Monday, February 25, 2013

Ikut Rasa Binasa

Bismillah


Kata orang, cinta itu bermula dari mata turun ke hati ...mata melihat akal berbicara dan akhirnya hati berkata ikut suka akal lah... Akal pula bertanya apa pula bicara rasa?

Pada kebiasaannya, akal berbicara mengikut logik keilmuannya...jika kurang ilmunya bererti kurang berakal lah gamaknya dan dikatakan keputusan menjadi kurang bijak.. Ada yang kata akal letak kat lutut, begitulah pula bicaranya!! Yang bijak dikatakan berakal ... Terasa bijak timbul pula rasa riak ...dikatakan pula ikut rasa binasalah pula!


Sumber ilham hadirnya dari hati... Ditafsirkan oleh akal untuk ditimbang baik buruknya tetapi ditokok tambah oleh akal dengan segala kemungkinan dimana keaslian ilham sudah berubah!

Kenapa hati disalahkan sedangkan akal yang menimbangkannya?

Kadang2 berjam2 kita berfikir ada yang mengelamun yang kononnya mencari ilham, tidak pula kunjung hadir. Disaat akal sudah tidak mampu melewati batas logik, ilham hadir tanpa diduga. Tidak pula berterimakasih pada hati yang menerima ilham melalui rasa ... Terus disambar akal untuk ditimbang tara dengan seadil2nya yang kununnya atas kebijaksanaan akal lahirlah keputusan yang kununnya terbaik. Sombongnya akal....

Walhal ilham hadir dari Yang Maha Esa ...dicetuskan melalui hati yang bersih lengkap dengan segala keputusanNya seperti yang dipohon jauh disudut hati...

Kenapa tidak yakin dengan keputusan hati?



Kerna kita bimbang bak kata org tua2 ... Ikut hati mati ikut rasa binasa atau barangkali juga akal kita sudah terlebih bijak yang tanpa sedar yang asalnya terkongkong dengan batas logik berasaskan pengalaman yang dilalui dalam hidup dan ilmu yang dipelajari.

Bila keputusan tidak menepati kehendak, hati jua disalahkan ...

Terkadang hati berbicara diluar logik kemampuan akal ...kenapa iye?! Bukankah ilham itu hadir dari Yang Maha Bijaksana bersesuaian dengan doa' kita jua mengetahui apa yang terbaik buat kita untuk kini dan nanti.

Persoalannya, bagaimana untuk kita mengetahui yang rasa cetusan ilham dan mana pula rasa tafsiran akal?


Kasih dan Kasihan

Mulalah bezakan rasa kasih dan kasihan kepada ibu bapa sendiri ...apakah sayang kita pada mereka kerana rasa kasih atau kerana kasihan melihat mereka yang sudah tua?



Tiada jawapan untuk ini kecuali hati yang sebenar ikhlas untuk mengenal Cinta Sejati dan juga diri sendiri yang benar2 ingin merasa sahaja yang mampu menafsirkannya...


Terpulanglah moga bertemu jalan pulang....

Maaf kiranya kurang mengerti, bukanlah kelemahan pembaca tetapi kejahilan penulis menyusun bicara. Maaf ....

Sekalung kata untuk saudaraku Elan Zain .... "telah terhijab bicara bila mula merasa!"

SirNoordin
Emirates EK409

Sunday, February 24, 2013

Bicara Tanpa Nama

As Salam

Suatu ketika berusia 16 tahun... untuk pertama kali dalam hidup mendapat sepucuk surat dari Secret Admirer (SA) - secret admirer dari kaum hawa menyatakan minatnya untuk berkawan yang dot dot..


Ketika itu budak lelaki lahir tahun 70an mana mungkin mengerti cintan cintun pastinya surat tersebut menjadi satu mainan mahupun gurauan dikalangan mereka. Itu juga terjadi kepada sir ...



Atas nasihat kawan2, surat tersebut dibalas... dan surat tersebut dikarang mahupun ditulis oleh kawan2 dan begitulah seterusnya... dan yang menariknya walaupun sering berbalas surat tiadalah diketahui siapa SA itu.

