Sunday, May 26, 2013

Kem Motivasi Minda SuperSmarts (3-5 Jun 2013)

Salam

Smarts Coach akan menganjurkan Kem Motivasi Minda SuperSmarts pada cuti sekolah kali ini iaitu pada : -



Tarikh   : 3hb - 5hb Jun 2013 (3 hari 2 malam)
Tempat : Nur Laman Bestari, Ulu Yam, Gombak, Selangor
GPS       : +3 18' 0.49" , +101 41' 40.14"

Sepintas lalu, Kem MMSS akan memfokuskan seperti berikut : -

  • Mengenal diri dan Pencipta
  • Teknik Smarts Impian "Zero To Hero" 
  • Teknik Belajar Cemerlang mengikut Pola Diri
  • Terapi Alfa Relaxations dan Alfa Empowerments
  • Kembara Hutan
  • Smarts Amazing Race
  • Istimewa: Laporan Potensi Diri berasaskan Pola Diri
  • Istimewa: Ibubapa/peserta bersama Dato' Dr Fadzilah Kamsah 

Kem MMSS akan dibimbing oleh SirNoordin dan dibantu oleh Tuan Kamarul Azhar, Ustaz Adzeem dan krew Smarts Coach. 

Maklumat untuk peserta-peserta Kem MMSS : - 
Anda dikehendaki melapor diri pada jam 2 petang di Nur Laman Bestari. Sila pastikan kelengkapan ASAS anda mencukupi sekurang2nya seperti berikut :-

1.      Pakaian Bersih (4 pasang –Solat, Tidur & Pulang)
2.      Pakaian Aktiviti (3 pasang –Track suit dll)
3.      Kasut Sukan & Selipar
4.      Tuala Mandi
5.      Botol Air
6.      Lampu Suluh
7.      Ubat-ubatan (jika perlu)
8.      Buku Tulis/ Pen/ Pensil
9.      Keperluan Asas Diri (berus gigi, sabun dll yang difikirkan perlu)

Maklumat untuk ibubapa: 
Tuan/Puan dikehendaki untuk hadir pada hari ke-3 iaitu 5hb Jun 2013 jam 10.45 pagi untuk Sesi Bersama DMFK dan majlis penutup.

Maklumat lain: -
Di Nur Laman Bestari, boleh dikatakan tiada 'coverage' handphone maka sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan En Zurairi di talian 012-2720532


Insyallah bertemu di Kem MMSS, pastinya anda akan teruja dengan aktiviti2 yang disediakan serta fasitator yang kelakar tetapi tegas! 


SirNoordin2013-

Friday, May 24, 2013

Menerobus Sempadan Kecemerlangan

Salam


Alhamdulillah dengan izin Allah swt, seminar untuk Hari Setiausaha anjuran Fadzilah Kamsah Academy (FKA) telah berjalan dengan lancar. Oleh kerana permintaan yang ramai, seminar ini telah dijalankan selama 2 hari. Hari pertama seramai 88 peserta dan 72 peserta pada hari kedua.   

Seminar ini dinamakan 'MENEROBUS SEMPADAN KECEMERLANGAN' yang diketuai oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah dengan dibantu oleh artis Fahrin Ahmad dan Sir sendiri. 


Untuk program ini, Sir berkongsi Sistem Defensive Smarts (SDS) yang memberi teori dan latihan praktikal dalam Program Pencegahan Jenayah. 

Ternyata ramai berminat dan ingin turut serta mencuba teknik yang mudah tanpa memerlukan kudrat yang kuat. Ini dibuktikan dengan tenaga beberapa orang yang mampu ditangani dengan mudah.


Dato' Fadzilah Kamsah dan peserta program menumpukan perhatian sepenuhnya pelbagai teknik dalam pelbagai situasi.

Sir juga berkongsi teknik-teknik yang boleh digunakan ketika dalam kereta (berhenti disimpang) dimana anda diserang dari luar kereta.

Bergambar bersama2 sebahagian peserta program dari Johor yang begitu teruja untuk mempraktiskannya selalu. Ingat... Practise make Perfect!

Akhir sekali, jutaan terima kasih diucapkan kepada Fadzilah Kamsah Academy (FKA) dan krew Smarts Coach yang bertumpus lumus memberi tunjuk ajar dan menjadi bahan ujian hingga ada yang lebam-lebam. You are the BEST!!
Pastinya selepas bertumpus lumus, makan tengahari disediakan ... Dato' dan Sir sudah selesai beraksi... sekarang bro Fahrin Ahmad... your turn!! Kami semua nak makan.... 

SirNoordin2013

p/s: Sesiapa yang berminat untuk mempelajari Sistem Defensive Smarts (SDS) boleh email ke impian@smartscoach.com atau berhubungi dengan Fadzilah Kamsah Academy (FKA) untuk maklumat lanjut.

Tuesday, May 21, 2013

Kuasa Impian

Salam 

Sudahkah anda menulis impian anda? 

Maksud sir, "sudahkah anda menulisnya di kertas atau diari atau dimana2 sahaja tetapi bukan di ingatan?"


Ramai diantara kita mempunyai pelbagai impian mahupun cita-cita tetapi sekadar di ingatan maka selamanya ia berada dalam ingatan yang akhirnya tidak mampu dicapai. Selamanya di ingatan bermakna selamanya impian itu hanya mimpi indah disiang hari.


