Sunday, November 15, 2009

Kem Jati Diri, Dojang TBR dan lain2 lagi...

Hujung minggu ini kami akan mengadakan kem jati diri dan kemahiran hidup. Setakat ini seramai 50 peserta (termasuk peserta2 yang ditaja oleh SMARTSCOACH) dan 8 fasilitator/sukarelawan akan mengikuti program ini.

Maklumlah program 'budget' ...terpaksa persiapan sendiri dijalankan bersama2 fasilitator lain termasuklah membeli persiapan dan keperluan kem antaranya dapur masak, kuali dll. Alhamdulillah ibubapa peserta (yang kebetulan anak2 SMARTS), sangat2lah membantu persiapan kami.

Maklumat persiapan peserta sila ke baca disini.
http://smartscoach.blogspot.com/2009/11/kem-jati-diri-pendaftaran-ditutup.html

Disamping itu juga, Dojang TBR yang baru dibuka memerlukan lebih perhatian membuatkan 'weekend' aku begitu penuh dalam usaha menarik minat adik-adik, remaja dan dewasa ke Dojang baru. Beberapa strategi telah diatur termasuklah usaha promosi melalui JKKK dll. Alhamdulilah petang ini angka pelatih baru di Dojang TBR mencecah 15 orang. Tahniah buat En Anwar Ridhawi, gurubesarnya!

SMS dari Sir Sharifudin dan Sir Adam juga menarik minat aku tentang persiapan untuk project Sir Sharifudin itu. Tahniah untuk Sir Sharifudin... maklumat lanjut, biarlah empunya diri bercerita. Kami sememangnya sedia membantu sedaya yang ada. Insyallah.

Moga dengan izin Allah segala perancangan kami berjalan dengan lancar dan selamat. Amin.

No comments:

Post a Comment