Bicara tanpa nama ...

Pasukan risik juga tidak mendapat maklumat siapakah SA tersebut dan pelbagai telahan dibuat hingga pasukan sir 'give up' untuk terus berbalas serangan... Ternyata 'penghantar/penerima surat' SA amat tetap pendiriannya serta amanah dalam menyimpan rahsia..

Siapakah SA itu?

Sehingga pada suatu malam sir menerima panggilan talipon darinya tetapi sekali lagi hanya suara tanpa nama. Berterusan begitu dengan panggilan demi panggilan menjadikannya bicara tanpa nama. Petah berkata dan tak putus jenaka...tapi tidak kenal dihujung sana.



'Ini bukan cubaan ini betul2' ...teringat filem Pendekar Bujang Lapok - 'dia' betul bergelar secret admirer. Dan ini berlangsung selama hampir setahun...

Diakhir tahun persekolahan, keluarga sir terpaksa berpindah jauh ke utara...ternyata ada ketar dalam suara bila mendapat perkhabaran yang tidak diduga.

Sehari sebelum sir berpindah ...seorang gadis wajah bujur sirih ayu bertudung tetiba mengaku dialah orang yang bergelar SA tersebut. Sungguh sukar dipercayai perwatakan yang dihadapan sir ini ialah orang yang selama ini amat 'petah berbicara' adalah orang paling pendiam malahan tidak pernah memandang sir dalam kelas (tuisyen). Mungkin tiada siapa sedar akan kehadirannya dalam kelas itu...



Bicara dengan nama

Untuk kali pertama dan terakhir, panggilan talipon diterima darinya 'Bicara Dengan Nama' dan wajah dapat dibayangkan. Cuma bila wajah dan suara dah sepadan, tiada lagi kepetahan berkata2 barangkali esok segala2 berakhir kerana jarak dan waktu tak mungkin membantu...

Bila sempurna sebuah kisah pasti mula terserlah kelemahan...


SirNoordin
Emirates EK733
Terbang ke Khartoum

Jika awak Syaitan ...

As Salam

Pernah seorang mat salleh tanya sir, 'setuju atau tidak bahawa kebanyakkan kejadian jenayah berlaku di negara Islam seolah2 Islam itu yang tidak baik?'


Termenung juga sir dibuatnya...dan sambil tersenyum, 'Setuju.....'




Agaknya dia terperanjat dengat jawapan sir, 'saya tidak faham kenapa sir tidak mempertahankannya.. Saya jangkakan jawapannya adalah tidak setuju... Saya amat tidak faham'

"Begini mengikut kefahaman kami yang beragama Islam ...selain dari Islam adalah agama yang tidak benar. Tidak benar bermakna membawa ke neraka. Setujukah kalau ini jadikan asas kepada perbualan kita sebelum hujah seterusnya sir berikan?"

Ternyata mat salleh itu bersetuju kerana setiap perhujahan mesti ada asas.. ternyata beliau amat terbuka.

Sir bertanya, 'Setujukah kalau saya katakan syaitan adalah musuh manusia yang nyata dan ingin membawa manusia ke neraka?'

Mat salleh, 'Saya amat setuju malahan dalam agama saya juga begitu'

'Jika kamu (mat salleh) adalah syaitan adakah kamu akan membuang masa untuk mengoda atau mengajak orang bukan Islam berbuat jahat sedangkan mereka sudah pasti tempatnya di neraka mengikut asas perbualan kita?'

Agak lama mat salleh tersebut mendiamkan diri ...

Ibaratnya begini beragama Islam seperti ada buku akaun bank, setiap wang yang disimpan pasti akan direkod walaupun sedikit... Tanpa buku akaun bank dan jika anda tetap menyimpan wang ...adakah simpanan anda direkodkan?



Seperti juga jika anda membuat kebaikan tanpa berakidah benar, kebaikan tetap akan dikenang tetapi ia bagai angin lalu ..ertinya ianya tidak dibawa ke alam seterusnya. Untuk ke alam akhirat, anda perlu mempunyai pegangan yang benar.

