Seperti juga nama Sentosa Martial Arts School (SMARTS) kami juga mempromosikan pelbagai seni beladiri dari pelbagai aliran. Untuk permulaan beberapa program yang ditawarkan oleh SMARTS COACH akan diperkenalkan disini antaranya Taekwondo dan Seni Silat Lian Padukan. Sila rujuk laman SMARTS COACH untuk program2 yang ditawarkan.
Taklimat penerangan tentang SMARTS telah dijalankan pada hari Jumaat lepas dimana kehadiran mencecah sehingga30 orang dari pelbagai aliran seni beladiri iaitu Gayung Maarifat, Gayung Tapak Lima, Buah Melaka, Sendeng dan tidak lupa juga masyarakat setempat.
Alhamdulillah kami telah disambut baik oleh penduduk setempat yang merasakan aktiviti2 sihat sepatutnya telah lama dijalankan diTBR. Kami juga menyatakan bahawa Sentosa Martial Arts School ingin melihat aktiviti2 berfaedah untuk anak2 remaja selain dari mempromosi gaya hidup sihat.
Maklumat Lain:
Masa Latihan di SMARTS TBR adalah Sabtu dan Ahad 5.15 ptg - 6.45 ptg Taekwondo dan kelas Lian Padukan pada Jumaat 9.15 mlm - 10.45 mlm.



4 comments:
Tahniah bro dgn lahirnya satu lagi dojang..aku kagum dgn semangat yang ditunjukkan..teruskan perjuangan senibela diri...
Makaseh kerana terus sokong aku dengan nasihat dan doa. Moga kita sama2 berjaya. Amin
Semoga dapat extend kerjasama sampai ke kemamamang... baguih2...
tahniah sir dgn dojang baru..harap dapat la try trainning kat dojang baru.
fairuz dta
Post a Comment