Friday, September 26, 2014

Elak Kencing Manis.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sejak akhir-akhir ini, Chome suka sangat kudap-kudap manisan.. huhuhu.. tak bagus tau untuk kesihatan. Tetiba, dapat satu artikel yang sangat menarik untuk dibaca dan diamalkan. Elok sangatlah tu.... errr..... artikel ini bukan sahaja untuk penghidap kencing manis, tetapi sesuai juga untuk pencegahan.. Beringat-ingatlah dan mencegah itu lebih baik daripada merawat, iye tak? Pesanan untuk diri sendiri, hehheh..
Chome dah cuba tips nombor 6, memang fantastik rasanya! Kenyang juga tau...! Nyummy!

Jom jom...

6 Makanan Khas Untuk Pesakit Kencing Manis

Nombor #1

Apa saja jenis limau secara mentah.

Makanlah segala jenis buah limau samada mandarin, sunkist, kasturi, lemon, atau apa saja asalkan ianya daripada kelompok atau keturunan buah limau. Samada besar atau kecil masam atau manis, banyakkan atau sering makan buah limau ini secara mentah.
Jangan makan jus limau, makanlah mentah sebiji begitu kerana ianya jauh lebih bagus untuk khasiat dan manfaat badan anda. Buah limau juga cukup baik untuk kesihatan jantung anda.


Nombor #2
Buah sayur karela @ peria katak
Karela? Peria katak tahu? Haaaa..pahit tau. Warnanya hijau pekat dan berkerutan, menggerutus...
Kelebihan buah karela ini mengandungi insulin tumbuh-tumbuhan asli yang mampu mengurangkan atau memproses kandungan gula dalam badan kita. Jadi buat mereka yang ada masalah insulin yang lemah tidak mampu memproses kandungan gula dalam darah, dengan adanya amalan makan buah karela ini dapat membantu masalah dalam badan dan darah anda.

Ada kawan yang menghidap penyakit kencing manis ini mengamalkan minum jus buah karela ini dua kali sehari. Dia buat jus buah karela dan simpan dalam peti ais. Setiap pagi dia minum sikit dan petang atau malam dia minum sedikit lagi. Anda juga boleh cuba buat begitu untuk kekalkan tahap kandungan gula jika dah ada masalah kencing manis.
Ada juga yang buat jus campuran. Kisar bersama buah epal hijau. Enaklah sikit rasanya. Katanya..

Nombor #3 
Bawang putih
Orang Cina memang suka makan bawang putih. Dalam masakan mereka mesti ada diletakkan bawang putih dengan banyak. Bawang putih ini memang ada banyak kelebihan perubatannya sehingga ada kapsul bawang putih dijual dalam bentuk bahan tambahan pemakanan.
Tetapi, kalau nak mudah dan mendapatkan khasiat yang mujarab, anda perlulah makan sekurang-kurangnya 3 atau 4 ulas bawang putih setiap hari. Lebih elok dihancurkan dan dikunyah begitu sahaja. Itupun kalau anda ada kekuatan untuk buat begitu.

Nombor #4
Minyak zaitun

Minyak zaitun sangat berkhasiat! Minyak zaitun dapat mengawal kandungan gula dalam badan anda agar steady sentiasa. Oleh itu jangan lokek sedikit duit untuk simpan stok minyak zaitun dalam rumah anda.
Memang harganya agak mahal, jauh mahal berbanding minyak kelapa sawit yang selalu kita pakai. Harga seliter minyak zaitun lebih mahal daripada harga satu tong minyak kelapa sawit.

Makanlah secara mentah dengan resepi yang akan saya berikan di bawah nanti yang menggabungkan bawang putih, minyak zaitun dan juga makanan nombor #5 di bawah ini.

Nombor #5
Roti gandum asli
Untuk pesakit kencing manis, makanan roti yang diperbuat daripada gandum penuh adalah pilihan terbaik. Kalau boleh jangan makan roti yang putih lembut yang biasa kita beli dari kedai tu. Makanlah roti padat yang banyak serat dan kasar yang ada dijual di pasaraya atau di kedai-kedai roti lain di pusat-pusat bandar atau pekan. Mat Saleh panggil whole grain bread.

Nak menambahkan sedap makan roti ini sila ikut resepi rahsia yang saya belajar daripada kawan Lubnan ketika saya berada di luar negara. Ini menjadi makanan kegemaran saya sampai sekarang. Resepi kentang lenyet untuk makan bersama roti. Ini adalah resepi makan cara orang arab dengan menggunakan bawang putih sebagai salah satu daripada bahannya. Anda boleh cuba di rumah dan jadikan sebagai makanan sarapan pagi yang sihat.
  1. Apa yang anda perlu buat adalah dengan merebus ubi kentang 2 atau 3 biji sehingga masak dan gebu. Selepas itu lenyetkannya di dalam bekas seperti mangkuk atau seumpamanya. 
  2. Kupas 3 atau 4 ulas bawang putih dan hancurkan bawang putih tersebut.
  3. Selepas itu campurkan dengan kentang lenyet itu agar sebati. 
  4. Selepas kentang serta butiran bawang putih yang dilenyet itu di gaul, ratakan dalam pinggan. Kemudian tuangkan minyak zaitun di permukaan kentang lenyet yang diratakan dalam pinggan itu secukup rasa. 
  5. Boleh tabur sedikit garam dan sedikit lada hitam di atasnya untuk menambahkan rasa.
Ha! Dah siap menu lazat ini, untuk anda makan dengan roti seperti gardenier atau baguet (roti perancis), atau apa-apa roti yang tawar.
Koyak sedikit roti, calitkan pada kentang bersama bawang putih dan minyak zaitun itu dan ngap ngap! Kunyah! memang lazat sebagai makanan sarapan yang berkhasiat.

Nombor #6
Yogurt
Rajinlah makan yogurt. Selain daripada baik untuk penyakit kencing manis, ia juga baik untuk menurunkan berat badan anda. Kalau boleh belilah yogurt asli.
Ini saya perturunkan satu lagi makanan yogurt asli yang saya ambil daripada kawan-kawan Arab Lubnan ketika berada di luar negara. Anda boleh sediakan makanan ini untuk sarapan pagi yang lazat.

Resepi yogurt makan dengan roti
Dapatkan yogurt asli daripada pasaraya berdekatan. 
Perhatikan label pada bekasnya tertulis "Natural Yogurt'.
Penyediaannya mudah saja. Ambil sesenduk yogurt asli itu, masukkan dalam pinggan kecil dan ratakannya sepeti kita buat pada kentang lenyet di atas. Kemudian tuangkan minyak zaitun penuh atas yogurt tersebut. Percikkan sedikit garam di atasnya dan siap!

Ambil kepingan roti dan cicah yogurt asli bersama dengan minyak zaitun itu dan makan. Subhanallah lazat dan berkhasiat sekali. Anda dapat rasakan aroma yogurt bersama minyak zaitun yang memecah rasanya dalam mulut perlahan-lahan ketika anda mengunyah roti tersebut seara perlahan-lahan.

Jika anda dah dapat rasa kelazatannya, anda akan mula rasa nak makan selalu dan ianya amat baik untuk kesihatan anda terutamanya.

Begitulah sedikit maklumat atau petua makanan sihat yang dapat saya perturunkan di sini. Moga dapat kita amalkannya dan selamat mencuba.

-Chome-

No comments:

Post a Comment