Thursday, July 31, 2014

Temubual Dengan Bernama

Salam Hormat


Pagi ini dikejutkan oleh email dari Puan Melati Mohd Ariff dari Bernama yang menyatakan bahawa temubual beliau sudah keluar di suratkhabar. 



Terhenti seketika tugasan harian lalu melayari Internet. Terjumpa dua paparan berikut di kedua-dua akhbar utama. Sila klik di link Sinar Harian dan MStar.

Artikel yang menarik cuma rasanya tidak sampailah perkataan "Tercorot" itu... huhuhu ..."Corot" iyelah juga kerana masa alam persekolahan dulu memanjang keliru. Maklumlah anak-anak lelaki kebiasaannya lambat 'pick up' masa membesar. 

Ingatan untuk diri sendiri dan ibubapa diluar sana, "Jangan mudah putus-asa dengan kemampuan anak-anak kita sekarang kerana mungkin belum masanya anak-anak kita melonggak jauh lagi" 

Sir juga sering terkhilaf dengan anak-anak ...barangkali meletakkan harapan yang terlalu tinggi untuk anak berjaya yang akhirnya membebankan malahan ketahap mendera mental mereka untuk berjaya. Kenapa sir kata sir terkhilaf? Kerana sir lupa sir juga pernah melalui rentatan kegagalan dalam alam persekolahan berbanding dengan kebolehan sekarang. Ini secara tidak langsung... terlebih dalam mencabar kebolehan anak untuk cemerlang.

Kata kuncinya adalah "SABAR"

Teruskan dengan penuh kesabaran dalam mengasuh anak-anak kita... mereka tidak pernah dilahirkan dalam kegagalan tetapi kegagalan kita membuatkan mereka tersungkur. 

Untuk anak-anak, pastikan jalan sekali-kali tinggal solat dan sentiasalah berbuat baik kepada orang-orang yang lebih tua terutamanya ibubapa. Berbicaralah dengan penuh hormat dan sopan apabila bersama mereka. Pastinya mereka tidak putus-putus mendoakan kejayaan anda! 


"Saya hanya seorang hamba Allah yang ingin berkongsi setitis ilmu semoga memberi manfaat buat insan lain dan ingin melihat titisan itu menjadi ribuan titisan pula," ini kata Noordin falsafah hidupnya.


Buat rakan-rakan yang telah berjaya... anda hanyalah selangkah kearah meninggalkan Jejak Langkah Luarbiasa! Masa anda untuk memberi pula... 


Akhirkata, "SALAM EIDIL FITRI DAN MAAF ZAHIR BATIN" dari saya sekeluarga. Tidak lupa juga teruskan berdoa untuk saudara-saudara kita di Gaza dan Syria.


Untuk mendapatkan buku "RAHSIA 100 IMPIAN - COROT MENJADI PAKAR", sila email ke sirnoordin@smartscoach.com dengan tajuk


Noordin Khalid
Rawang

#SaveGaza
#SaveSyria

Sunday, July 20, 2014

Sepintas kisah Beruk, Monyet, Singa dan Harimau #SaveGaza

Salam Hormat



Tersebutlah sebuah kisah sekeluarga singa yang tinggal di dalam sebalik tembok zoo. Kehidupan yang dikelilingi tembok besar serta lautan yang tidak punya jalan keluar pastinya amat sukar jika dibanding dengan singa-singa lain yang bebas meredah ke mana sahaja. Kehidupan yang begitu sempit mengajar singa-singa ini untuk menyediakan diri dalam menghadapi apa jua keadaan. Apa yang menguatkan singa-singa ini adalah aspirasi untuk bebas dari tembok-tembok ciptaan ini serta janji-janji yang pernah tertulis. 



Di sebalik tembok pula kelihatan keturunan beruk yang menguasai kampung dibahagian luar tembok. Keturunan beruk ini berasal dari manusia yang pernah disumpah kira-kira 2,000 tahun dahulu kerana ingkar akan perintah tuannya untuk tidak mengail ikan pada hari Sabtu. 

