Thursday, February 27, 2014

Berani Berhijrah!!

Salam Hormat


Sejak mula berkerja sehingga sekarang, sir perasan pada setiap kitaran 6 tahun sir akan mula mendapat beberapa peluang untuk 'berhijrah'. No joke! It happens again! 



Kenapa kita perlu berhijrah? 
Biasanya kita berhijrah kerana ini mencari sesuatu yang baru yang boleh dijadikan nilai tambah pada diri dan kewangan. Kita perlu 'berhijrah' apabila kita mula merasakan tidak terdapat nilai tambah dalam pekerjaan kita. Kita akan tahu bila kita mula merasa bosan dengan apa yang kita lakukan ...tidak merasa tercabar lagi!! Jika tidak, kita akan mula berada dalam situasi 'comfort zone' dan ini yang amat merbahaya kepada perkembangan diri. 


Kenapa kita takut berhijrah? 
Kerana kita sudah merasa amat 'comfortable' dengan perkerjaan, sistem, persekitaran dll. Kita mula menjadi seperti robot yang melaksanakan kerja harian yang hampir sama tanpa mempedulikan nilai tambah diri. Kita akan merasa takut untuk 'berhijrah' dari melakukan sesuatu yang biasa kepada sesuatu yang luarbiasa atau tidak biasa.

Berhijrah tidak bermakna kita perlu berpindah syarikat tetapi kita boleh melakukan kerja-kerja yang berlainan walaupun dalam bidang yang sama. Yang penting ada sesuatu yang baru yang boleh dijadikan nilai tambah diri. Jika lebih berani barangkali mencuba sesuatu yang baru seperti berpindah syarikat dan memulakan perniagaan. 'Change always pain...'. Tidak mudah untuk melakukan sesuatu perubahan kerana berubah tidak bermakna kita akan berjaya tetapi untuk berjaya kita kena berubah



So, bite the bullet .... kerana kegagalan untuk mengambil peluang juga membawa kepada risiko kegagalan!! 

Semoga kita berani untuk berubah ..... ingat berubah tidak menjanjikan sebarang kejayaan TETAPI UNTUK BERJAYA KITA PERLU BERUBAH!


Noordin Khalid
Seria, Brunei





Tuesday, February 18, 2014

Kem ZERO TO HERO 23-25 March 2014

Salam Hormat 

Isikan masa cuti anak-anak anda dengan pengisian yang hebat dari penceramah terkenal Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah. 

Kem Zero To Hero pada 23hb hingga 25hb March 2014




-------------------------------------------------------------
Anak-anak anda perlu mengenal potensi mereka yang sebenar dalam membentuk jati diri serta menjadi pelajar dan anak yang cemerlang.
-------------------------------------------------------------

Penceramah
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah
SirNoordin Khalid
Kamarul Azhar Abd Rahman

Kumpulan Sasaran: 10 hingga 17 Tahun
Lokasi : Nur Laman Bistari , Ulu Yam, Selangor
Yuran Penyertaan : RM380 (deposit RM150)

Sebarang Pertanyaan dan pendaftaran sila hubungi :
Azlinie    : 0196159876
Abu         : 01114357690
Jamsari  : 0123912757

Account Bank : Maybank
Account NO    : 562012107992
sila sms atau email setelah pembayaran dibuat ke :
impian@smartscoach.com

website : www.smartscoach.com