Thursday, February 27, 2014

Berani Berhijrah!!

Salam Hormat


Sejak mula berkerja sehingga sekarang, sir perasan pada setiap kitaran 6 tahun sir akan mula mendapat beberapa peluang untuk 'berhijrah'. No joke! It happens again! 



Kenapa kita perlu berhijrah? 
Biasanya kita berhijrah kerana ini mencari sesuatu yang baru yang boleh dijadikan nilai tambah pada diri dan kewangan. Kita perlu 'berhijrah' apabila kita mula merasakan tidak terdapat nilai tambah dalam pekerjaan kita. Kita akan tahu bila kita mula merasa bosan dengan apa yang kita lakukan ...tidak merasa tercabar lagi!! Jika tidak, kita akan mula berada dalam situasi 'comfort zone' dan ini yang amat merbahaya kepada perkembangan diri. 


Kenapa kita takut berhijrah? 
Kerana kita sudah merasa amat 'comfortable' dengan perkerjaan, sistem, persekitaran dll. Kita mula menjadi seperti robot yang melaksanakan kerja harian yang hampir sama tanpa mempedulikan nilai tambah diri. Kita akan merasa takut untuk 'berhijrah' dari melakukan sesuatu yang biasa kepada sesuatu yang luarbiasa atau tidak biasa.

Berhijrah tidak bermakna kita perlu berpindah syarikat tetapi kita boleh melakukan kerja-kerja yang berlainan walaupun dalam bidang yang sama. Yang penting ada sesuatu yang baru yang boleh dijadikan nilai tambah diri. Jika lebih berani barangkali mencuba sesuatu yang baru seperti berpindah syarikat dan memulakan perniagaan. 'Change always pain...'. Tidak mudah untuk melakukan sesuatu perubahan kerana berubah tidak bermakna kita akan berjaya tetapi untuk berjaya kita kena berubah



So, bite the bullet .... kerana kegagalan untuk mengambil peluang juga membawa kepada risiko kegagalan!! 

Semoga kita berani untuk berubah ..... ingat berubah tidak menjanjikan sebarang kejayaan TETAPI UNTUK BERJAYA KITA PERLU BERUBAH!


Noordin Khalid
Seria, Brunei





No comments:

Post a Comment