Beruk-beruk ini amat terkenal dengan kejahatannya sehingga pernah disisih dari pelbagai kampung yang pernah ditumpanginya. Oleh kerana beruk-beruk ini sering melakukan pelbagai kerusakan maka terjadilah peristiwa yang dinamakan 'holocaust beruk'. Sejumlah 6 juta beruk telah dibunuh dan selebihnya bertempiaran lari ke merata tempat. 



Beruk-beruk ini mempunyai sahabat sejati iaitu monyet yang tinggal jauh di sebelah Barat. Apa sahaja yang dilakukan oleh beruk akan dipertahankan oleh monyet. Barangkali kedua-dua keturunan ini pemakan pisang tegar maka segala yang dilakukan oleh beruk sentiasa benar pada pandangan monyet. Disamping itu, beruk juga telah mengenggam telur monyet menyebabkan monyet terpaksa menahan senak perut dan mengikut arahan beruk. 



Berdekatan dengan kampung ini, tinggallah harimau juga saudara sepupu kepada singa. Harimau-harimau ini tinggal bebas dan sering berada dalam "kekenyangan yang amat sangat" sehingga malas walaupun untuk mengaum. Tidaklah ia peduli apa yang berlaku kepada saudaranya si singa. Harimau ini mempunyai hubungan diplomatik dengan monyet. Walaupun pada wajahnya harimau ini kelihatan garang tetapi pada hakikatnya monyet telah mengenggam telurnya. 




Cuba bayangkan siapa yang paling sakit kena genggam? Monyet yang digenggam telurnya oleh beruk atau harimau yang digenggam telurnya oleh monyet... 

Kegemaran beruk adalah melempar batu ke arah singa yang terkurung di dalam zoo. Habis anak-anak singa kesakitan serta ada yang mati akibat dari perbuatan beruk tersebut. Beruk amat gembira setiap kali ada singa yang menjerit kesakitan. 

Maka terkinja-kinja beruk lah jadinya. 

Oleh kerana singa sudah mencapai tahap kesabaran yang maksima di atas kezaliman yang dilakukan oleh beruk. Maka, singa pun melempar kembali batu ke arah beruk dari arah dalam tembuk. Batu yang dilempar tidaklah mengenai apa-apa sasaran, sekadar memberi peringkatan kepada beruk -Jangan lempar lagi! 

Kejadian singa melempar batu membuatkan kecoh seantero dunia yang mana singa telah menyerang beruk. Beruk mendapat sokongan dan publisiti besar-besaran dari media-media monyet iaitu CNN dan BBC yang menceritakan penderitaan terpaksa dilalui oleh beruk akibat dari kezaliman singa. "Singa yang terkurung itu adalah pengganas", begitulah tajuk di akhbar harian.

Lantas beruk mengadu kepada si monyet tentang apa yang telah berlaku. Lalu monyet pun berkata, "Kami tetap menyokong tindakan beruk untuk menyerang singa yang ada dalam zoo sebagai langkah mempertahankan diri". Walaupun monyet tahu ini adalah kenyataan yang amat bodoh tetapi untuk memastikan telurnya tidak dipicit oleh beruk, terpaksalah dilakukannya. Dalam hati monyet, "Biarlah bodoh, jangan sampai kena picit...."

Setelah mendapat mandat dari monyet maka bersiaplah angkatan beruk untuk menyerang singa yang terkurung di dalam zoo. Walaupun mempunyai angkatan yang tercanggih tetapi jauh disudut hati, beruk amat takutkan singa yang terkurung itu. Maklumlah walaupun terkurung, singa tetaplah digelar Raja Rimba! Maka beruk pun mengunakan teknik perang lempar batu dari jauh sahaja. Tetapi perang kali ini amat berbeza, beruk terkejut dengan keupayaan singa untuk melempar batu ke arah seluruh kampung beruk. 

Oh pocot, terkejutlah beruk sekampung beruk!!

Singa yang terkurung sudah pandai menyerang beruk-beruk yang di luar tembok. Serangan singa menyebabkan beruk ketakutan yang amat sangat sehinggakan ada yang mati akibat terkejut beruk. 

Apa kesudahan kisah ini, nantikan sambungannya nanti!


