Wednesday, May 14, 2014

KEM ZERO TO HERO 2: Pendaftaran dibuka!!

Assalamualaikum w.b.t !

Salam hormat.

Bismillah.......
 
Smarts Coach dengan berbesar hati akan mengadakan program ZERO TO HERO CAMP (Part 2). Kem 3 hari 2 malam ini akan diadakan pada 6 – 8 JUN 2014 untuk membantu anak-anak meningkatkan prestasi serta daya usaha pelajar dalam sesi pembelajaran di sekolah.


Kenalkah kita akan karektor diri sendiri?
Sudah kenal tapi mahu mengetahui lebih mendalam?

Katakan SAYA!
 
Berapa orang yang mudah faham dan dapat apa yang dipelajari?
Teknik belajar apa yang saya lebih dominan?
Bagaimana saya mahu memperkembangkan diri saya ke arah yang lebih cemerlang?
Mahu pertingkatkan kejayaan diri dengan kelebihan karektor luarbiasa itu?

Katakan SAYA!

 
Untuk kem ZERO TO HERO CAMP (Part 2) kali ini, SirNoordin akan membuka 3 lagi RAHSIA POLA DIRI iaitu karektor KEPIMPINAN diri, karektor KOMUNIKASI efektif dan karektor PEMIKIRAN kreatif disamping penekanan terhadap Teknik Belajar Dominan dan Kemahiran Otak Kanan.

 
Metadologi  :
 
1) Smarts Kepimpinan
2) Smarts Komunikasi
3) Smarts SUPER Minda
4) BEST Belajar - Jemputan Tn Syed Faizal
5) Smarts Kerohanian
6) Smarts Defensive System
7) Teambuilding

Tempat terhad kepada 100 peserta sahaja!

Peringatan : Tuan/Puan diminta melakukan pembayaran deposit sebelum tarikh yang diberikan untuk pengesahan tempat. Kelewatan membayar boleh menyebabkan tempat anak Tuan/Puan diberikan kepada pendaftar yang lain.
 

TARIKH & TEMPAT
6, 7, & 8 JUN 2014 (Jumaat, Sabtu, Ahad)
Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Gombak
GPS : N3" 17.889' E101" 41.762'
 

KUMPULAN SASARAN 
Pelajar berumur 9 - 17 tahun
Lelaki/Perempuan
 

PELABURAN 
Seorang : RM 380.00 
2 orang ke atas : RM360/seorang
(Deposit RM 150/ SEORANG)
Tarikh akhir pembayaran deposit : 3 JUN 2014 (Selasa)
 

CARA PEMBAYARAN
Mohon kerjasama Tn/Pn untuk membuat bayaran penuh atau deposit sebanyak RM150 sebelum tarikh akhir yang telah ditetapkan. Maklumat bayaran adalah seperti berikut:
  - Melalui Maybank ( 5620-1210-7992 ) atas nama SMARTS COACH
  
- Emailkan salinan SLIP tersebut (disertakan nama ibu/bapa, nama peserta & no IC peserta) keimpian@smartscoach.com
  
SMS/Whatsapp ke talian hotline (maklumat jumlah bayaran, tarikh, masa & tempat bayaran, nama ibu/bapa, nama peserta & no IC peserta


CARA PENDAFTARAN 
Sila balas email ini dengan butir-butir yang diperlukan:
1. Nama penuh (peserta) :
2. No. IC @ No sijil kelahiran (peserta) :
3. Umur :
4. Nama penuh (penjaga) :
5. No telefon penjaga :                                         
6. Email penjaga :  


HUBUNGI KAMI
Talian HotLine :
012-3912 757 JAMSARI / 019-6159 876 AZLINEI / 0111-435 7690 ABU
LIKES! FB: Smarts Coach dan layari website : www.smartscoach.com 


ADMIN
SMARTS COACH

Sunday, May 11, 2014

Rancangan CELIK HATI TV9 - Bijak Urus Stress

Salam

Pada 8hb Mei yang lalu, sir telah dijemput dalam rancangan CELIK HATI terbitan TV9 yang diadakan secara langsung. Hos program adalah Dato Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah (DMFK). Rancangan ini ditayangkan pada setiap hari Khamis jam 9.30 malam di TV9.