"Do you like to open a new bank account now.... It is easy, syahadah will do. Sorry I got to go now....hopefully you will receive hidayah .... Insyallah"
  Harapan Sir agar terbuka hatinya dengan penjelasan dari orang jahil macam Sir ini ...   Nota: Kisah berlaku di Dubai beberapa tahun yang lalu dan perbualan tentunya dalam bahasa English ..maaf jika terdapat permasalahan dalam 'translation'   SirN

Tuesday, February 19, 2013

Jodohku Takdirku

As Salam

Sekadar pandangan, kalau salah maafkan dan khabarkan jalan yang lebih baik moga bersama mendapat rahmatNya.

Baru2 sir bertemu dengan seorang kawan lama, hampir 15 tahun tidak pernah berjumpa ..dan kebiasaan orang kita akan bertanya status perkahwinan, anak berapa, dah besar mana dan lain2.

Tersenyum kelat sambil menjawap, "Sir, saya belum kahwin lagi ...dah takdir tak ada jodoh, nak buat macamana?!"

Teringat kisahnya 20 tahun yang lalu, dia berkasih dengan gadis Melaka - cinta maut tahap dewa dengan harapan kekal abadi. Pernah diceritakan kepada sir masalahnya ialah keluarganya tidak bersetuju ... apakan daya keluarga lebih utama maka ditinggalkan kekasih merana jiwa hilang entah kemana.

Menurutnya, ibunya tidak membenarkannya mencari pasangan dari Utara (Kedah, Perlis, Penang la kot) juga tidak dari Timur (Kelantan, Trengganu, Pahang), bukan orang Minang bukan orang Melaka dan NO KL atau Selangor .... juga tidak sekali2 Malaysia Timur ... la tinggal negeri mana aje ...Johor la kot gamaknya!

Kini masa telah berlalu entah iya entah kan tidak punya harapan untuk berumahtangga, tak sanggup pula sir nak tanyakan cuma persoalan di minda sir ..kenapa takdir yang disalahkan sedang rintangan sendiri yang bina?!

Agaknya hampir sama dengan cerita yang sering didengar Mr and Mrs Perfect .... terus mencari gadis untuk calon Mrs Perfect nya ...akhirnya bertemu. Hati girang bukan kepalang apa yang dicari bakal menjadi isteri tetapi kenapa tetap juga tidak sampai ke jinjang pelamin .... malangnya dia pula bukan Mr. Perfect kepada si gadis!! Ha ha ha ..padan muka!

Jodoh pertemuan di tangan Tuhan ....


Cerita seorang sahabat bercinta serata ceruk mencari idaman hati ...akhirnya bertemu jodoh selang dua rumah dari rumahnya sendiri. Bayi perempuan yang dia dukung dahulu sekarang jadi isterinya pula ...

Pastinya semua manusia mahukan pasangan baik atau terbaik untuk dirinya ...jadi kenapa tidak yakin pada janjiNya bahawa perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan begitu sebaliknya. Atau barangkali kita lebih hebat dan perfect dalam menentukan hidup dan kehidupan dariNya?!

Juga tiada bezanya yang telah berumahtangga ... ada seorang kawan, semasa berkahwin si isteri minta dia berjanji tidak akan dimadukan!! Janji tinggal janji ... dah tiga isterinya ...

Jodoh ketentuan hak Dia ...tiba masa saat dan waktu ..bertemu di depan tok kadi!

Cinta remaja ... jodoh belum tentu pasti tetapi sudah tergadai 'body' ... boyot kesana kemari akhirnya ke longkang juga bayi sendiri!!

Cinta Hakiki

Kenapa digusarkan? Cintailah kepada yang kekal abadi ... hairan pula bila cinta 'maut' diberi kepada yang bakal tiada ...

Pesan Jibrail a.s kepada Rasulullah saw,

"Hiduplah kamu sesukamu tapi sesungguhnya engkau pasti akan mati.
Berbuatlah sesukamu sesungguhnya engkau pasti dibalas menurut perbuatanmu.
Cintailah siapa sahaja yang engkau kehendaki tapi sesungguhnya engkau pasti berpisah dengannya.

