Friday, April 25, 2014

PELANCARAN BUKU R100I PADA 3 MEI JAM 12 PM DI PWTC... JEMPUT HADIR!

Assalamualaikum 
Bismillah

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah swt dengan limpah kurnia dah rahmatNya buku pertama sir telah berjaya diterbitkan dengan bantuan dari Cik Puan Nurdilla, En Shah Othman selaku Editor dan juga penerbit Jootawan Groups Sdn Bhd.




Buku yang bertajuk RAHSIA 100 IMPIAN: DARIPADA COROT MENJADI PAKAR merupakan karya pertama sir yang menceritakan pengalaman yang dilalui dalam mengejar impian untuk merantau keseluruh dunia. Nukilan kata ayahanda bonda yang membangkitkan Kuasa Tidak Mengenal Kalah untuk terus berjuang agar dapat meninggalkan Jejak Langkah Luar Biasa. 

Buku ini amat sesuai untuk semua golongan kerana memberi idea dan teknik bagaimana untuk terus berjuang kearah kehidupan yang lebih baik. Harapan sir semoga buku ini menjadi ibadah dalam menyumbang kearah pembangunan manusia.


JEMPUT HADIR PADA MAJLIS PELANCARAN BUKU INI PADA 3 MEI 2015 JAM 12 TENGAHARI DI PESTA BUKU ANTARABANGSA KUALA LUMPUR KALI KE-33 (PBAKL) 2014 BILIK MAWAR, PWTC. PBAKL AKAN BERLANGSUNG DARI 24 APR - 4 MEI 2014

Harga buku ialah RM 34.90 


UNTUK TEMPAHAN, SILA EMAILKAN NAMA, ALAMAT, NO HP KE impian@smartscoach.com atau hubungi En Jamsari 012-391 2757

Sila bank-in kan ke Maybank 5620 1210 7992 Rm 40.90 (termasuk bayaran Pos Laju)

Jumpa disana iye! 

SirNoordin Khalid 

Friday, April 11, 2014

EDISI KHAS PARENTING - Bina Karektor Melalui Rahsia Pola Diri 27 APR 2014

Assalamualaikum w.b.t !

Salam Hormat

Bismillah....

EDISI KHAS UNTUK PENDIDIK, PENGAJAR DAN IBUBAPA.




Sukacitanya dimaklumkan, Smarts Coach akan menganjurkan Seminar Bina Karektor Melalui Rahsia Pola Diri.


Kenalkah kita akan karektor anak-anak mahupun pelajar-pelajar kita? 

Mahukah tuan/puan kenali anak-anak tuan/puan dengan lebih mendalam?
Katakan SAYA!

Berapa orang yang mampu membimbing anak-anak supaya mudah faham dan  dapat apa yang dipelajari?

Mahukah tuan/puan membimbing anak-anak tuan/puan agar mudah memahami pelajaran serta membina karektor diri sebagai pemimpin?
Katakan SAYA!


Inilah seminar yang dinantikan! Ayuh!!! Sertai seminar ini....

TERHAD kepada 20 peserta sahaja!


Seminar Bina Karektor Melalui Rahsia Pola Diri ini bertujuan:
  • Membimbing dan membantu memahami mengenali 9 JENIS KAREKTOR anak-anak.
  • Membantu menggilap potensi dan membina sahsiah peribadi cemerlang. 
  • Kenali teknik belajar dominan anak-anak samada Kinestetik, Visual, Audio dan sebagainya.



"Seharian penuh inspirasi bersama SIRNOORDIN dengan 9 JENIS KAREKTOR anak-anak"



TARIKH & MASA

27 April 2014  (AHAD)
9 pagi - 5 petang

TEMPAT

Dewan Impian Smarts Coach (DISC)
No. 1-17, Jalan Bunga Kertas 1B/2,
Bukit Sentosa, 
48300 Rawang,
Selangor Darul Ehsan.

