Saturday, May 22, 2010

Motivasi Luarbiasa Cemerlang SK Kalumpang

Salam

Alhamdulillah program Motivasi Luarbiasa Cemerlang untuk pelajar-pelajar UPSR di SK Kalumpang telah berjalan dengan jayanya dengan kehadiran seramai 80 orang pelajar.

Program ini merupakan kesinambungan program yang telah dijalan pada 23 Jan 2010 iaitu program LADAP: Peranan Ibubapa Mempengaruhi Kecemerlangan Anak-Anak di sini. Pada kali ini lebih mengkhususkan kepada anak-anak yang akan menduduki UPSR.

Oleh kerana masa agak singkat, penekanan "attack" ke minda terpaksa digunakan dan disusuli dengan teknik-teknik belajar dalam mengharungi tekanan dalam tempoh 4 bulan ini.

Sebak dan hiba menyentuh jiwa anak-anak mengenangkan tanggungjawap kepada ibubapa, guru dan diri sendiri. Sentuhan muzik, tayangan video serta 'akujanji' diakad bagi memastikan matlamat dibentuk berasaskan impian serta perancangan dan komitmen diri terlaksana.

Sebuah kepuasan bagi Sir Noordin dan Tuan ElanZain setelah program selesai dilaksanakan dan harapan kami dari SnartsCoach semoga SK Kalumpang akan berjaya mencapai lebih baik sasaran dari sasaran yang dibuat kerana kami percaya anak-anak ini BIJAK dan BOLEH.
Semoga usaha kami diberkati. Amin.

No comments:

Post a Comment