Kenapa tidak di zahirkan... 

agar mata dapat melihat dengan jelas impian kita 
agar memberi kita dorongan semangat untuk terus berjuang
agar kita tidak lalai dan lupa tujuan kita
agar orang2 yang sayangkan kita juga melihat keinginan kita
agar mereka juga mendoakannya
agar alam juga mendoakan kita

Ketika berusia 10 tahun bermulalah sebuah impian (ketika itu hanyalah mimpi siang) disaat rakan sebaya menceritakan cita-cita mereka yang kebanyakkannya adalajh doktor, lawyer, guru dan lain2.... tidak mengerti apa yang dikatakan yang pasti jawapan sir hanyalah, "saya ingin merantau ke seluruh dunia...."


Dan impian itu juga tidak tertulis dimana-mana...  



Kegagalan demi kegagalan... tetapi masih ada kekuatan dalaman yang bernama 'kuasa tidak mengenal kalah'



Kuasa Tidak Mengenal Kalah... 

Kuasa yang memberi kekuatan untuk terus berjuang namun tanpa impian ternyata tujuan tidak tetap... kejayaan hanyalah seketika. Letih dalam mengejar kejayaan... letih memandang halangan yang menanti...

Kuasa Impian
Kenapa dipandang pada halangan? Kenapa tidak melihat terus melepasi halangan? Itulah kuasa impian...  Jika kita terus memandang pada halangan bermakna kita 'memenatkan' diri untuk berfikir bagaimana melepas halangan tetapi jika kita melihat pada Impian maka kita akan terus berfikir untuk ke mencapainya. 

Ibaratnya dikejar anjing dan longkang besar di hadapan... 
Pada ketika biasa kita tak mampu melepasinya longkang tersebut kerana kita sentiasa memikirkan bagaimana nak melepasi dengan kemampuan diri yang sedia ada tetapi bila  dikejar anjing kita mampu melepasi longkang tersebut kerana objektif kita hanyalah menyelamatkan diri. Dalam cerita ini.... longkang adalah halangan dan menyelamatkan diri adalah impian.

Jika sukar untuk memahami juga...anggaplah impian itu adalah mimpi kerana dalam mimpi kita mampu mencapai apa saja.

Oh iye, impian sir ingin memegang bulan... dalam mimpi sir mampu melakukannya .. dan sir telah pun mencapainya... lihatlah!! 


Jika anda belum mula menulis impian anda di kertas... mulakan sekarang! Maksud Sir, "SEKARANG!!"

SiRNoordin2013-

Sunday, May 19, 2013

Pakar Motivasi Idola Sir


Assalamualaikum
Salah satu IMPIAN Sir pada tahun 1997 untuk menjadi Pakar Motivasi... kini suatu impian dari RAHSIA 100 IMPIAN kian menghampiri...

Hari ini berpeluang bersama Pakar Motivasi yang Hebat2 iaitu Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah dan Dr Tengku Asmadi - Motivasi Alihan Pelajar (MAP). Perjalanan Sir masih jauh ...cuma bila bersama2 pakar2 ini membuatkan kita rasa teruja dan bersemangat mengejar impian itu...doakan Sir!

Telah banyak jasa mereka curahkan dalam menyumbang ilmu, tenaga teknik dll dalam meningkatkan prestasi rakyat Malaysia kearah lebih cemerlang. Mereka IDOLA Sir dan Sir juga ingin menyumbang seperti mereka...dan kian hampir impian Sir!

Dan...
"Ingin berkongsi ilmu semoga memberi manfaat buat insan lain dan ingin melihat titisan itu menjadi ribuan titisan pula...." - SirN

Saturday, May 18, 2013

Seminar Motivasi Minda SuperSmarts (MMSS) 12 Mei Masjid Negara

Assalamualaikum


Alhamdulillah, seminar Motivasi Minda SuperSmarts (MMSS) pada 12 Mei 2013 di Masjid Negara telah berjalan dengan lanca dengan kehadiran seramai lebih dari 100 peserta.

Adik-adik peserta telah memberikan tumpuan yang amat baik sekali dimana Sir telah membuka Rahsia 100 Impian bermula dengan kegagalan demi kegagalan yang bertukar kepada kecemerlangan demi kecemerlangan...bagaimana pelajardari kelas terCOROT mampu menguasai lebih dari 20 kepakaran.

"Zero to Hero" - bermula dengan mimpinya untuk "merantau ke seluruh dunia" ....jangan lupa juga KUASA Impian + KUASA Tidak Mengenal Kalah = KECEMERLANGAN!


Sebagaimana tercapainya IMPIAN Sir ...sir doakan semua peserta dan adik2 diluar sana agar tercapai apa jua yang dicita2kan.

Dan juga bersama ibubapa peserta, Sir kongsikan rahsia POLA anak2 bagaimana membina teknik belajar mengikut kebolehan diri.

Oleh kerana seminar ini hanya sehari ...terasa tidak dapat nak berkongsi sepenuhnya walau bagaimanapun bagi adik2 yang akan mengikuti Kem MMSS pada 3-5 Jun 2013 di Nur Laman Bestari... insyallah sir akan berikan Teknik Belajar mengikut Pola Diri dan Kesesuaian.

Semoga Allah memberikan kemudahan dan kelapangan...

Insyallah

SirNoordin