Ketahuilah bahawa... kemuliaan seorang mukmin itu kerana solat malamnya dan kehebatannya kerana tidak bergantung kepada sesama manusia"

(Hadith Riwayat al-hakim dan abu na'im)



Siapa jua pasangan kita, dia adalah peneman kita berjalan di alam ini untuk kembali kepada Pencipta.
Kita ini dicipta berpasang - pasangan .... siapa juga jodoh kita, terimalah hakikat Qada dan Qadar dan kalau jodoh itu bukan milikNya, mana mungkin Datuk 75 tahun berkawin dengan anak dara 17 tahun ...



SirNoordin
Royal Brunei Air BI874
Awan biru yang amat gelap serta angin monsun yg kuat
Senak perut menahan gegaran.... semoga selamat sampai.

Friday, February 15, 2013

Diagram Kecemerlangan

Salam

Ketika berumur 10 tahun, guru sekolah pernah bertanya kepada seluruh murid kelas tentang cita-cita masing2 dan pastinya jawapan ketikan itu hanya kedengaran … guru, peguam , doktor dan akauntan! Ahli muzik memang tak kedengaran lagi .... Tetapi ketika itu jawapan sir hanyalah,


“cita-cita saya nak jalan - jalan pusing satu dunia, cikgu ….”




Guru, “ialah tapi kamu mesti ada satu cita2 yang membolehkan kamu pusing dunia …”

“saya tak tahu …tapi bapa saya dah pusing satu dunia …..dia kata jauh perjalanan luas pengalaman …itu yang termahal dalam hidup kita!!”

Sementara menunggu keputusan peperiksaan SPM … sir berpeluang kerja ikut kapal yang bernama "Gadis Langkasuka" sebagai ‘steward’ … dan disaat rakan2 sebaya kerja kilang, sir berpeluang belayar ke Langkawi, Medan dan Phuket.

Sungguh menarik pengalaman menjadi anak kapal … maka selepas itu terus memohon ALAM, Melaka untuk meneruskan cita2 untuk belayar satu dunia. Malangnya keputusan yang mendapat tentangan yang hebat tahap dewa maka terpaksalah masuk ‘U’ dan lupakanlah cita2 pusing dunia.

Allah Maha Kuasa …cita2 seawal usia masih tercapai ..selepas berkerja pelbagai peluang pusing dunia terus menjadi kenyataan …hingga ketahap tak mahu lagi.

Alhamdulillah syukran …



Kali sir ingin berkongsi Diagram Kecemerlangan SirNoordin


Mula kan dengan langkah berikut : -

1. Menetapkan visi amatlah penting walaupun seawal usia kita mungkin tidak mengerti mengapa..
2. Muhasabah diri selalu agar mengerti kekuatan dan kelemahan diri
3. Tetapkan sesuatu yang mampu dicapai yang selari dengan visi anda
4. Pastikan kaedah atau aktiviti untuk mencapai misi dan visi anda
5. Nilai pencapaian anda dari masa ke semasa
6. Terus berfikir bagaimana untuk terus maju kehadapan

Jadikanlah diagram Kecemerlangan SiRN ini suatu yang mampu memotivasikan kita dalam meneruskan hidup dan kehidupan. Sebuah kehidupan amatlah tidak menarik jika tidak ada perjuangan dan cabaran … kerana inilah yang membuatkan kita kuat dalam menghadapi cabaran yang baru.

Semoga Berjaya … insyallah

Cinta positif atau cinta negatif

Mari kita sembang soal cinta … ada yang sedang melalui cinta remaja dan tak kurang cinta remaja taraf purba.


Bila bercakap soal cinta … secara logiknya kita sering fikirkan tentang cinta sesama manusia hinggakan merosakkan istilah cinta itu sendiri. Walhal cinta itu luas ruangnya … hingga terkadang ada yang tak mampu terucap dek asyiknya bercinta!!