KUMPULAN SASARAN

Ibu bapa / Guru / Pendidik

PELABURAN

Seorang: RM150 @ RM120/ seorang untuk berkumpulan
(Deposit : RM 50)

Maklumat bayaran adalah seperti berikut:

  - Melalui Maybank ( 5620-1210-7992 ) atas nama SMARTS COACH
  - Emailkan salinan SLIP tersebut (disertakan nama peserta & no IC peserta) ke impian@smartscoach.com atau 
 - SMS/WhatsApp (maklumat jumlah bayaran, tarikh, masa & tempat bayaran, nama peserta & no IC peserta) 

HUBUNGI KAMI UNTUK MAKLUMAT LANJUT
Talian HotLine : Telefon/SMS/WhatsApp 
012-3912 757 JAMSARI
019-615 9876 AZLINEI
0111-435 7690 ABU
Email : impian@smartscoach.com

LIKES! FB: Smarts Coach dan layari website : www.smartscoach.com 


# AYUH KITA TAMBAH ILMU PENGETAHUAN! #

Thursday, April 10, 2014

Pohon Impian

Salam Hormat 

Setiap manusia haruslah mempunyai impian kerana impian ialah harapan yang mampu membuat kita mampu bangkit walaupun gagal seribut kali. IMPIAN ADALAH HARAPAN! 

Tidak ada lagi istilah saya tidak pandai! Saya bodoh! Kerana jika faham dan kenali siapa kita maka kita akan faham bahawa Allah tidak menjadikan kita bodoh atau PANDAI tetapi terpulang kepada kita untuk menjadi RAJIN atau malas! Itu pilihan sendiri! 

Ini adalah POHON IMPIAN saya walaupun tidak lengkap seperti yang ada di minda, sir tetap coretkannya di KERTAS agar kelihatan di KANVAS ALAM. Kita berdoa agar impian kita tercapai... jika impian kita terserlah di kanvas alam... barangkali alam juga mendoakan untuk kita bukan?




SEKARANG LAKARLAH POHON IMPIAN ANDA! 
Lakarlah agar anda sendiri merasa kehebatan impian anda. Insyallah ianya akan mencetus inspirasi untuk anda terus cemerlang. Sir tetap mendoakan untuk anda semua!

INGAT! 
Impian yang TIDAK diusahakan adalah ANGAN-ANGAN!
Jangan sekali-kali melakar impian anda semasa anda sedang belajar atau berkerja kerana ianya akan menjadi LAMUNAN ANDA! 

Lakarkan impian sewaktu anda sedang berehat sambil memikirkan tentang siapa anda di masa akan datang. 

Cubalah ...


SirNoordin Khalid
Bukit Beruntung

Tuesday, April 8, 2014

EDISI KHAS UNTUK PELAJAR! Seminar Minda Super SMARTS

Assalamualaikum w.b.t !

Salam Hormat
Bismillah....

EDISI KHAS UNTUK PELAJAR! SUSULAN DARIPADA KEM ZERO TO HERO.

Sukacitanya dimaklumkan, Smarts Coach akan menganjurkan Seminar Minda Super SMARTS Rahsia Corot Menjadi Pakar. Mari kita selami persoalan ini...

Berapa orang yang kenal karektor DIRI sendiri?
Mahukah anda kenal diri dengan lebih mendalam?
Katakan YES!

Berapa orang yang MAMPU membina kefahaman dengan lebih mendalam terhadap apa yang dipelajarinya? 
Apakah keperluan yang kita pelajari itu membawa EFEK dalam kehidupan? 
Mahukah anda tahu perubahan yang bakal membawa kecemerlangan diri?  
Katakan YES!

Inilah seminar yang dinantikan! Ayuh!!! Sertai seminar ini....
Tempat terhad kepada 100 peserta sahaja!


Seminar Minda Super SMARTS ini bertujuan:
  • Membimbing dan membantu memahami mengenali karektor anda.
  • Membantu menggilap potensi dan membina sahsiah peribadi cemerlang. 
  • Kenali teknik belajar dominan anda.
  • Latihan minda.


