Friday, April 24, 2015

PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 2015

Salam Hormat 


Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015 kembali lagi bermula dari 24 April -  3 May 2015 di Putra World Trade Centre (PWTC). 



Insyallah saya akan berada di Booth Jootawan - Dewan Mawar Booth M38 & M39 pada 26 April jam 2 - 3 petang. Cuma kali ini agak menyedihkan kerana saya tidak sempat menyiapkan buku untuk tahun 2015. Saya menyasarkan untuk menyiapkan sebuah buku pada setiap tahun. Malang di atas faktor2 yang tidak dapat dielakkan membuatkan perancangan saya tersasar. Maka kali saya hanya meneruskan publisiti buku Rahsia 100 Impian : Daripada Corot Menjadi Pakar. 



Dalam pada itu saya juga sempat mempromosi buku R100I dan menembusi pasaran Brunei Darul Salam untuk pertama kalinya dan semoga usaha ini dapat diteruskan. 



Dalam masa yang sama, saya sedang merancangkan untuk menterjemahkan buku ini ke dalam Bahasa English di atas permintaan daripada rakan-rakan serta pelatih-pelatih yang pernah mengikuti program saya di seluruh dunia. Insyallah sasaran saya selepas Ramadhan ini versi Bahasa English R100I akan menemui peminatnya. 

Terima kasih di atas sokongan berterusan dari isteri saya, saudara-mara, rakan jauh dan dekat serta pelatih-pelatih saya di seluruh dunia. Semasa saya memulakan penulisan buku R100I, saya bukanlah seorang penulis tetapi saya menulis dengan hati dengan harapan menjadi inspirasi kepada setiap manusia di dunia ini. 




Saya hanyalah seorang hamba Allah yang ingin berkongsi setitis ilmu semoga memberi manfaat buat insan lain dan melihat titisan itu menjadi ribuan titisan pula... semoga dengan kehadiran buku  "Rahsia 100 Impian - Daripada Corot Menjadi Pakar" dapat mencetus aspirasi ke arah Jejak Langkah Luarbiasa dalam hidup anda semua. Amin. 


Noordin Khalid

No comments:

Post a Comment