Monday, October 28, 2013

CITSM 2013 Jakarta, Indonesia

Salam

Pada 22 Oct 2013, sir telah dijemput untuk menghadiri Conference ITSM (CITSM) 2013 di Jakarta, Indonesia. Sir difahamkan conference ini merupakan kali kedua diadakan di Indonesia dan pada perancangan awalnya diadakan di Bali tetapi atas beberapa sebab yang tidak dapat dielakkan maka ianya berpindah lokasi ke Balaikota DKI, Jakarta, Indonesia. 


"International Conference on Information Technology for CYBER & IT SERVICE MANAGEMENT in Conjuntion with Workshop Training and Certification.


CITSM 2013 is the second annual conference in the general area of cyber and IT services management. It provides a forum for presenting and discussing the latest innovations, results and developments in cyber networks, pervasive systems, cloud environments, enterprise and IT related to service management. The conference provides a forum for ICT professionals engaged in research and development to share ideas, interact with others, present their latest works, and strengthen the collaboration among academics, researcher and professionals. It is a single track, highly- selective conference attended by foremost experts in this area from academia, industry and government. In addition to the main conference, the program also will include special workshop, training and certification of ITIL (R) 2011 Foundation, PRINCE2, COBIT(R) Foundation."


Untuk kali ini, sir 'present paper' yang bertajuk "ITIL Empower Business' Improvement' kepada hadirin yang kebanyakkan adalah para cediakawan antaranya Prof Doktor, Doktor Perubatan, Doksen (Pensyarah), CEO, CIO dan pelajar-pelajar universitas sekitar Indonesia. 

Alhamdulillah, segalanya dipermudahkan oleh Allah semasa sessi 'presentation' dan 'Soal-jawap bersama Pakar'. 

Keesokan hari pada 23-25 Oct 2013, sir menyambung program dengan sesi latihan "IT Governance - COBIT 5" kepada 40 peserta kursus dari Multimatics yang kebanyakkan adalah hadirin yang hadir kemarin. Amat mengagumkan apabila para Prof, Doktor, Dekan, Pensyarah kanan serta Auditor yang hadir memberi tumpuan yang sepenuhnya selama 3 hari. Jelas kelihatan keikhlasan untuk mendalami ilmu walaupun sudah bertaraf Doktor PhD. 

Tahniah! 

Selain dari itu sir juga mendapat beberapa jemputan dari Universitas sekitar Indonesia untuk memberi 'latihan secara kursus' di universitas mereka. Agaknya mereka juga terkejut mendapat tahu dari Pak Agus Setiawan, Director of Multimatics bahawa sir adalah anak Jambi yang dibesarkan di Malaysia yang mempunyai kepakaran tersebut. Masyallah! 



Semoga ini merupakan titik tolak kepada satu lagi perkembangan ilmu ke bumi Indonesia yang ternyata mempunyai ruang yang besar untuk maju kehadapan.

SirNoordin
Jakarta 2013.


Sunday, October 27, 2013

Pulau Natuna

Salam

Sambil berehat-rehat dan menonton television di Hotel JS Luwansa, Jakarta tiba-tiba terdengar dokumentari tentang Pulau Natuna. Entah kenapa terasa menarik untuk menontonnya dan teruja untuk mencari maklumat lanjut tentang pulau ini.


Lokasi Pulau Natuna

Lebih memeranjatkan Pulau Natuna terletak di sempadan Malaysia dan Indonesia di sebelah Utara Kuching .... yang menariknya sebelah utara Kuching, Sarawak. Sila lihat gambar di atas untuk rujukan peta. Rupa-rupanya banyak pulau-pulau terletak di antara Malaysia Barat dan Malaysia Timur kepunyaan Indonesia.


Bandara di Natuna

Pulau Natuna merupakan kepulauan paling utara di selat Karimata bersempadankan Vietnam dan Kemboja. Pulau Natuna merupakan pulau yang banyak khazanah lautnya terutamanya minyak yang sekarang ini diterokai oleh Pertamina iaitu syarikat minyak dari Indonesia. Tidak lupa juga khazanah seperti kapal-kapal yang karam ratusan tahun dahulu serta harta karun yang ditanam oleh para lanun dahulu kala.



Masjid Agung Natuna

Masjid Agung yang teletak di Pulau Natuna di kelilingi oleh Laut China Selatan yang begitu biru sejauh mata memandang.


Pantai yang begitu cantik sekali

Pulau Natuna merupakan antara pulau-pulau yang tercantik dengan kehidupan lautnya serta pantai-pantainya yang begitu bersih dan putih. Maklumlah jauh dari tanah besar bermakna jauh dari pencemaran alam.

