuh mendaki jambatan, walaupun begitu di akhir jambatan dapat juga meleper dengan laju menurun jambatan tanpa menekan brek. Teringat zaman meleper dengan Superbiker (SBK) berkuasa tinggi. 

Banunan Tarendak

Di sini bermula chapter baru kehidupan sir di Brunei, atas pengstrukturan semula syarikat- syarikat telekommunikasi maka lahir syarikat UNN. 

Rakan-rakan sekayuhan

Selepas menyeberangi jambatan RIPAS, kami singgah di Lumapas untuk bergambar tanda sampai - motto - tak de gambar kira tak sampai... ha ha ha bergambarlah sebagai pembuktian kami berjaya sampai di sini. Selepas berpatah balik membawa haluan masing-masing. Untuk hari ini sir berjaya ride sejauh 25 km. Not bad untuk kali pertama setelah bertahun- tahun tidak berbasikal. 


Sekadar cerita untuk menghidupkan blog ini serta menyimpan sebutir kenangan yang juga barangkali menjadi satu bacaan mengapai memori di masa akan datang. 


SirNoordin
Bandar Seri Begawan




PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...