Tuesday, September 17, 2013

Seminar MGTFi 15 Sept 2013

Salam 

Alhamdulillah dapat menghadiri Seminar Malaysian Global Taekwondo Federation (International) pada hari Ahad 15hb September 2013 dan terbuka kepada pemegang tali pinggang hitam Taekwondo. 


Seminar ini diadakan bertujuan untuk memberi penjelasan tentang Kajian Silibus, Undang-undang Kejohanan Taekwondo MGTFi dan sedikit sebanyak tawaran latihan kejurulatihan Majlis Sukan Negara (MSN) disamping yang lebih utama ialah Re-Union pemegang tali pinggang hitam Taekwondo. 

Pejam celik dah hampir 25 tahun dalam sukan Taekwondo dan tidak pernah terfikir untuk mendapat pencapaian sehingga di anugerahkan sebagai Pemegang Talipinggang Hitam Darjah ke Lima (5th Degree Black-belt). 


Yang mengembirakan tentang seminar ini adalah latihan bersama sahabat-sahabat lama yang sama-sama berkecimpung dalam arena ini ...dapat dilihat 'kami dimamah usia' dari segi tubuh badan serta teknik-teknik yang digunakan. Bak kata Master Yeow, "orang muda bertenaga dan teknik amat canggih tetapi kita ada akal dan pengalaman... hihii"

Selain itu juga, dapat berkongsi teknik dengan pelatih-pelatih beladiri dari Yaman, Arab Saudi dan Bahrain yang diketuai oleh Master Hassan al-Moudi. 

Teringat semasa menduduki ujian kenaikan talipinggang dua tahun yang lalu di mana kami mendapat pujian dari Grandmaster Sabree Salleh semasa menunjukkan teknik2 self defense. Senyum sampai hari ini...


Semoga dapat berjumpa lagi diacara seterusnya. Secara peribadi saya menyokong program-program seperti ini diadakan sekurang2nya dua kali setahun bagi memberi ruang kepada semua ahli bertemu dan bertukar fikiran.

Akhirkata, terimakasih yang tidak terhingga diucapkan kepada guru-guru yang pernah mengajar saya sejak sekian lama iaitu GM Sabree Salleh 9th DAN dan Master Chee Moon Piow 8th DAN. Apa yang saya terima bukan sahaja sekadar ilmu Taekwondo tetapi disipilin diri dan rasa yakin untuk berhadapan dengan pelbagai bangsa dunia dalam menjalankan tugas-tugas harian. 


SirNoordin
Eistin, Penang


No comments:

Post a Comment