"Seharian penuh inspirasi beroleh teknik dominan belajar serta 
Diagram Kecemerlangan SirNoordin"


TARIKH & TEMPAT
20 April 2014  (Ahad)
Fadzilah Kamsah Academy
63 Jalan 7/7C 
Bandar Baru Bangi


MASA
9 pagi - 5 petang


KUMPULAN SASARAN
9 tahun - 17 tahun 
Lelaki/Perempuan


YURAN PENYERTAAN
Seorang: RM150 
Lebih seorang: RM130 seorang
(Deposit penyertaan: RM50 seorang)


CARA PEMBAYARAN
Maklumat bayaran adalah seperti berikut:
 - Melalui Maybank ( 5620-1210-7992 ) atas nama SMARTS COACH.
 - Emailkan salinan SLIP tersebut (disertakan nama ibu/bapa, nama peserta & no IC peserta) ke impian@smartscoach.com atau
 - SMS/WhatsApp ke talian 019-6126769 (maklumat jumlah bayaran, tarikh, masa & tempat bayaran,  nama ibu/bapa, nama peserta & no IC peserta) 


CARA PENDAFTARAN 
Sila balas email ini dengan butir-butir yang diperlukan:

1. Nama penuh (peserta) :
2. No. IC @ No sijil kelahiran (peserta) :
3. Umur :
4. Nama penuh (penjaga) :
5. No telefon penjaga :                                         
6. Email penjaga :  


HUBUNGI KAMI (SMS/EMAIL/WHATSAPP) Talian HotLine: 
0111-435 7690 ABU / 019-6159 876 AZLINEI / 012-3912 757 JAMSARI
Email : impian@smartscoach.com


LIKES! FB: Smarts Coach dan layari website : www.smartscoach.com 

__________________________________________________________________

Tentatif Program

Seminar Minda Super SMARTS Rahsia Corot Menjadi Pakar

 8.30 am - 9.00 am    Pendaftaran 
 9.00 am - 11.00 am  Alpha relaxation/ senaman minda otak kanan dan kiri
11.00 am - 1.00 pm   Membina impian/matlamat dan mengenal potensi diri
1.00 pm - 2.00 pm     Makan tengahari/ solat Zohor
2.00 pm - 3.45 pm     Merancang pelan tindakan dan teknik belajar dominan
3.45 pm - 4.00 pm     Minum petang
4.00 pm - 5.00 pm     Sesi bersama ibubapa mengenal karektor dominan belajar anak-anak

__________________________________________________________________
Admin - Smarts Coach


Friday, April 4, 2014

Maklum Balas Kem Zero To Hero 23-25 March 2014

Salam Hormat 


Sedikit sebanyak maklum balas yang diterima melalui FB Smarts Coach. Terima kasih diucapkan kepada semua peserta2 kem yang sangat berdispilin dan bersemangat. Tidak lupa juga kepada ibubapa yang sanggup menunggu sehingga 2 jam untuk bersama-sama SirNoordin, Mentor Kamarul Azhar serta fasilitator dalam sessi 'one to one'. Tahniah!! 



Gambar selepas keluar 'jungle trekking' 


This camp is very very good :) banyak pengalaman yang sye dpat .. Terima kasih cikgu yang mngajar kami .. Kami akan ingat semua ilmu yang cikgu bagi sampai mati :)


Ahmad Shaquir finally found some encouragement to improve himself and be comfortable in his own skin. Thank you very much for everyone in believing in Ahmad Shaquir and syukur pada Allah kerana menemukan saya pada page ni.

Sessi "Bom" - "Bom"


Good for motivation with experience instructors.


Terima Kasih Kepada Semua Abg-ii & Akak-ii Kerana Banyak Membimbing Saya Dalam Kem Ini :') Terima Kasih Sgt-ii ... Jasa Mu Xkan Ku Lupa :')

Apa yang penting? KERJASAMA


Great place to make a change

Teruskan memberi komen kerana ini akan membantu kami memperbaiki seterusnya meningkat perkhidmatan kami kepada anda semua!


Siapa Kamu?
Saya Bijak Saya Boleh


ADMIN