Bersiaran Langsung di TV9

Tajuk bicara malam itu adalah Bijak Urus Stress dimana kami berbincang tentang pengalaman dalam menangani stress. Selain dari sir, tetamu undangan adalah Puan Mary Ann, perunding image dan ustaz  Razi,

Berposing sebelum ke udara

Tetamu istimewa pula ialah Zizan Maharaja Lawak dan Puan Rozita, pengasas Sendayu Tinggi.

Bersama Zizan

Pengalaman menarik apabila berpeluang berbicara secara 'live'. Apa yang sir bicarakan adalah bagaimana stress yang seringkali dikatakan bersifat negatif dapat di positifkan. Jika kita mengambil stress sebagai sesuatu yang negatif pasti akan mengundang pelbagai penyakit antaranya mighrain, sakit belakang, deman dan lain-lain lagi. Tetapi seandainya stress diambil dari sudut positif maka ianya akan menjadi suatu cabaran untuk berjaya dimana stress akan mampu mempertingkatkan lagi kekuatan dalaman kita. 

Bersemangat dalam "Bijak Urus Stress"

Selain dari itu sir juga berkongsi teknik "segitiga Tension" iaitu keseimbangan antara Kehidupan, Masa dan Kewengan. Seringkali kita akan mengambil suatu elemen sahaja menyebabkan elemen lain akan jadi halangan kepada kita. Maka sebaiknya kita mengambil semua elemen mengikut pelan tindakan yang betul. 

Disebalik tabir...

Selepas habis dari 'shooting' tersebut, sempat pula berborak-borak dengan Zizan Maharaja Lawak yang menceritakan kisahnya yang kurang berjaya dalam SPM. Maka sir sarankan kepadanya agar memiliki buku R100I. Seterusnya penerbit TV9 Celik Hati, Puan Azizah Ariffin, pengasas Sendayu Tinggi Puan Rozita Ibrahim, Ustaz PU Razi dan DMFK juga mendapat sebuah seorang...

Melangkah kearah Jejak Langkah Luar Biasa ....doakan iye!

SirNoordin
Sri Pentas

Pelancaran Buku R100I di PWTC

Salam Hormat

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt kerana telah memudahkan segala urusan pelancaran serta promosi buku Rahsia 100 Impian: Daripada Corot Menjadi Pakar. 
Sesi bersama penulis di Pesta Buku Antarabangsa KL 2014


Kehadiran keluarga, rakan-rakan dan pelatih-pelatih memberi sokongan moral untuk sir terus berjuang dalam pembangunan sumber manusia dan mengarang lebih banyak buku-buku berdasarkan pengalaman sir telah lalui. 


Ahmad Khalid, abang sulung sir


Anak sir no.3 Muhammad Hakim Noordin juga membantu
mempromosi buku sir 

Abang Raz-Mie begitu semangat memperkenalkan buku
R100I kepada pengunjung

Kawan lama, Lilian Wong juga salah seorang pemilik buku
R100I semasa hari pelancaran

Terimakasih yang tidak terhingga kepada ahli-ahli Smarts Coach yang membantu untuk mempromosikan R100I.


Rakan UTM En Sharifudin-DTA, MJ-M4SC dan 
Mentor Motivasi Tuan Kamarul Azhar Abd Rahman

Bak kata Dato' Dr Fadzilah Kamsah (DMFK) dalam prakata di R100I ...

"Semoga buku ini menjadi pemangkin kepada mereka yang ingin membina kejayaan setelah gagal. Mudah-mudahan usaha Sir Noordin Khalid dan Cik Puan Nurdilla Zaini menghasilkan buku ini diterima Allah swt sebagai ibadah".


Team Smarts Coach yang hebat

Kepada sesiapa yang ingin mendapatkan buku ini boleh berhubung dengan 

En Jamsari Bachtiar 012-3912757 atau 
Emailkan nama, alamat, no mobile kepada impian@smartscoach.com untuk tempahan dengan tajuk R100I.

No account Maybank : Smarts Coach 5620 1210 7992 
Harga buku RM 34.90 dan pos laju RM 6.00  
Jumlah : RM 40.90

Kami akan membuat penghantaran melalui pos laju pada setiap hari Khamis. Insyallah.

Semoga mendapat manfaat bersama...


SirNoordin
Pesta Buku Antarabangsa KL 2014