Hati sir mula bercadang nak melawat Pulau Natuna ...mungkin selepas angin monsun bulan April tahun hadapan. 

Maklumat lanjut, sila google "Pulau Natuna" atau "Natuna Island" ...

SirNoordin
Jakarta 2013

Monday, October 7, 2013

Jutawan Miskin

Salam

Sebelum ini kita sering terdengar tentang Skim Cepat Kaya yang selalunya merupakan 'janji manis' yang tiada logiknya dalam mencapai keuntungan perlaburan. Seingat sir sewaktu berumur 18 tahun dahulu, Skim Pak Man Telo yang memberikan keuntungan lumayan kepada pelabur yang akhirnya merupakan Skim Cepat Kaya memberi keuntungan kepada pelabur awal serta memberi pulangan 'kayap' kepada pelabur baru. 



Teringat juga kepada seorang kawan sir yang membuat pinjaman Tekun yang pada asalnya ingin memulakan perniagaan yang akhirnya terpengaruh dengan skim-skim begini. Puas juga sir menasihatkan sir tentang duit pinjaman Tekun itu agar digunakan secara berhikmah disamping melupuskan hutang-hutang yang sedia-ada. 

Pada ketika itu, logik beliau adalah jika duit itu dilaburkan kepada skim tersebut - genap 3 bulan duit itu akan jadi berganda ... tak silap sir pinjaman beliau adalah RM15,000 dan akan beranak menjadi RM30,000 dan secara logiknya duit keuntungan tersebut akan digunakan untuk membayar hutang dan duit pokok digunakan kembali untuk perniagaan beliau. 

"Do not put your eggs in one basket" 

Habis semuanya dilaburkan pada skim tersebut dan malangnya beliau merupakan kitaran terakhir dalam dunia pelaburan tersebut sebelum diserbu oleh pihak berkuasa. Akhirnya hutang ke mana, perniagaan ke mana dan hutang bertambah RM15,000 dengan Tekun... semoga ada kesedaran kepada beliau!

Kenapa tetiba sir membuka cerita ini? 

Baru-baru ini sir difahamkan ada 'duit perbendaharaan' yang nilainya jutaan ringgit dan beberapa individu  tertentu telah dinamakan sebagai 'bakal-bakal penerima tunai jutaan ringgit'. Untuk mengeluarkan 'perbendaharaan' tersebut memerlukan 'pelaburan' dengan nilai-nilai tertentu yang tidak diketahui jumlahnya. Pastinya untuk mengeluarkan jutaan ringgit mestilah pelabuaran juga jutaan ringgit.

Setiap kali ditanya, pastinya jawapan mereka ..sudah hampir tetapi perlu membuat sedikit bayaran itu ini sebagai yuran pemprosessan. Telah hampir 3 bulan sir mendengar jawapan yang sama dan tidak pasti bilakah hujungnya selain meminta sir berdoa untuk mereka agar cepat-cepat 'pembendaraan' tersebut dikeluarkan. Difahamkan ada yang telah membelanjakan hampir ratusan ribu ringgit, ada yang membuat pinjaman peribadi dan bergadai untuk membantu pemprosesskan tersebut. 

Secara logiknya, "Nothing is FREE in this world" ... dan persoalan siapa pula anda yang tetiba layak mendapat 'perbendaharaan' tersebut, kenapa tidak pula orang lain, apakah kelayakan untuk mendapatnya. Apa pula syarat-syarat untuk mengeluarkan? Jika ;'perbendaharaan' ini benar kenapa banyak sangat procedure yang tidak jelas? Kenapa tidak dinyatakan jumlah yang sebenar dalam memproseskannya? 



27 Feb 2014 - Kemaskini

Artikel ini ditulis pada October 2013 dan sedikit penambahan kerana ...
Sir masih mengikuti perkembangan mereka dan rasa yang amat sedih kerana melihat mereka yang masih terus melabur dengan penuh keyakinan. Janji jutaan ringgit yang semakin hampir tetapi masih tak kunjung tiba.  Kagum juga dengan kuasa percaya yang ada pada mereka! Mungkin sudah terlanjur melangkah terpaksa menyelesaikannya juga... alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan!! Jika benar pekasam yang menanti ...seluklah ...tetapi jika sebaliknya ....! 

Wallahulam .... setelah membelanja sekian banyaknya wang ringgit, harapan sir semoga ianya menjadi kenyataan! Sir rasa banyak lagi 'buaya besar' yang lebih berpengaruh untuk mendapatkan 'pelaburan itu' andai ianya benarpbenar wujud!! 