Ini adalah sebahagian dari rentetan apa yang terjadi sekarang ini. Walaupun kisah ini sekadar diolah mengikut kisah binatang tetapi sikap kebinatangan bangsa Yahudi tidak dapat diterima oleh dunia ini. Pembunuhan terhadap orang awam terutamanya kanak-kanak, perempuan dan orang tua sememangnya menyaksikan sikap derhaka mereka yang ada sejak azali.

Dunia Islam kini pula adalah "harimau yang tidak mampu mengaum akibat dari kekenyangan" juga melambangkan yang bangsa ini ibarat buih-buih di lautan... yang nampak garang tetapi termengah-mengah untuk menyuarakan kebenaran atau lebih senang untuk terus menikmati juadah walaupun hampir mati kekenyangan. 



Marilah kita terus berjuang dengan apa cara sekalipun mengikut kelebihan dan kekuatan masing-masing seperti kisah burung yang ingin menyelamatkan Nabi Ibrahim as semasa dibakar.

Kata burung tersebut, "dia tahu bahawa air yang dibawa tidak terpadamkan api yang ganas ini, namun sekurang-kurangnya dia telah menjalankan tanggungjawapnya untuk tidak berdiamkan diri apabila melihat kekasih Allah dizalimi oleh orang kafir"

#SaveGAZA
#BoycottIsrael

Semoga mendapat pengajaran.

Terus menyumbang ke NGO Aman Palestin
Maybank Acc: 562263010787
CIMB Acc: 8600460353

SirNoordin Khalid
Rawang
22 Ramadhan 1435

Saturday, July 19, 2014

Bahasa Jiwa Bangsa.... di mana kita?

Salam Hormat


Hari ini sir hendak berkongsi cerita untuk menzahirkan apa yang terbuku di hati!



Generasi tahun 70an dan 80an menghadapi kesukaran untuk memahami gaya pertuturan bahasa generasi Melayu terkini! Maksud sir generasi Y2K ini baik dari segi pertuturan mahupun penulisan. Generasi Melayu sekarang tidak dapat menyesuaikan gaya bahasa pertuturan dengan rakan sebaya, orang dewasa mahupun situasi formal. 

Tidak keterlaluan dikatakan bahawa bertutur dalam bahasa English lebih mudah difahami dari bahasa Melayu 'moden'.

Remaja zaman 70an dan 80an juga mempunyai bahasa pertuturannya tersendiri semasa bersama rakan sebaya tetapi apabila kita bertutur dengan orang dewasa secara otomatik bahasa yang digunakan penuh santun dan hormat. 

Tetapi generasi hari ini, mereka pukul sama rata! 

Mereka tidak dapat membezakan gaya bahasa yang sesuai dan secara tidak langsung menyakit hati orang yang lebih dewasa yang mendengarnya.... "abah cuba tengok dia orang main bola macam harammmm aje". Rasanya jika sir bertutur sebegini dengan arwah ayah, pastikan makan penampar Jepun. 



Baru-baru seorang rakan mengadu hendak memberi penampar kepada anaknya yang berusia 15 tahun kerana terasa amat kurang ajar apabila bertutur. Ini bukan masalah remaja ini sahaja, rasanya siapa yang ada anak-anak remaja zaman sekarang -begitulah pertuturannya mahupun SMSnya. 

Kata sir, "kalau hang nak bagi penampar, aku yang Taekwondo ni... ringan aje kaki nak naik sebagai penampar". Aduih... rosak generasi ini... tidak ada hormat dan santun lagi! 

Jika kita lihat filem-filem, drama-drama atau apa juga konsep berorientasi siaran TV, penggunaan bahasa pasar amat berleluasa hingga  dapat merasakan perubahan bahasa mengikut generasi 50an, 60an, 70an sehingga sekarang. Agaknya di atas situasi begini, pembuat filem yang ingin membuat filem berkonsep zaman dahulu,  terpaksa pula pelakon-pelakon bertutur lengok Melayu lama dengan bahasa model. 

Semakin celaru jadinya... 


