Friday, September 25, 2015

SEMINAR MOTIVASI PELAJAR 2015 - ALUMNI SDOB

Salam Hormat 


Alhamdulillah program Seminar Motivasi Pelajar 2015 anjuran Alumni 5 Sains 2 Sekolah Menengah Dato' Onn Butterworth telah berjaya dijalankan walaupun masa perancangan kurang dari sebulan. Seramai 48 peserta bersama ibubaa telah hadir dalam program ini. 

Kami

Ianya bermula dengan Group Whatsapp memikirkan apakah aktiviti yang boleh dijalankan dalam memastikan ikatan persahabatan berpanjangan maka seminar motivasi merupakan aktiviti pertama yang dirangka dan penglibatan juga secara sukarela. 

Sir memulakan perjalanan dari Khartoum - Dubai - KL - Penang hampir 28 jam perjalanan yang begitu memenatkan. Semangat untuk berkongsi impian memberi kekuatan untuk sir terus berjuang... 

Hebat Cikgu Abu Barzah bagi memastikan diri kelihatan tinggi

Program bermula dengan motivator hebat, Cikgu Abu Barzah merangsang semangat peserta untuk terus fokus dalam membina impian. Penuh dengan kata2 semangat dan laungan kejayaan dalam bergema di dewan tersebut. 

Hebat Cikgu Abu Barzah kita...

Beraksi dalam tidur - jetlagged

Disamping memberi kata2 semangat, Cikgu Abu Barzah juga fokus dalam membentuk sifat kepimpinan kepada adik2 peserta dengan pelbagai "games" yang begitu ceria dan menarik. 

Autograf peminat R100I

Sir hanya berkongsi cerita pahit manis dalam mengejar impian agar dapat dijadikan panduan kepada adik2 peserta. Tidak lupa juga sessi bersama ibubapa, sir berkongsi karektor adik2 peserta serta teknik belajar dominan mereka. 

AJK Alumni SDOB 87' Anda semua hebat! 

Tahniah diucapkan kepada Tuan Faisal Hamid selaku Pengurus Program yang juga dibantu oleh Tuan Reydzal, Cikgu Mazliza dan lain2. 

Kawan rapat di SDOB 87' ... masih kelihatan Macho! 


Untuk ibubapa yang berminat untuk mendaftar program kami seterusnya, sila rujuk Ikhtiar Hidup SmartsCamp Edisi Utara yang akan diadakan pada 4 - 6 Dec 2015 di Sedim Eco Resort, Sg Sedim, Kulim, Kedah. Sila hubungi saudara Azhar 012 - 401 2779 atau En Jamsari 012 - 391 2757. 

Maklumbalas ibubapa

Tidak lupa juga kepada Team Smarts Coach Cikgu Abu Barzah, Jamsari, Azhar Samat dan Shamsul Khamar (Shawn). yang bertumpus lumus dalam memastikan kelancaran program. 
Smarts Coach Edisi Utara


Anak2 kita lahir hebat, gilaplah kehebatan mereka! 


SirNoordin Khalid 
Smarts Coach






No comments:

Post a Comment