Wednesday, December 31, 2014

Misi Sokongan Kemanusiaan ke Kelantan

Salam hormat.

Insyallah saya dan team akan ke Kelantan pada 1hb Januari -  3hb Januari 2015 untuk bantuan sokongan sebagai sukarelawan membantu mangsa2 banjir di Kelantan.
Gambar Hias (copy dari Internet)


Objektif: -
Untuk membantu mangsa banjir dengan menghantar sumbangan orang ramai, memberi sokongan motivasi kepada mangsa2 yang trauma dan membersihkan kawasan persekitaran terutamanya Masjid-masjid. Kawasan sasaran adalah kawasan yang telah surut di mana sokongan susulan amat diperlukan. Kami menyasarkan kawasan Gua Musang dan Kuala Krai. 
Gambar Hias (copy dari Internet)

Jika tuan/puan tinggal disekitar Bukit Beruntung/Bukit Sentosa yang ingin menyumbang barang2an keperluan amatlah dialu2kan. 

Maklumbalas yg diterima dari pasukan sukarelawan di Kelantan - barang2an yang menjadi keutamaan adalah seperti berikut: 
  • AIR MINERAL, Beras, susu bayi, roti, biskut, KURMA
  • Panadol, ubat luka, pampers
  • Berus gigi, ubat gigi, sabun
  • Lilin, lighter
  • Sejadah

Oleh kerana tempat agak terhad (sebuah trak 4x4), hubungi Jamsari Bachtiar Baharudin 012-3912757, Abu Barzah 011-14357690 dan Kamarul Azhar Abd Rahman 012-941 6669 (Pasir Gudang) agar kami dapat merancang sebaiknya.

Semoga diberkati Allah swt hendaknya.

SirNoordin Khalid

No comments:

Post a Comment