Cinta Taj Mahal - cinta Sultan Shah Jahan kepada isterinya yang tercinta Mumtaz Mahal@ Arjumand Banu berupa istana cinta dibina selama 22 tahun dengan marble yang kilau bercahaya mengambarkan mimpi sang raja. Itu cara dia melafazkan cintanya pada isteri tercinta walaupun isterinya tidak tahu yang Taj Mahal diisbatkan kepadanya ...



Atau lagu Kuch Kuch Hota Hai (“sesuatu tersentuh dihatiku”) yang melambang cinta Shahrukh Khan dan Kajol dalam filem tersebut hingga ada yang tersentuh perasaan seolah itu cinta dia macam syok sendiri la jugak …


ISTILAH CINTA ITU SUNGGU HEBAT …

Kata Wikipedia … "Cinta adalah sebuah emosi dari kasih saying yang amat kuat dan ketarikan peribadi. Dalam konteks filosofi cinta merupakan sifat baik yang mewarisi semua kebaikan, perasaan kasih sayang dan kasih belas. Juga cinta adalah aksi/ kegiatan aktif yang dilakukan manusia terhadap objek lain berupa pengorbanan diri, perhatian, membantu, menuruti dan patuh dalam apa jua keadaan yang dikehendaki oleh objek itu."

Kata sir, “Cinta itu gila …. mungkin gila positif atau gila negatif”

Yang gila (cinta) motor, … hari2 cuci motor barangkali bimbang motor tersedak habuk …

Yang gila (cinta) judi, terus berjudi biarkan telah habis ribuan ringgit … rasa hati mengatakan sikit lagi mahu kena!

Yang gila (cinta) perempuan, dipupuk dibelai setiap masa …


CINTA ITU KAN UNIK …

Pelbagai cara orang melampiaskan perasaan cinta dan ada pula cinta terpendam di hati kerana ingin melihat kebahagian yang dicintai … oleh kerana cinta itu luas pada pengertian maka luaslah pula pada pencapaian ..

Setiap manusia mempunyai cara untuk menceritakan kisah cinta .. yang dicintai pula mahu mengetahui betapa dalamnya cinta sang pencinta … bagaimana iye? Beginilah …

Ibu mahupun ayah mempunyai sekeping hati …apakah hati tersebut dibahagi sama rata kepada 10 anak untuk memastikan keadilan sebuah cinta atau kasih sayang?! Jika itu yang difahami, ternyata sempit cinta sang pencinta mahupun yang dicintai… Ketahuilah bahawa hebatnya cinta itu boleh dibahagi kepada sepuluh anak seolah-olah ibu mahupun ayah mempunyai sepuluh hati fizikal yang berbeza … tiada ketidakadilan kerana semuanya mendapat cinta mengikut hak masing2.


CINTA ITU KAN HEBAT DAN UNIK …



Sebuah pertanyaan, “Sir, bagaimana pula cinta pada Allah …..”

“ha ha ha itu rahsia sebuah cinta ..kenapa pula kita perlu berkongsi perasaan cinta kita kepada yang tidak berkenaan … kan rahsia itu maknanya sendiri … kalau sudah berkongsi rahsia bukankah itu sudah jadi perbualan atau barangkali sebaran am …apakah mungkin nilai cinta sir semurah itu untuk dikongsi?!”

Ada orang cintanya rahsia …. biarlah menjadi rahsia antara pencinta!!

Wednesday, February 6, 2013

Resume AbeTegak

As Salam

Dalam tempoh 3-4 bulan ini, ramai pelajar-pelajar universiti akan mula mencari kerja ...maka bermulalah dengan membina 'Resume' ...

Kebiasaanya ramai para graduasi memohon pekerjaaan ...yang nak diambil seorang dua ..yang memohon ratusan malah ribuan ... paling senang 'reject' masa tengok 'resume'. Hari ni nak citer beberapa kesalahan biasa dalam penulisan 'resume', antaranya adalah ...



1. Font yang digunakan terlalu kecil size 8 atau 9 ..yang nak baca pulak orang2 yang dah kategori macam aku ...reject la bila tak boleh baca!!

