Friday, December 26, 2014

Program Peringkat Nasional MHI

Salam Hormat 


Alhamdulillah program bersama pelajar-pelajar lepasan SPM anjuran Madrasatul Hayah IKRAM (MHI) peringkat Nasional 2014/15 di Kem Rimba Tamu, Batang Kali berjalan dengan baik. 



Peserta Lelaki Kem

Peserta Wanita Kem

Seawal program, peserta bernyanyi beramai-ramai lagu tema program dengan begitu bersemangat sekali. Terasa semangat jihad berkobar-kobar. 


Walaupun masa yang diberikan agak terbatas, sempat juga berkongsi serba ringkas tentang program Smarts IMPIAN dan Smarts Defensive System (SDS). Agaknya program kali ini agak berlainan, peserta memberi tumpuan serta melakukan latihan praktikal dengan tekun.



Sedikit sebanyak gambar yang dapat dirakam di sepanjang program.

Asas "Mencekik"


Asas-Asas SDS

Memberi tumpuan sepenuhnya

Barangkali selari dengan niat untuk menghadiahkan setitis ilmu pada hari ini, terharu hati pula apabila peserta mendendangkan lagu ulangtahun beramai-ramai. Hu hu hu


Program hebat anjuran IKRAM pastinya dapat melahirkan insan yang hebat juga. Walaupun sekejap dapat dilihat kehebatan dan kesungguhan peserta-peserta program. Tahniah!


Untuk makluman, dua orang anak sir juga anggota IKRAM TEEN yang telah mengikuti program mingguan serta kem-kem anjuran IKRAM. 


Tahniah kepada semua peserta program yang terdiri daripada insan-insan hebat.

Tahniah kepada pertubuhan IKRAM dan fasilitator yang bertugas
Tahniah kepada insan sehebat Tuan Hafiz Bai yang terus berjuang untuk memajukan insan kearah satu matlamat.


Setitis ilmu semoga menjadi ribuan titisan pula

Semoga sir berpeluang menyumbang lagi dalam program anjuran IKRAM.

p/s: Terimakasih kepada semua yang turut menyokong buku Rahsia 100 Impian - Daripada Corot Menjadi Pakar #R100I. 


SirNoordin

24/12/2014

No comments:

Post a Comment