Monday, March 2, 2009

Keazamanmu vs kemampuanku ...

"Sir, kami semua dah sepakat nak extra kelas untuk dewasa. Bayar lebih pun tak pe!!", kata abang Anwar. Aku kira pastinya dia mewakili sahabat2 yang lain dalam kelas dewasa.

Ini merupakan kali kedua dia syorkan kepada aku... terimakasih banyak2 dan aku amat menyanyungi keazaman mereka ini. Cuma buat masa ini aku tak mampu menunaikannya... antaranya, aku belum mempunyai jurulatih yang mencukupi yang dapat cover during week day. Aku tak mahu kelas diadakan hanya sekadar melepas batuk ditangga! Minggu ini ada ... minggu depan ntah kan ada ke tidak...

Disamping itu, muslimat Bukit Sentosa juga telah menyatakan keinginan untuk kelas dewasa wanita... dalam fikiran aku, sapa yang boleh mengajar eik?! Bila ... may be Sabtu dan Ahad pagi la?! Masih belum terjawap oleh ku. Fening la...

Sri Integrasi Al-Amin ...

Aku telah menolak kelas ini hanya kerana aku tak mampu mengendalikannya semasa hari kerja ... tetapi atas perbincangan aku, Ustaz Azim dan Ustazah Norliza (gurubesar) akhirnya aku menerima Kelab Taekwondo Al-Amin dengan beberapa syarat. Alhamdulillah begitu lah persepakatan bersama. Kelasnya setiap Jumaat 4.00 petang.

Cuma yang dapat aku nyatakan disini ... terimakasih buat teman2 yang membantu ku, pelatih2 yang mempunyai keazaman yang tinggi baik kanak2 (dan ibubapa) mahupun dewasa (suami dan isteri) ...

Dan setiap minggu ada sahaja pelatih baru mendaftar ...terpaksalah aku memikirkan kualiti vs kuantiti pula ...

Thursday, February 19, 2009

Ayasu Koru Obi dan Adam TKD

Citer yang sama cuma tempat aje yang berbeza ...

Dah banyak kali juga aku dengar citer2 Taekwondo sekolah2 dari jurusan itu. Kekadang kasihan tengok anak2 itu yang ingin belajar tapi diajar sekadar melepas batuk ditangga. Tengok ini dari Ayasu Koru Obi dan Adam.

Sejak aku berpindah ke Dojang baru ... separuh dari student baru aku adalah dari Taekwondo jurusan sekolah. Ada juga dikalangan student aku dah b/belt tapi sungguh mengharukan. Bukan niat menjatuhkan tetapi itu adalah realiti. (bukanlah semua macam itu kan?!)

Yang terbaru, kakaknya sudah talipinggang hijau dan adik talipinggang kuning ... kedua2nya, genggam penumbuk pun masih tak betul apatah lagi tendangan2 lain. Parentnya ternyata sangat tidak puashati dengan pencapaian anak2nya kerana mengikutnya setiap 2 bulan grading test.

Terpaksa aku jelaskan satu per satu ... antaranya ada student aku dah 2 tahun masih pada peringkat yang sama hanya kerana belum mencapai tahap yang aku sepatutnya - kita melihat dari segi fizikal, kemahiran, muscle development, umur, disipilin etc...

Sama tak Ayasu? Adam? Ayah Dins? Ayah Pin?
Kasihan kan...

Friday, February 13, 2009

Kepantasan Fizikal vs Kepantasan Akal

Suatu waktu dahulu... (masa muda2 dulu.... )

"Mana lebih pantas tangan atau kaki?" tanya Man (bukan nama sebenar)

"Tergantung kepada keadaan... kalau guna tangan untuk berlari sememang kaki menang, kalau guna kaki untuk menulis tentunya tangan menang", jawap aku.

"Bukan itu... maksud aku kalau bergaduh macamana?" Man tanya lagi

"Tergantung kepada kepandaian masing2 la..." seloroh aku.

Aku katakan kaki aku lebih pantas dari tangan dia. Jadi terpaksa kami menentukan dengan cara sapa dulu tekan suis lampu... aku dengan kaki dan dia dengan tangan. Tiada syarat ditetapkan. Dimana logiknya kaki menekan suis api dulu berbanding tangan?? Kan itu kerja tangan bukan kerja kaki ... hu hu

Maka bermulalah acara menekan suis lampu ... Man begitu bersungguh2 untuk menekan suis lampu sedangkan aku ... mataku melihat suis lampu sedangkan kaki terus menuju ke perutnya.

Sehabis jeritan Aduuuhhhh dari Man ... dia melihat kaki aku sedang menekan suis lampu.

Kepantasan fizikal itu penting ... tetapi kepantasan akal untuk berfikir jauh lebih utama.

Maaf Man... tak sengaja!

Tuesday, February 10, 2009

Musang Berjanggut

"Wahai Datuk Nikah Kawin... apakah hukumnya bila seorang lelaki berada di rumah perempuan yang suaminya tiada dirumah" tanya Puspa Wangi

"Salah tu ... memang salah" jawap Datuk Nikah Kawin

"Kalau gitu Datuk juga bersalah" kata Puspa Wangi

"Salah memang salah ... tapi hukum itu Datuk yang tulis ... boleh dipadam" jawap Datuk Nikah Kawin.

