Wednesday, November 25, 2009

Kem Jati Diri 21-23 Nov 2009

Alhamdulillah, Kem Jati Diri dan Kemahiran Hidup pada 21hb - 23hb Nov yang lalu telah berjalan dengan lancar dan jayanya sekali.

Terharu rasa hati dengan sambutan yang tidak disangka2 dari serata Malaysia seperti Selangor, N. Sembilan, Johor, KL dan Perak dimana seramai 50 peserta terdiri dari 30 lelaki dan 20 perempuan telah mengikuti kem ini.

Pelbagai rintangan dan cabaran terpaksa dihadapi pada mulanya tetapi berkat doa2 sahabat ternyata kem ini terlaksana juga.

Masih rasa penat lagi untuk bercerita ... cuma yang pasti, modul yang aku terapkan buat adik2 peserta ternyata berjaya dan ibubapa/penjaga juga memberikan respon yang baik terhadap apa yang ingin aku lahirkan dari kem ini.

Dan paling mengejutkan aku bila aku En Zulkifli Ismail, pelakon Gerak Khas juga menghantar anaknya yang bernama Zul Zarif Irfan mengikuti kem yang aku kendalikan. Rasa terharu la pulak. Alhamdulillah semasa mengambil anak beliau, beliau amat berpuashati dengan apa yang telah kami laksanakan disepanjang kem ini.

Disamping itu juga, beliau telah memberikan buku yang bertajuk 'Trivia' karangan beliau sendiri kepada aku. Senang2 nanti aku ceritakan tentang buku ini ... insyallah.

Laporan selanjutnya boleh dibaca di SMARTS COACH.

Kem Jati Diri dan Kemahiran Hidup seterusnya pada 21hb - 23hb December 2009.
Daftar Segera.

Sunday, November 15, 2009

Kem Jati Diri, Dojang TBR dan lain2 lagi...

Hujung minggu ini kami akan mengadakan kem jati diri dan kemahiran hidup. Setakat ini seramai 50 peserta (termasuk peserta2 yang ditaja oleh SMARTSCOACH) dan 8 fasilitator/sukarelawan akan mengikuti program ini.

Maklumlah program 'budget' ...terpaksa persiapan sendiri dijalankan bersama2 fasilitator lain termasuklah membeli persiapan dan keperluan kem antaranya dapur masak, kuali dll. Alhamdulillah ibubapa peserta (yang kebetulan anak2 SMARTS), sangat2lah membantu persiapan kami.

Maklumat persiapan peserta sila ke baca disini.
http://smartscoach.blogspot.com/2009/11/kem-jati-diri-pendaftaran-ditutup.html

Disamping itu juga, Dojang TBR yang baru dibuka memerlukan lebih perhatian membuatkan 'weekend' aku begitu penuh dalam usaha menarik minat adik-adik, remaja dan dewasa ke Dojang baru. Beberapa strategi telah diatur termasuklah usaha promosi melalui JKKK dll. Alhamdulilah petang ini angka pelatih baru di Dojang TBR mencecah 15 orang. Tahniah buat En Anwar Ridhawi, gurubesarnya!

SMS dari Sir Sharifudin dan Sir Adam juga menarik minat aku tentang persiapan untuk project Sir Sharifudin itu. Tahniah untuk Sir Sharifudin... maklumat lanjut, biarlah empunya diri bercerita. Kami sememangnya sedia membantu sedaya yang ada. Insyallah.

Moga dengan izin Allah segala perancangan kami berjalan dengan lancar dan selamat. Amin.