Monday, October 7, 2013

Jutawan Miskin

Salam

Sebelum ini kita sering terdengar tentang Skim Cepat Kaya yang selalunya merupakan 'janji manis' yang tiada logiknya dalam mencapai keuntungan perlaburan. Seingat sir sewaktu berumur 18 tahun dahulu, Skim Pak Man Telo yang memberikan keuntungan lumayan kepada pelabur yang akhirnya merupakan Skim Cepat Kaya memberi keuntungan kepada pelabur awal serta memberi pulangan 'kayap' kepada pelabur baru. 



Teringat juga kepada seorang kawan sir yang membuat pinjaman Tekun yang pada asalnya ingin memulakan perniagaan yang akhirnya terpengaruh dengan skim-skim begini. Puas juga sir menasihatkan sir tentang duit pinjaman Tekun itu agar digunakan secara berhikmah disamping melupuskan hutang-hutang yang sedia-ada. 

Pada ketika itu, logik beliau adalah jika duit itu dilaburkan kepada skim tersebut - genap 3 bulan duit itu akan jadi berganda ... tak silap sir pinjaman beliau adalah RM15,000 dan akan beranak menjadi RM30,000 dan secara logiknya duit keuntungan tersebut akan digunakan untuk membayar hutang dan duit pokok digunakan kembali untuk perniagaan beliau. 

"Do not put your eggs in one basket" 

Habis semuanya dilaburkan pada skim tersebut dan malangnya beliau merupakan kitaran terakhir dalam dunia pelaburan tersebut sebelum diserbu oleh pihak berkuasa. Akhirnya hutang ke mana, perniagaan ke mana dan hutang bertambah RM15,000 dengan Tekun... semoga ada kesedaran kepada beliau!

Kenapa tetiba sir membuka cerita ini? 

Baru-baru ini sir difahamkan ada 'duit perbendaharaan' yang nilainya jutaan ringgit dan beberapa individu  tertentu telah dinamakan sebagai 'bakal-bakal penerima tunai jutaan ringgit'. Untuk mengeluarkan 'perbendaharaan' tersebut memerlukan 'pelaburan' dengan nilai-nilai tertentu yang tidak diketahui jumlahnya. Pastinya untuk mengeluarkan jutaan ringgit mestilah pelabuaran juga jutaan ringgit.

Setiap kali ditanya, pastinya jawapan mereka ..sudah hampir tetapi perlu membuat sedikit bayaran itu ini sebagai yuran pemprosessan. Telah hampir 3 bulan sir mendengar jawapan yang sama dan tidak pasti bilakah hujungnya selain meminta sir berdoa untuk mereka agar cepat-cepat 'pembendaraan' tersebut dikeluarkan. Difahamkan ada yang telah membelanjakan hampir ratusan ribu ringgit, ada yang membuat pinjaman peribadi dan bergadai untuk membantu pemprosesskan tersebut. 

Secara logiknya, "Nothing is FREE in this world" ... dan persoalan siapa pula anda yang tetiba layak mendapat 'perbendaharaan' tersebut, kenapa tidak pula orang lain, apakah kelayakan untuk mendapatnya. Apa pula syarat-syarat untuk mengeluarkan? Jika ;'perbendaharaan' ini benar kenapa banyak sangat procedure yang tidak jelas? Kenapa tidak dinyatakan jumlah yang sebenar dalam memproseskannya? 



27 Feb 2014 - Kemaskini

Artikel ini ditulis pada October 2013 dan sedikit penambahan kerana ...
Sir masih mengikuti perkembangan mereka dan rasa yang amat sedih kerana melihat mereka yang masih terus melabur dengan penuh keyakinan. Janji jutaan ringgit yang semakin hampir tetapi masih tak kunjung tiba.  Kagum juga dengan kuasa percaya yang ada pada mereka! Mungkin sudah terlanjur melangkah terpaksa menyelesaikannya juga... alang-alang menyeluk perkasam biar sampai ke pangkal lengan!! Jika benar pekasam yang menanti ...seluklah ...tetapi jika sebaliknya ....! 

Wallahulam .... setelah membelanja sekian banyaknya wang ringgit, harapan sir semoga ianya menjadi kenyataan! Sir rasa banyak lagi 'buaya besar' yang lebih berpengaruh untuk mendapatkan 'pelaburan itu' andai ianya benarpbenar wujud!! 

Kerana sir telah mula memikirkan jika ini adalah sebahagian dari SCAM ... maka pastinya sudah jatuh ditimpa tangga ...jatuh ke tanah dipatuk ayam!!


Tepuk dada tanya selera!


SirNoordin 
Brunei

2 comments:

  1. Bersemangat betul sir... bagus berkongsi ilmu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sudah ramai ditipu dan semakin ramai yang ingin ditipu...

      Delete