Thursday, June 20, 2013

Kembara Sudan (bahagian 1)

Salam 

Diam tak diam sudah 8 tahun setengah Sir berulang-alik ke bumi Khartoum, Sudan Afrika Utara. Betul kata orang Arab, "jika kita terminum atau termandi air Sungai Nile kita akan sering kembali kebumi ini". Terfikir-fikir juga bila masa tertelan air Sungai Nile samada di Khartoum atau Cairo. 




Perjalanan pertama bermula pada Feb 2005 atas tugasan untuk membina sistem pengangkutan trailer untuk menghantar sumbangan makanan dunia ke bumi Daffur. Masih jelas terasa apabila pintu pesawat Emirates terbuka di Khartoum hawa panas menerjah ke muka bagaikan terkena hawa panas ketuhar. Ada di antara kami tetiba 'black-out' dan tidak mahu berkerja disini. Sir pula tak sabar-sabar maklumlah kali pertama menjejak kaki di bumi Afrika. 




Oleh kerana ini pertama kali bertugas di negara orang kulit hitam yang purata ketinggian separas alang pintu dan perwatakan agak keras - terasa hati nak menyepak terajang aje puak-puak ini! Namun semakin kita mengenali disebalilk perwatakan kasar tersebut, hati mereka baik-baik - ahlan wasahlan! Walaupun begitu secara tidak sengaja ada juga seorang Arab-Afrika 6' 2" yang dilambung oleh Sir akibat terkejut... haiya kung-fu lol! 




Setelah bertugas beberapa hari di bandar Khartoum, kami mula bergerak ke Port of Sudan  dengan kapalterbang yang sungguh mengerikan. Maklumlah negara yang di bawah sekatan antarabangsa 'Embargo' pastinya kapalterbang Sudan Air tidak diselenggara dengan baik malahan tiada 'spare-part'. Mulanya tidaklah takut sangat tetapi bila melihat orang Sudan membaca Al-Quran disepanjang penerbangan tetiba seram sejuk dan sesak nafas... apa lagi baca ajelah apa yang telah dihafal. Seram oii!! Kat sini kapalterbang jatuh macam kereta eksiden aje... 


Di Port of Sudan, sempat juga menjejak kaki di Laut Merah yang diseberang sana adalah bumi kelahiran Nabi Muhammad saw. Yang paling menarik adalah banyak 'lobster' yang ditangkap tetapi pada mahzab orang sini haram dimakan ..ha ha ha lantak korang la ... hari-hari Sir makan lobster masak kari, masak cili, masak apa2 aje lah ..sampai main buang2 aje... murah kalau kat Malaysia paling kurang Rm150 seekor!


Perjalanan diteruskan melalui jalan darat yang jaraknya beribu-ribu kilometer menuju El-Obeit menyusuri sempadan Etopia dan Erithia. Keluar air mata melihat kemiskinan orang2 disini tanpa keperluan asas seperti air dan letrik. Barangkali sudah biasa dengan kehidupan begini. Sir selalu terfikir kenapalah tok-tok orang Sudan ni datang ke bumi gersang ni yang panasnya hingga mencecah 48 Celcius... pergilah ke utara macam Cairo ke, London ke, Italy ke .. bukankah nyaman?! Tetapi orang sini jawap, tempat jatuh lagikan dikenang inikan pula tempat bermain - kununnya begitulah dalam bahasa Malaysia. 


Perjalanan memakan masa 3 hari - Sir tengok 'driver' Sir namanya William steady aje memandu,  rupanya kantoi pekena ganja sebelum bawa kereta...patutlah steady aje ..err sir pun pakai tali pinggang kalendar demi keselamatan kot2 la terbalik ke! Dalam perjalanan dari Kassala ke El-Obeit secara tiba-tiba terdengar letupan yang kuat ....astagfirullah... bunyi tembakan ke err seramnya... bila jip kami dah berhenti William kata, "tayar pancit dah......"

Orang Sudan ni kalau bab kerja memang ada falsafah iaitu IBM - Insyallah + Bukhura + Mafimuskilla (Insyallah - Esok - No Problem). Bila kita hendak sesuatu dari mereka, jawapan pertama mesti Insyallah. Bila tanya lagi, depa jawap Bukhura (esok). Oklah, esok tanya lagi, jawap depa "Mafimuskilla (no problem)'. Baguslah No Problem...dah siap ke belum? Depa jawap, "Insyallah" dan begitulah seterusnya untuk tempoh yang tak sudah-sudah. Sabar aje lah! 




Suatu hari bos Sir dari Malaysia tanya, "Noordin, mana report you?". Sir jawap, "Insyallah" dan seterusnya "Bukhura" dan "Mafimuskilla" .... sorry bos, kena balik Malaysia - kepala sudah fening.... 



Bersambung....


Kembara Sudan bahagian 2
Kembara Sudan bahagian 3

No comments:

Post a Comment