2. Gambar photo tak menarik ... bukan tak cantik tapi kurang menarik ...tidak menampakan wajah yang mampu memikul tanggungjawap .... reject aje la!

3. Tulisan panjang berjela macam surat cinta ...dan tulisan berulang2 ... maklumlah nak buat karangan melepasi 1000 patah perkataan ...  bosan dan reject aje la!

4. Layout membosankan dan tak konsisten ...  macam tak de pendirian!

5. Cut and Paste dari kawan2 lain yang juga minta kekosongan yang sama ... baca satu macam standard template aje ... tak kreatif!

6. Tiada cover letter ...

7. Terlalu banyak maklumat peribadi ... bapa kahwin tiga, bank account ada RM1.01, tarikh lahir boyfren dan girlfren, lesen mati bila ... alooo ..we don't give a damn!

8. Email yang digunakan amatlah tidak menggambarkan seorang graduasi ... abetegak@yahoo.com; jandaberhias@gmail.com dll ...  Be profesional la ...

9. 'Resume'  terlalu standard untuk semua organisasi dan jawatan yang dipohon .....



Persoalannya bagaimana mahu menulis 'resume' yang dapat melepasi tahap penerimaan dari ribuan 'resume' yang diterima?!

1. Jangan buat kesilapan di atas

2. Mestilah flexible sesuai dengan syarikat dan jawatan yang dipohon -makna kena 'modify' resume selalu.

3. Dalam 'cover letter' mestilah jelas jawatan yang dipinta, sepintas lalu siapa anda dan apa yang anda boleh sumbangkan untuk syarikat tersebut. Jika boleh, gunakan ayat-ayat seperti motto syarikat yang dipohon kerana ini menampakkan ada 'homework' ...

4. Pastikan nama, email, no mobile dan alamat jelas ...

5. Overview 'siapa anda' dalam 1/3 - 1/2 muka surat merangkumi kelulusan anda, jawatan/ persatuan, karektor anda, thesis tahun akhir, latihan pratikal dan pencapaian dalam pelbagai bidang. Jangan buat karangan!! Ingat ini hanya overview ... biar simple dan mudah dibaca.

6. Penjelasan 'overview' boleh dirangkumi dalam ruangan berikutnya ... bagi 'fresh graduate' - boleh masukkan serba sedikit subjek yang dipelajari yang bersesuai dengan jawatan yang dipohon

7. Gambar photo yang sesuai yang menampak ciri2 seorang yang berjaya ...


Banyak lagi lagi yang boleh ditambah ...kesuntukan masa pulak... nanti2 Sir cerita camno nak menghadapi temuduga ...

"Ada kerja kosong tak?!"

Monday, February 4, 2013

Abang Redha

As Salam

Suatu ketika semasa bermain golf dengan seorang kawan lama ... yang ternyata tiada tumpuan dalam permainan.Senyuman pahit dilontarkan andainya ada scene yang melucukan ...pahit!!

"Nape bro?!"

Kawan, "nak citer salah tak citer salah ... rumahtangga aku retak menanti belah walaupun dah puas naik turun jambatan agama memohon nasihat. Rasanya dah tiada jalan penyelamat .... aku fikirkan anak2 ...argh entahlah macamana ..puas dah dipujuk tak makan jalan..."



 "Apa puncanya?"

Kawan, "biasalah Sir ..lelaki ... " Boleh baca disini: Kawin Kuasa Dua

"Maaf bertanya ...engkau sayang kat dia lagi ke?"

Kawan, "Tentulah .. kalau tak aku tak stress macam ni .... tolonglah Sir, apa yang patut aku buat untuk selamatkan nya"

"Beginilah .... nasihat Sir simple aje, teruslah mohon pada Allah swt untuk selamat perkawinan engkau ...caranya engkau sendiri kena yakin dengan pertolongan Allah dan berserah kepadanya. Engkau berdoalah dengan apa cara sekali pun cuma Sir nak engkau tambah ayat ini dalam doa' dan bila berpeluang cakap dengan wife engkau sendiri ...."

