Friday, August 1, 2014

Niaga Lepas SPM

Salam Hormat  


Petang semalam sir menerima panggilan dari kawan lama yang hampir 25 tahun tidak jumpa rentetan dari artikel yang disiarkan baru-baru ini. Suaranya amat dikenali cuma jenuh juga untuk mengingati kembali siapa gerangan orang disana. Beliau adalah saudara Fazwari dari Taman Ayer Putih, Bagan Ajam jiran sekampung semasa di alam persekolahan. 

Apa yang hendak diceritakan adalah kisah kami selepas dari SPM 1988 dimana kami memulakan perniagaan makanan ringan. Cadangan ini dimulakan oleh Fazwari (Wari) dan sahabat baik beliau, Zam (nama penuh tak berapa nak ingat). Seingat sir, mereka merupakan pelajar yang cerdik tetapi sangat nakal. Apa yang untung kat mereka, pasti akan dilakukan...


Berbalik kepada cerita tadi, kami bertiga sepakat untuk mengeluarkan belanja Rm100/seorang (kalau tak silap). Pastinya kami meminjam dari ibubapa masing-masing. Setelah itu, kami menyewa basikal beroda tiga yang kami sewa dari Bagan Jermal. Kami memulakan perniagaan makanan ringan- snek dan air minuman dan berniaga di persekitaran Sekolah Menengah Dato' Onn, Bagan Ajam. 

Alhamdulillah perniagaan yang kami jalankan mendapat sambutan dari pelajar-pelajar sekolah serta kawan-kawan lain yang menjadikannya tempat lepak harian. Untung tidak seberapa tetapi banyak dipelajari dalam menjalani kehidupan ke arah kedewasaan. Sedikit sebanyak ianya mengajar erti kehidupan, keberanian untuk berhadapan dengan orang ramai serta rasa tanggungjawap. 



Tetapi jiwa muda, hangat-hangat tahi ayam juga akhirnya kami dapat bertahan selama sebulan apabila masing-masing teruja dengan pendapatan yang lebih lumayan untuk berkerja kilang dan sir pula mendapat kerja di Kapal MV Gadis Langkasuka. (Insyallah nanti sir ceritakan bab ini pula)

Apa yang dilalui sepanjang berkerja di usia muda - berniaga, pencuci kereta dan "stewards kapal" mengajar suatu yang amat penting dalam diri sir iaitu "SUKAR HIDUP TANPA IMPIAN".

Kita hari ini adalah apa yang kita lalui sebelum ini... 

Untuk adik-adik, lihat diri kamu di masa akan datang agar dapat membentuk diri sekarang. Dalam buku R100I, sir ada kongsikan teknik atau kaedah dalam membina impian masa hadapan bagi membentuk diri sekarang. 



Noordin Khalid
Petaling Jaya


#SaveGaza
#SaveSyria

Untuk mendapatkan buku R100I, sila emailkan ke sirnoordin@smartscoach.com 





No comments:

Post a Comment