Tuesday, November 11, 2025

Sembang Kopi - Nothing (Tiada)

Suatu petang sembang kopi dengan kawan yang berlainan ideologi atau fahaman.

Tentang hidup bertuhan. Perbualan kepada yang tidak percaya pada kewujudan Tuhan. Terpaksa perbualan di bawa ke suatu paras yang sesuai dan logik. 

Pada mereka, sebelum adanya alam ini, tiada apa2 - Nothing. Hanya sekadar letupan Big- Bang yang secara evolusi membentuk alam hari ini.

Apa definasi Nothing (Tiada)?
Katanya, sesuatu yang tidak dapat di lihat, tidak berbentuk, tidak berimej...

Setelah kita mati apa yang berlaku. Katanya, Nothing. Dari Tiada kembali Tiada. 

Bagi kita yang beragama Islam yang berTuhan yang Esa. Segalanya bermula dengan Kun Fayakun, terjadi segalanya. 

Dalam Islam, Tuhan juga tidak dapat dilihat dan tidak berimej. 

Membawa perbualan ke tahap logik Ateis, adakah persamaan definasi Nothing. 

Terdiam. 

Kamu katanya Nothing - tiada sebelum terjadinya alam ini. Bagi kami, Tuhan yang Maha Kuasa yang mencipta alam ini. 

Kata kamu, bila kamu mati, kami kembali kepada tiada - Nothing. Bagi kami setelah mari kami kembali kepada Tuhan kami. 

Seperti kata kamu tadi, definasi Nothing tidak dapat di lihat dan tidak berimej. 

Mungkin dia tidak mahu mengaku ada Tuhan namun definasinya Nothing kamu menjurus ke arah adanya Tuhan. 

Sekadar sembang fahaman yang berlainan dan mmebawa perbualan ke tahap pemikiran yang sesuai. 

SirNoordin 
BSB

Monday, September 29, 2025

Aku Seorang Pengembara



Aku,
pengembara di jalan yang panjang,
menyusuri benua, laut, dan gunung,
menyulam mimpi di hela nafas bumi.

Di dasar lautan,
aku menyelam mencari sunyi,
menemui dunia tanpa suara,
namun penuh kehidupan yang berbisik rahsia.

Di puncak gunung,
aku mendaki menentang dingin,
mencabar tubuh, melatih jiwa,
hingga awan tunduk di bawah kaki.

Di perjalanan hidup,
aku belajar bahawa keberanian
bukan pada menawan puncak atau menakluk laut,
tetapi pada hati yang rela terus melangkah,
walau sepi, walau payah.

Anakanda,
catatan ini hanya setitis
dari samudera pengalaman ayahmu,
agar kau tahu,
dunia ini luas—
dan hidup ini indah
bila dijalani dengan syukur dan berani.

Aku,
tinggalkan jejak di bumi,
tapi ingin sekali
meninggalkan hikmah di hatimu

Sembang Kopi - Nothing (Tiada)

Suatu petang sembang kopi dengan kawan yang berlainan ideologi atau fahaman. Tentang hidup bertuhan. Perbualan kepada yang tidak...