Kerana sir telah mula memikirkan jika ini adalah sebahagian dari SCAM ... maka pastinya sudah jatuh ditimpa tangga ...jatuh ke tanah dipatuk ayam!!


Tepuk dada tanya selera!


SirNoordin 
Brunei

Zero To Trainer pada 6hb October 2013

Salam

Alhamdulillah, program 'Train The Trainer' atau 'Zero To Trainer' telah diadakan di Smarts Coach pada 6hb October 2013 di Smarts Coach yang dibimbing oleh Master Trainer Kamarul Azhar Abd Rahman dan dibantu oleh Sir sendiri. 

Untuk julung-julung kalinya Smarts Coach menganjurkan program seumpama ini di pusat latihan Smarts Coach selepas pengubahsuaian pusat latihan. 

Program ini telah dihadiri oleh seramai 12 peserta yang berminat untuk menceburi bidang latihan. Kursus ini memberi latihan teori serta praktikal dalam membentuk ciri-ciri 'trainer' yang berkualiti. Sir juga sempat memberi sedikit tip-tip menjadi 'trainer' diperingkat antarabangsa. 


SirNoordin memulakan program dengan menekankan objektif kursus serta pengalaman dalam memulakan kareer sebagai 'trainer'.



Antara peserta yang hadir adalah En Hilmi Idris yang merupakan seorang artis Pengacara TV3 dalam rancangan Dakwah Milenia - Dai' serta bekas Qari, Nurdila pelajar PhD di UPM yang juga penulis muda, Shafikah dari UIA serta beberapa orang yang kalangan korporat serta usahawan muda. 

Alhamdulilah, maklumbalas yang begitu memberangsangkan yang membuatkan kami juga tidak sabar untuk terus melaksanakan tanggungjawap dalam membimbing kearah modal insan. 

Jika anda berminat untuk menyertai kursus-kursus anjuran Smarts Coach, sila emailkan ke impian@smartscoach.com 


SirNoordin
Smarts Coach

White Water Rafting 5hb October 2013

Salam

Agak sekian lamanya tidak melakukan aktiviti lasak, tetiba terasa gian untuk merasa 'adrenaline' ... kami merancang untuk melakukan 'White Water Rafting' sekali lagi. Untuk kali ini kami menunggu maklumat air besar dan deras dari En Jay, Adeline Resort, Gopeng, Perak. 


Akhirnya maklumat yang dinantikan tiba, perasaan 'ghairah' semakin membuak-buak untuk mencabar diri dan rakan-rakan seperjuangan. Antara yang berani menyahut cabaran adalah Cik Bro dan isteri, Sarah dan Ashar, TokPin, Abu, Cgu Yusa, Ali Prime dan Sley ... 

Hujan lebat pada malam sebelumnya telah menambah lagi kederasan air serta cabaran untuk mengatasi jeram-jeram yang terdapat di Sungai Kapar sejauh 7 km. 

Bot pertama .... Sir, Zazah, Kamarul dan Norizan

Bot kedua ... Ashar, Sarah, TokPin dan Abu 

Bot ini melalui pengalaman yang paling menarik sehingga enam kali terbalik ada ada yang terperangkap di bawah bot... 

Bot ketiga ... Sley, CguYusa dan Ali Prime 


Yang menarik kali ini, Sir tercampak keluar dan 'caught by camera' ... sesak gak nafas walaupun cuba mengawal perasan panik ... kaptain Arman ketawa besar! ha ha ha pasal dia kali kali ini kena bawa baik-baik pasal ada peserta baru takut panik. Sempat juga Kaptain Arman pekena Sir ...huhuhu




Apa-apa pengalaman kali ini agak mencabar dan menarik .... buih-buih putih kelihatan hampir sepanjang aliran sungai ...

Kami juga 'rafting' bersama-sama dengan sekumpulan dari Sg Petani, Kedah.

Peserta terbaik 'Rafting' kali ini jatuh kepada Kak Norizan sehingga CikBro terasa amat aman disepanjang perjalanan tersebut... hihihih! Akhirnya penyampaian sijil "You A Rafter" ..

Syok giler!! 

Kepada yang berminat untuk mencuba 'White Water Rafting' secara kumpulan boleh email ke impian@smartscoach.com 

SirNoordin
5hb October 2013

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - KILIMANJARO (Bahagian 1)

PENDAKIAN KE PUNCAK BENUA AFRIKA - GUNUNG KILIMANJARO BAB 1 Hari 0 - 1 September 2023  Bandar Seri Begawan - Kuala Lumpur - Addis Ababa - Ta...