"Andainya jodoh kita sampai disini sahaja ..ketahuilah bahawa selama engkau menjadi isteri abang ... abang telah redha dengan engkau ...redha seorang suami bermakna Syurga untukmu... "

Alhamdulillah kawan tersebut telah mengamalkannya di dalam doa serta berjaya bercakap langsung dengan isterinya ... pasangan tersebut telah berbaik semula setelah retak menanti belah hampir 6 bulan.

Moga menjadi iktibar kepada yang lain juga ....

"Bro, dah kalah golf ...tak reti2 nak belanja makan ....."

Saturday, February 2, 2013

Logik Zina

As Salam ...

Seberapa ketika dulu, seorang kawan bertanya, "Sir, bila terbang jauh2 dan lama2 ...tak rasa bosan ke? Lagi2 kat oversea macam2 dugaan dan godaan..."

"Sunyi dan bosan tu biasalah tapi ambil lah kesempatan untuk diri sendiri...macam berlatih silat ke Taekwondo ke ...belajar masak kat apartment... masaklah ikut selera kita.. itu cara Sir habiskan masa"

Kawan, "ooo... tapi bukan itu maksud aku ... bila aku gi outstation ..huru-hara jadinya terutamanya kat Manila dengan godaan 'perempuan' yang lebih kurang macam orang kita tapi putih gebu .... biasanya aku gagal! Sir tak rasa apa2 ke?! "

"Rasa seperti tu ada cuma kita kena hindar la...apa yang perlu buat balik kerja, pack dinner dan makan dlm bilik hotel pastu layan UFC - Ultimate Fighting Champion ke movie ke... layan TV sampai tidur la... senang aje! Tak perlulah ronda2 ..lagipun tak sure selamat"

Kawan, "tak pe lah Sir iman kuat ....."

"Ha ha ha iman kita lebih kurang je ...nipis lagi dari kulit bawang cuma ...Jangan Hampiri Zina ... kalau rasa tak kuat juga ingat aje hukuman hudud ni ...camni ..apa kesalahan zina jika belum kawin dan jika dah kawin mengikut hukum hudud?"

Kawan, "kalau bujang ..80 sebatan ... dan kalau dah kawin ...rejam sampai mati ... tahu Sir tapi tak berkesan pasal godaannya sampai ketar tubuh badan ... "

"Macam ni logik Sir selama ini ....ni logik aje untuk kefahaman dan kesedaran agar dapat jadi benteng ... kalau belum kawin bermakna sebatan 80 kali ....bermakna ada kemaafan utk terus hidup di dunia ...tetapi jika sudah berkawin macam engkau ni ... kemaafannya ada juga tapi dengan kematian ...bermakna jika tak nak mati ..tiada kemaafan ...tiada kemaafan ..kira dah booking tempat dalam neraka la... jika nak kemaafan, maka pakat2 kena rejam lah dan rejam sampai mati ..fikir2 kan ...itu yang pertama dan yang kedua ...bagaimana penyakit seperti AIDS atau HIV tetiba terjangkit pulak kat isteri dan anak2 dan lebih teruk lagi keturunan engkau dapat penyakit baru ..suka berzina ... itu aje LOGIK ZINA sir ... ada brani?!"



Penyakit sosial seperti ini biasanya pada mereka yang memegang prinsip "if just want a milk why bring cow home...". Bagi orang Islam, nak kawin lebih dari satu - tak berani, tak mampu dan tak nak terbeban dengan tanggungjawap menanggung keluarga yang baru disamping bebanan keluarga sedia da  ...bagi yang bukan Islam - undang2 tidak membenarkan lebih dari satu ... kadang2 berlakulah "relationship by interest" dimana lelaki dan wanita mempunyai keinginan yang sama tetapi tidak mahu terjalin apa2 ikatan serta tanggungjawap.

Apa2 pun yang dah terlanjak ...balik2 lah kepangkal jalan ...yang belum cuba, tak payah lah nak cuba2 kot2 jadi ketagih .. maklumlah benda haram selalunya best! Tak gitu ...