Tuesday, February 16, 2010

Laporan KEM KECEMERLANGAN DIRI - Minda, Jiwa & Jatidiri

Syukur alhamdulillah dengan limpah kurnia dan rahmatNya jua Kem Kecemerlangan Diri - Minda, Jiwa dan Jatidiri telah berjaya dilaksanakan dengan begitu berkesan sekali. Untuk pertama kalinya gabungan SmartsCoach dan Annabella House of Therapy menjadi kenyataan. Kepakaran SmartsCoach dalam merangka aktiviti2 luar dan Annabella aktiviti dalaman serta minda telah berjaya digarapkan memberi kesan yang amat positif sekali.  

Seramai hampir 50 peserta telah mengikuti kem ini dimana peserta2 akan tinggal di khemah2 yang disediakan. Untuk kali ini, SmartsCoach dan Annabella telah menaja seramai 20 orang peserta dari Persatuan Pesara Tentera, Anak2 Yatim dan SMK Dato' Abd Rahman Yaakub (Bota) yang kebanyakkan berumur diantara 10-17 tahun.
Kem kali ini agak berlainan berbanding dengan kem2 sebelum ini dimana aktiviti2 luar dan dalaman digarapkan untuk memberi kesan yang lebih lama diminda peserta2. Antara permainan baru yang di perkenalkan adalah SmartsAmazingRace yang begitu menguji minda dan fizikal peserta yang berlangsung selama 2 1/2 jam.
Merendah lumpur yang busuk dan hanyir antara halangan terpaksa ditempuh oleh peserta untuk mendapatkan bungkusan Tengku Nila Utama. Setiap kumpulan yang berjaya menjawap terpaksa pula menyanyikan lagu Nenek dari filem "Musang Berjanggut"

"Nenek nenek sibongkok tiga
Siang malam asyik berjaga
Mencari cucu dimana ada
Nenek ku kahwin dengan raja"

Terpaksa adik2 Puspawangi mengasingkan barangan dalam bungkusan Tengku Nila. Aduihh penat SiRN! Segala kepenatan ternyata ada hasilnya. Setelah penat, dimalamnya Terapi Minda telah dijalankan sehingga kesemua peserta tidur didewan sambil berdengkur. Dalam tidur itulah diterapkan nilai2 positif dalam hidup mereka. Dimalam pertama, Pencerahan dijalankan untuk membiarkan peserta menzahirkan apa2 yang dendam kesumat yang terbuku dihati sekelian lama hinggakan tangisan demi tangisan mengisi kesunyian malam. Moga keinsafan begini berkekalan!
Siapa Kamu?!
Saya Bijak Saya Boleh 
Diakhir kem, "Ujian Minda" dijalankan bagi membuktikan bahawa peserta2 telah berjaya mengawal minda mereka .... ujian yang dilaksanakan adalah memecahkan 'tile' menggunakan mentol yang dilepaskan. Ternyata hampir kesemua berjaya membuktikan keyakinan dan kecekalan hati mereka.

Dari 'feedback yang diterima, kesemua peserta ingin mengikuti kem ini lagi ...katanya fasi baik2 terutamanya abangBro.... dari fasi, kami memang TEGAS tapi KELAKAR dan AMAT MENYAYANGI kamu semua. Biarlah tangisan itu kerana kita berpisah sementara ... pastikan dan yakin kita akan bertemu lagi di kem2 anjuran SmartsCoach dan Annabella.
Ucapan terimakasih tidak terhingga untuk fasi yang bertugas siang dan malam selama 3 hari 2 malam ... abangBro, Ustaz Adzeem, Tuan Ishak, Kak Una, abangMan, broAriff, sisZaza, broDani dan tak lupa juga dari Annabella... Pn Nabila, broAmir, ustazMazlan, abangPian dan sisAishah.

-SiRN-

No comments:

Post a Comment