Wednesday, September 9, 2015

SEMINAR MOTIVASI PELAJAR 20 SEP 2015 - SDOB

Salam Hormat 

Alhamdulillah saya dijemput untuk program SEMINAR MOTIVASI PELAJAR 2015 ANJURAN PERSATUAN BEKAS PELAJAR DATO' ONN BUTTERWORTH yang akan diadakan pada 20hb Sep 2015 bertempat di DEWAN KOMPLEKS SONY SEBERANG JAYA.



Saya juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Dato' Onn Butterworth tahun 1987. Walau hanya setahun, alhamdulillah ramai juga mengenali saya di sana. Ini juga kali pertama saya memberi ceramah di tempat "asal-usul" keluarga saya (sebelah bapa). 

Saya difahamkan tempat terhad untuk 100 pelajar dan keutamaan diberikan kepada anak-anak Alumni SDOB 87' walau bagaimanapun jika tuan puan berminat boleh hubungi 

Tuan Faisal 012 -  293 2325 
Tuan Reydzal 018 - 404 7392


Aturcara Seminar

The A Team


Saya juga akan dibantu oleh pasukan Smarts Coach iaitu Cikgu Abu Barzah dan Tuan Azhar Samat. Doakan agar tidak ada halangan kerana saya akan terbang langsung dari Afrika terus ke Pulau Pinang. 

Terimakasih diucapkan kepada Pengurus Projek ini iaitu Ustaz Faisal Hamid dan Pembantu Sukarela Tuan Reydzal juga pereka banner di atas. Tidak lupa juga kepada Alumni Team SDOB 5 Sains 2 yang membantu. Semoga usaha kita untuk kemajuan anak bangsa mendapat berkat dari Ilahi. Amin. 

Insyallah, jumpa di sana! 

SirNoordin Khalid


No comments:

Post a Comment