Perkara 16(6) Perlembagaan Negeri Sistem Raja Berperlembagan

Sultan hanya ada kuasa untuk melucutkan Jawatan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) tidak Menteri Besar. Menteri Besar boleh di lucutkan jawatan melalui pembubaran Dewan Undangan Negeri, Undi Tidak Percaya kepada Menteri Besar dalam sidang Dewan Undangan atau Menteri Besar sendiri meletakkan jawatan.

Sms yang aku terima sejak akhir2 ini termasuk dari sahabat yang berbangsa Cina.

Tuesday, February 3, 2009

Seni Bawah Tempurung...

Nak kata katak bawah tempurung ... bukanlah pulak katak maka aku istiharkan seni bawah tempurung. Ntahlah tak habis dengan cakap besar seolah2 seninya yang terbaik. Betul kata orang, "Guru yang baik lahirkan murid yang baik".

Membazir masa je ko belajar Taekwondo tu... Tokguru aku pernah kalahkan Tomoi. Memang terror tokguru ko cuma yang aku tak pasti Tomoi yang kalah tu Juara Tomoi Siam atau pelatih tomoi yang baru belajar. Kalau ikut sejarah, kisah Bruce Lee menang dengan juara tomoi tu aku tau ... lain aku tak pasti!

Aku tanya balik... hairan gak aku seni ko yang hebat tu cuma sekadar disini aje ... sedangkan Taekwondo ada diseluruh dunia. Oh seni ini untuk bangsa Melayu aje ... asobiyah juga la jadinya!! Ikut ko la...

Jika benar seni ko hebat.. masuklah K1 Tournament or A1 Tournament or Full Contact Tournament or apa2 tournament yang terbuka ... oh! tak boleh...seni ini untuk mempertahankan diri sahaja. (aku dah agak jawapannya)

Aku tak salahkan seni yang dia belajar ... cuma aku kasihan dia dapat guru yang mengajar sebegitu. Dan yang dia tak tahu, aku juga pernah belajar seni yang dia belajar.
Kasihan!

Bintang Kejora ...


Keindahan langit sering menginsafkan kita betapa kerdilnya kita di alam ini tetapi masih ramai lagi yang masih sombong pada Penciptanya.

Sejak akhir2 ini, bintang Kejora begitu terang menyinari langit... dan setiap kali aku keluar rumah di waktu malam pastinya aku merenungnya seketika. Bayangkanlah betapa luasnya alam semesta ini. Kejora berada 'hanya' 175 juta km dari Bumi, dan cahayanya mengambil masa 9 min 42 saat sahaja untuk sampai ke mata kita.

Terasa betapa panas bintang Kejora itu kerana jaraknya yang sangat dekat dengan Matahari ... suhunya 745K dan 90 kali ganda dari tekanan di Bumi. Terkadang kita dapat melihat kemerahan dilangit Bumi kerana tempiasan bintang Kejora yang berwarna merah.
Dulu selalu dengar Amy Search menyanyi lagu Fantasia Bulan Madu ... "kemana kau kan ku bawa ... ke hujung dunia ke bintang Kejora".... panas tu... iskk kalaulah bintang Kejora berwarna biru... camno agaknya?!

p/s: Sir N nak mula citer bab Falak pula!
Tak berniat nak challenge AyahPin naik langit dengan cerek... sekadar menginsafi diri ini.


Friday, January 30, 2009

Citer2 Lawak East Coast Ride 2009 ...

Di Stesen Minyak Petronas ..
Bikerz tu: Boleh tanya bang ... jalan nak gi Kenyir ikut mana?
Bangla tu: Merah Biru ..berapa?

Ditapak perkhemahan Kenyir
Sekumpulan bikerz sedang bersembang dan ketawa dgn kuatnya ... HA HA HU HA HA HA HA
Dari khemah sebelah...
Gadis2 Ganu berbisik sesama mereka ... eee ketawa macam enam jahanam
Dari khemah Bikerz...
Bikerz tu: Cik Adik ... mereka tu memang enam jahanam ... jahanam1, jahanam2 ... jahaham6 .. yang balance tu PI JAHANAM dan DAH JAHANAM
Cik Adik: syyy .dengar la ...

Di Losong, Trengganu...
Bikerz tu: Cik Adik, boleh tumpang tanya?
Cik Adik: Boleh... nak tanya apa?
Bikerz tu: Nak gie Trengganu jalan mana?
Cik Adik: ?@#@$%$#$$

Sedang dalam perjalanan ke Temerluh ...di trafic light
Cik Adik: Lawa motor bang?
Bikerz tu: Motor memang lawa ... helmet mana?
Cik Adik: Biasa la bang ... Ganu ni...
Bikerz tu: Helmet mana?
Cik Adik: he he he
Cik Adik begitu selamba sehinggalah bikez tu menyeluk kocek bajunya ... dengan lajunya Cik Adik tu memecut. (mesti dia ingat bikerz tu polis kan!)

Untuk Isteriku ... Cinta Sejati Langit dan Laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya lautterhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Diambil dari http://ayatcinta.wordpress.com/

Aku adalah aku yang tidak pandai bermadah cinta....

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR (PBAKL) 2026

Dapatkan buku tulisan NOORDIN KHALID DI PBAKL PWTC DI BOOTH UTAMA- STESEN BUKU TINGKAT 4 DEWAN MERDEKA. juga boleh dapatkan di G...