Baru-baru menonton filem "Noah", pertuturan bahasa English yang digunakan untuk filem dulukala sama dengan filem-filem moden. Mahupun filem "Avatar" di planet lain juga menggunakan gaya bahasa yang sama. Apakah mereka tidak mengalami perubahan gaya bahasa? Benar ini hanya filem-filem English tetapi realitinya di luar juga begitu gaya bahasanya. Kalau ada perubahan pun barangkali dari keturunan Mat Black di Chicago... 

"Bahasa Jiwa Bangsa bermaksud bahawa bahasa sebagai milik mutlak sesuatu bangsa yang menjadi identiti kebangsaan. Sesungguhnya bahasa itu menunjukkan jati diri sesuatu bangsa. Bahasa melambangkan bagaimana sesuatu bangsa itu menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi, perpaduan untuk saling memahami dan bahasa itu digunakan sebagai bahasa ilmu sesuatu bangsa. Kekuatan bahasa itu juga menunjukkan kuatnya sesuatu bangsa"

Semoga tindakan sewajarnya dapat diambil agar jati diri bangsa ini terpelihara! 


SirNoordin Khalid
Ramadhan 1435

Saturday, July 5, 2014

Mini Site R100I

Salam Hormat 

Sejak akhir-akhir ini, kekurangan daya kreativiti untuk kemaskini blog dan memastikan "Mini Site" Rahsia 100 Impian selamat tersimpan di sini maka sir 'menirulah' ke blog ini ... Malangnya sir bukan pakar meniru maka tidaklah jadi seiras jadinya. Hi hi hi...

Original mini-site boleh dilayari di http://100impian.jootawan.com/ 

Terima kasih kepada sahabat penerbit di Jootawan yang terus mempromosi buku R100I dengan penuh dedikasi. Difahamkan juga buku ini juga boleh di dapati di kedai buku Popular. Tahniah dari sir! 



BAGAIMANA MENJADI PAKAR DALAM BIDANG YANG ANDA CEBURI?

Kuasai kuasa minda dan impian untuk menjadi pakar bermula dengan 
MELAKAR IMPIAN DI ATAS SEKEPING KERTAS!

Nyatakan Impian Anda!

"SAYA PUNYA BANYAK IMPIAN YANG SAYA PERNAH MIMPIKAN SUATU KETIKA DULU TELAH MENJADI KENYATAAN. DAN KINI TERUS MENGEJAR IMPIAN BARU DILAKARKAN PULA"


PERNAHKAH ANDA MENGALAMI PERISTIWA INI?

Kawan-kawan mentertawakan impian anda
Sentiasa mengalah kerana mustahil tercapai
Impian banyak sangat dan satu pun tak tercapai
Tidak tahu cara yang betul untuk mengapainya
Paling sedih, tiada satu pun impian yang diTULIS


GAGAL BUKAN BERMAKNA SEGALANYA BERAKHIR
PERJUANGAN PERLU DITERUSKAN!!

Bagaimana says bangkit setelah jatuh dan hampir jatuh berkali-kali?


DALAM BUKU INI SAYA KONGSIKAN RAHSIA SAYA !
KINI BUKAN RAHSIA LAGI...



Tingkatkan kuasa-kuasa ini yang ada pada anda sekarang...

KUASA IMPIAN
KUASA TIDAK MENGENAL KALAH
HABISKAN APA YANG DIMULAI
MEMBINA KEYAKINAN DIRI
DIAGRAM KECEMERLANGAN SIRNOORDIN
BERANI BERMIMPI BESAR
JEJAK LANGKAH LUAR BIASA


Sekarang beranikah anda bermimpi?!  Jika iye maka, sekarang cabar diri anda untuk mengejar apa juga impian anda!


LANGKAH PERTAMA ANDA BERMULA DENGAN
DAPATKAN BUKU R100I 
UNTUK ANDA MERANGKA STRATEGI MENCAPAI IMPIAN-IMPIAN YANG AKAN DATANG! 


Anda boleh dapatkan buku R100I melalui penerbit saya di www.jootawan.com 
atau 
Email ke sirnoordin@smartscoach.com 

dimana 
saya sendiri akan menulis kata-kata semangat untuk  anda serta  tandatangan dalam  buku anda!



Ikhlas dari saya,
SirNoordin Khalid
Ramadhan 1435H