Wednesday, May 26, 2010

Kursus Women Self Defense

SmartsCoach akan menganjurkan kursus "Women Self Defense" pada hari Ahad 13 Jun 2010 bertempat di Sentosa Martial Arts School (SMARTS HQ) bermula jam 9.00 pagi - 1.00 tengahari. Kursus ini TERBUKA kepada lelaki dan wanita berumur 13 tahun ke atas secara amnya dan amat digalakkan kaum wanita secara khususnya.

Seminar : Women Self Defense ASAS-1
Tarikh   : 13 Jun 2010
Masa    : 9.00 am - 1.00 pm
Tempat : Sentosa Martial Arts School (SMARTS HQ)
               1-17 Jalan Bunga Kertas 1B/2
               Bukit Sentosa 48300 Rawang
               Selangor
Bayaran : RM50.00
Terhad kepada 30 penyertaan sahaja.

Keperluan:
Tidak memerlukan sebarang asas seni beladiri.
Pakaian: T-shirt dan Track bottom

Program
Taklimat keselamatan jenayah, senaman ringan & senaman tua serta teknik2 Asas beladiri.

Maklumat Lanjut.
Laman Web di http://www.smartscoach.com/
Email ke nk1970@yahoo.com

Saturday, May 22, 2010

Motivasi Luarbiasa Cemerlang SK Kalumpang

Salam

Alhamdulillah program Motivasi Luarbiasa Cemerlang untuk pelajar-pelajar UPSR di SK Kalumpang telah berjalan dengan jayanya dengan kehadiran seramai 80 orang pelajar.

Program ini merupakan kesinambungan program yang telah dijalan pada 23 Jan 2010 iaitu program LADAP: Peranan Ibubapa Mempengaruhi Kecemerlangan Anak-Anak di sini. Pada kali ini lebih mengkhususkan kepada anak-anak yang akan menduduki UPSR.

Oleh kerana masa agak singkat, penekanan "attack" ke minda terpaksa digunakan dan disusuli dengan teknik-teknik belajar dalam mengharungi tekanan dalam tempoh 4 bulan ini.

Sebak dan hiba menyentuh jiwa anak-anak mengenangkan tanggungjawap kepada ibubapa, guru dan diri sendiri. Sentuhan muzik, tayangan video serta 'akujanji' diakad bagi memastikan matlamat dibentuk berasaskan impian serta perancangan dan komitmen diri terlaksana.

Sebuah kepuasan bagi Sir Noordin dan Tuan ElanZain setelah program selesai dilaksanakan dan harapan kami dari SnartsCoach semoga SK Kalumpang akan berjaya mencapai lebih baik sasaran dari sasaran yang dibuat kerana kami percaya anak-anak ini BIJAK dan BOLEH.
Semoga usaha kami diberkati. Amin.