Monday, October 19, 2009

Kem Jati Diri .... kesinambungan dari SMARTSCOACH

Alhamdulillah mata aku semakin beransur pulih walaupun masih menghadapi masalah apabila berhadapan dengan cahaya yang keterlaluan. Makaseh pada sahabat2 yang terus memberi sokongan moral dan nasihat.

Kita juga dikezutkan dengan citer Sir Sharifudin yang Admitted to KJP Selangor akibat dari kolestrol berlebihan.... macam2 penyakit lepas raya. Dah puasa enam belum?! Blogger2 lain nampaknya masih status-quo ... syoknya raya!

Aku dah mula sibuk dengan kerja2 wajib dan kerja2 yang aku minat .... dan yang terdekat adalah Kem Jati Diri dan Kemahiran Hidup yang akan diadakah di Laman Bestari Ulu Yam 3 hari 2 malam. Maklumat lanjut boleh layari SMARTS COACH Official Site.

Mungkin kerana minat melihat pembangunan dan perkembangan anak2 membuatkan aku lebih bersemangat untuk membuatkan mereka lebih cemerlang. Tidak semudah yang disangkakan!! Kerana aku juga mempunyai anak2 yang kekadang lebih mengutamakan 'Play Station' dari yang lain...

Selain dari melihat anak2 aku ber'peluang' mengikut program2 seperti ini .... aku juga ingin membuka peluang kepada anak-anak orang lain juga mengikut program riadah seperti ini. Program aku tidak akan dibebankan dengan pelbagai program yang menekan minda ...kerana aku percaya belajar dengan gembira adalah leibh baik dari belajar dengan paksa 'rela'.

Kepada yang berminat, sila hubungi SMARTS COACH untuk mendaftar.

Thursday, October 8, 2009

Program Cuti Sekolah... tempat terhad!

Diambil dari Smarts Coach Official Site

SMARTS COACH akan menganjurkan Kem Jati Diri & Kemahiran Hidup 3 hari 2 malam pada 21hb hingga 23hb November 2009 bertempat di Nur Laman Bestari Ulu Yam. Program ini terbuka kepada peserta-peserta lelaki dan perempuan yang berumur 8 tahun hingga 17 tahun.
Aktiviti-aktiviti fizikal dan mental yang telah disusun bagi membolehkan peserta-peserta kursus mempelajari kemahiran hidup disamping membentuk jatidiri yang cemerlang dan memahami erti kerjasama. Nilai-nilai sivik kekeluargaan, masyarakat, persekitaran dan ketuhanan diterapkan dan dipelajari dalam minda.
Untuk maklumat lanjut sila hubungiSaudara Anwar Ridhawi 012-6688090Saudara Kamarul 013-7654040Sir Noordin Khalid 012-2360402

p/s:
Maaf mata aku masih tidak mampu melihat cahaya dari skrin selepas dari 'CCL surgery' baru2 ini dan insyallah akan kembali pulih dalam tempoh sebulan. (doktor kata!!)

Terima kasih juga kepada sms2 yg diterima bertanyakan khabar.