Monday, July 8, 2013

Laporan SDS pada 6/7/2013

Salam




Alhamdulillah program yang kami jalankan pada 6hb Julai 2013 di beberapa tempat antaranya: 

i.    Fadzilah Kamsah Academy di Bangi
ii.   PLKN di Heliza Camp, Sepang
iii.  Kinta RiverView, Perak

Untuk SDS di Bangi dan Sepang, team diketuai oleh SirNoordin Khalid serta dibantu oleh Adzeem Mohd, Saifurudin, Sarah, Ezah Daud, Ibrahim, Abu Barzah dan Kak Dell. Sementara SDS di Kinta, Perak, team diketuai oleh Mohd Zaffry serta dibantu oleh Ishak dan Arifin Suratman (TokPin). 




Syukur kepada Allah kerana ilmu yang sedikit untuk memberi kesedaran bahaya jenayah dan keperluan mempelajari seni beladiri sudah mula diterima oleh masyarakat. Dengan Sistem Defensive Smarts (SDS) yang mudah dan efektif akan memberikan keyakinan diri yang tinggi dan juga kefahaman dalam usaha menghindarkan diri dari menjadi sasaran mudah penjenayah.



Program SDS ini dijalankan dalam tempoh 4 jam termasuk teori dan latihan praktikal. Oleh kerana teknik dan taktik yang dikongsikan amatlah mudah sehingga ada peserta mengeleng-geleng kepala kerana tidak terfikir semudah itu teknik yang diajar. Atas kesedaran juga, seorang bapa, ibu dan tiga orang anak gadis mereka mengikuti program kerana pengalaman dan trauma yang dihadapi sebelum ini...



Di PLKN, Sir menunjukkan kelebihan SDS ini dengan hanya sebelah tangan kita mampu melepaskan diri dari dicekik oleh seseorang dan di bantu oleh kekuatan 1o orang lagi. Apa yang diajarkan dalam program SDS hanyalah konsep yang telah dipermudahkan agar semua orang terutamanya wanita dan anak - anak dapat mempraktikan tanpa memerlukan kudrat yang kuat. 



Jurulatih-jurulatih yang kelakar turut mencuit hati peserta yang tidak kering gusi dalam mengikuti kursus ini walaupun terkadang terpaksa menahan sakit dalam melakukan teknik -teknik tertentu.



Peserta juga diberi peluang untuk menunjukkan teknik - teknik yang dipelajari di hadapan jurulatih dan peserta - peserta lain. Peluang tidak dilepaskan... 

Terimakasih yang tidak terhingga diucapkan kepada semua jurulatih yang bertugas...  semoga yang lebam - lebam dah susut kaler hitamnya ...


Terdapat juga laporan SDS di blog Kak Dell 


SirNoordin2013
Smarts Coach
Unversiti Malaysia Pahang 
Pekan

No comments:

Post a Comment