Monday, October 19, 2009

Kem Jati Diri .... kesinambungan dari SMARTSCOACH

Alhamdulillah mata aku semakin beransur pulih walaupun masih menghadapi masalah apabila berhadapan dengan cahaya yang keterlaluan. Makaseh pada sahabat2 yang terus memberi sokongan moral dan nasihat.

Kita juga dikezutkan dengan citer Sir Sharifudin yang Admitted to KJP Selangor akibat dari kolestrol berlebihan.... macam2 penyakit lepas raya. Dah puasa enam belum?! Blogger2 lain nampaknya masih status-quo ... syoknya raya!

Aku dah mula sibuk dengan kerja2 wajib dan kerja2 yang aku minat .... dan yang terdekat adalah Kem Jati Diri dan Kemahiran Hidup yang akan diadakah di Laman Bestari Ulu Yam 3 hari 2 malam. Maklumat lanjut boleh layari SMARTS COACH Official Site.

Mungkin kerana minat melihat pembangunan dan perkembangan anak2 membuatkan aku lebih bersemangat untuk membuatkan mereka lebih cemerlang. Tidak semudah yang disangkakan!! Kerana aku juga mempunyai anak2 yang kekadang lebih mengutamakan 'Play Station' dari yang lain...

Selain dari melihat anak2 aku ber'peluang' mengikut program2 seperti ini .... aku juga ingin membuka peluang kepada anak-anak orang lain juga mengikut program riadah seperti ini. Program aku tidak akan dibebankan dengan pelbagai program yang menekan minda ...kerana aku percaya belajar dengan gembira adalah leibh baik dari belajar dengan paksa 'rela'.

Kepada yang berminat, sila hubungi SMARTS COACH untuk mendaftar.

No comments:

Post a Comment