Monday, August 17, 2009

Kejohanan Taekwondo Tertutup SMARTS...

Hari yang dinanti-nantikan tiba dimana Sentosa Martial Arts School (SMARTS) terlibat dalam program Bulan Kemerdekaan anjuran Belia Bukit Sentosa/ Bukit Beruntung/ Taman Bunga Raya. Tepat jam 7:30 a.m. warga SMARTS seramai 45 orang sudah berkumpul di Dataran Bukit Sentosa untuk bersama dalam perarakan/ perbarisan bulan kemerdekaan. Aku difahamkan seramai 47 kontigen akan bersama-sama berarak....

Di khemah SMARTS, pendaftaran pasukan sedang dijalankan .... hampir seramai 70 peserta terlibat di dalam kejohanan kali ini dari SMARTS (35), Excel (10), Classic TKD Academy (22) dan DTA Subang (1). Adik2 dari berbagai center tidak sabar2 untuk bertarung...
Pengadil dan Juri seramai 10 orang turut sama membantu melancarkan kejohanan yang diadakan di khemah penuh dengan segala kekurangan. Hampir jam 1 tengahari hampir 3/4 acara telah selamat dijalankan dimana wajah2 keriangan dapat disaksikan kepada adik2 ini. Medal dibuat untuk dimenangi ....
Semasa rehat, pengadil dan petugas2 kejohanan dibawa ke Anjung Arieda Cafe untuk makan tengahari ... harap2 sedap la iye! Kejadian yang tidak diingini telah berlaku dimana kami telah dilanda ribut yang amat kencang sekali... khemah yang ditumpangi oleh pasukan CTA telah tumbang hingga menyebabkan kesemua kuyup termasuk kereta2 di hempap besi2 khemah termasuk WISH aku ...hu hu hu
Oleh kerana yang tinggal cuma aku dan Sir Khaldum, kami telah bertumpus lumus menyelamat adik2, ibubapa ke kawasan yang lebih selamat. Hilang semangat aku melihat keadaan tersebut ... apalah pula fikiran peserta luar,keluarga mereka terutamanya dari CTA .... tak punya semangat dan hanya pada Allah aku serahkan segalanya. Aku talipon petugas2 agar segera ke khemah dimana bantuan amatlah diperlukan ...kasihan aku lihat adik2 kesejukan, tak tahu nak buat apa, keluarga dengan anak kecil juga kelam kabut dibuatnya...
Selepas 40 minit, keadaan bertambah reda...langit tetiba cerah ... hati aku masih longlai dengan keadaan tersebut... mujurlah Sir Sharifudin, Sir Adam dan Sir Khaldum memberi sedikit kekuatan dengan mencadangkan ...teruskan kejohanan. Petugas2 terus menyiapkan gelanggang yang basah lencun ... aku hanya mampu melihat dan memikirkan apa lah pula pandangan mereka ini.
Pengadil/ Juri terus mengambil tempat dan Sir Asmir terus mengumpulkan peserta dan kejohanan diteruskan. Tak seorang pun peserta pulang ... dalam 10 minit khemah Taekwondo dipenuhi oleh penyokong2 dan pemerhati2 luar. Alhamdulillah.
Gelanggang seterusnya disiapkan ... kurang 20 minit kedua2 gelangang telah dipenuhi orang kelilingnya. Alhamdulillah!
Gambar diatas diambil selepas ribut kencang ....

Apa yang terlintas difikiran aku sekarang ...Allah ingin menguji kekuatan uwkwah kita ...sejauh mana kita bersama di saat kita menghadapi kesukaran. Ternyata aku tidak mendengar sebarang komen2 negatif malah sokongan dan semangat terus dilontarkan kepada kami... alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah.

Terimakasih tidak terhingga kepada kesemua juri2 dan pengadil - Sir Sharifuddin, Sir Khaldum, Sir Adam, Sir Nik Hazim, Sir Ariffin, Sir Ariff, Sir Asmir, Sir Umar (CTA)

SMS from Sir Khaldum
"It was our pleasure. Thanks for the invitation to a memorable tournament. Aside for the thunderstorm... it was well organised event and I enjoyed it. In my 35 yrs of training TKD... this is second outdoor tournament but 1st time sampai basah kuyup... "

Kepada kesemua kontigen yang terlibat... maaf kupohon diatas segala kekurangan yang ada dan terimakasih jua diatas sokongan yang berterus terutama semasa dan selepas ribut melanda.

Kepada petugas2 SMARTS bak sms Anwar -
"Tiada kata dapat diucapkan, tiada riak wajak dapat digambarkan, hanya ucapkan syukur dan timakasih kepada SirN, Sir U, Ayah Pin, Bro Azri, Man, Wan, Yan dan Dr. Nur yg bertumpus lumus menjayakan kejohanan TKD khususnya dan Program Kemerdekaan amnya walaupun badai dtg menimpa....
Semoga Allah merahmati kita semua"

p/s Maaf gambar tidak banyak diambil kerana kesemua petugas terlalu 'enjoy' lihat tournament ... harap2 Sir Adam dpt gambar2nya ... tunggu!

Dari blog Sir Adam ...
http://admtkd.blogspot.com/2009/08/1st-smarts-closed-invitation.html
http://admtkd.blogspot.com/2009/08/1st-smarts-closed-invitation_20.html

No comments:

Post a Comment