Monday, August 17, 2009

Kejohanan Taekwondo Tertutup SMARTS...

Hari yang dinanti-nantikan tiba dimana Sentosa Martial Arts School (SMARTS) terlibat dalam program Bulan Kemerdekaan anjuran Belia Bukit Sentosa/ Bukit Beruntung/ Taman Bunga Raya. Tepat jam 7:30 a.m. warga SMARTS seramai 45 orang sudah berkumpul di Dataran Bukit Sentosa untuk bersama dalam perarakan/ perbarisan bulan kemerdekaan. Aku difahamkan seramai 47 kontigen akan bersama-sama berarak....

Di khemah SMARTS, pendaftaran pasukan sedang dijalankan .... hampir seramai 70 peserta terlibat di dalam kejohanan kali ini dari SMARTS (35), Excel (10), Classic TKD Academy (22) dan DTA Subang (1). Adik2 dari berbagai center tidak sabar2 untuk bertarung...
Pengadil dan Juri seramai 10 orang turut sama membantu melancarkan kejohanan yang diadakan di khemah penuh dengan segala kekurangan. Hampir jam 1 tengahari hampir 3/4 acara telah selamat dijalankan dimana wajah2 keriangan dapat disaksikan kepada adik2 ini. Medal dibuat untuk dimenangi ....
Semasa rehat, pengadil dan petugas2 kejohanan dibawa ke Anjung Arieda Cafe untuk makan tengahari ... harap2 sedap la iye! Kejadian yang tidak diingini telah berlaku dimana kami telah dilanda ribut yang amat kencang sekali... khemah yang ditumpangi oleh pasukan CTA telah tumbang hingga menyebabkan kesemua kuyup termasuk kereta2 di hempap besi2 khemah termasuk WISH aku ...hu hu hu
Oleh kerana yang tinggal cuma aku dan Sir Khaldum, kami telah bertumpus lumus menyelamat adik2, ibubapa ke kawasan yang lebih selamat. Hilang semangat aku melihat keadaan tersebut ... apalah pula fikiran peserta luar,keluarga mereka terutamanya dari CTA .... tak punya semangat dan hanya pada Allah aku serahkan segalanya. Aku talipon petugas2 agar segera ke khemah dimana bantuan amatlah diperlukan ...kasihan aku lihat adik2 kesejukan, tak tahu nak buat apa, keluarga dengan anak kecil juga kelam kabut dibuatnya...
Selepas 40 minit, keadaan bertambah reda...langit tetiba cerah ... hati aku masih longlai dengan keadaan tersebut... mujurlah Sir Sharifudin, Sir Adam dan Sir Khaldum memberi sedikit kekuatan dengan mencadangkan ...teruskan kejohanan. Petugas2 terus menyiapkan gelanggang yang basah lencun ... aku hanya mampu melihat dan memikirkan apa lah pula pandangan mereka ini.
Pengadil/ Juri terus mengambil tempat dan Sir Asmir terus mengumpulkan peserta dan kejohanan diteruskan. Tak seorang pun peserta pulang ... dalam 10 minit khemah Taekwondo dipenuhi oleh penyokong2 dan pemerhati2 luar. Alhamdulillah.
Gelanggang seterusnya disiapkan ... kurang 20 minit kedua2 gelangang telah dipenuhi orang kelilingnya. Alhamdulillah!
Gambar diatas diambil selepas ribut kencang ....

Apa yang terlintas difikiran aku sekarang ...Allah ingin menguji kekuatan uwkwah kita ...sejauh mana kita bersama di saat kita menghadapi kesukaran. Ternyata aku tidak mendengar sebarang komen2 negatif malah sokongan dan semangat terus dilontarkan kepada kami... alhamdulillah segala puji hanya bagi Allah.

Terimakasih tidak terhingga kepada kesemua juri2 dan pengadil - Sir Sharifuddin, Sir Khaldum, Sir Adam, Sir Nik Hazim, Sir Ariffin, Sir Ariff, Sir Asmir, Sir Umar (CTA)

SMS from Sir Khaldum
"It was our pleasure. Thanks for the invitation to a memorable tournament. Aside for the thunderstorm... it was well organised event and I enjoyed it. In my 35 yrs of training TKD... this is second outdoor tournament but 1st time sampai basah kuyup... "

Kepada kesemua kontigen yang terlibat... maaf kupohon diatas segala kekurangan yang ada dan terimakasih jua diatas sokongan yang berterus terutama semasa dan selepas ribut melanda.

Kepada petugas2 SMARTS bak sms Anwar -
"Tiada kata dapat diucapkan, tiada riak wajak dapat digambarkan, hanya ucapkan syukur dan timakasih kepada SirN, Sir U, Ayah Pin, Bro Azri, Man, Wan, Yan dan Dr. Nur yg bertumpus lumus menjayakan kejohanan TKD khususnya dan Program Kemerdekaan amnya walaupun badai dtg menimpa....
Semoga Allah merahmati kita semua"

p/s Maaf gambar tidak banyak diambil kerana kesemua petugas terlalu 'enjoy' lihat tournament ... harap2 Sir Adam dpt gambar2nya ... tunggu!

Dari blog Sir Adam ...
http://admtkd.blogspot.com/2009/08/1st-smarts-closed-invitation.html
http://admtkd.blogspot.com/2009/08/1st-smarts-closed-invitation_20.html

Friday, August 14, 2009

2nd Seminar with Grandmaster Daniel Verkerke


Rabu lepas sekali lagi aku dan pelatih2 aku berpeluang berguru dengan GM Daniel Verkerke yang baru saja dapat award - "The Legend of the Living Grandmaster".

Pada kali ini, latihan fokus kepada tempur tanpa senjata dan ramai juga tidak melepas peluang berguru dengannya.

Gambar2 dapat dilihat di blog Sir Adam.

Tiada apa sangat yang aku nak citer cuma selepas aku melihat dia melakukan "one inche punch" kepada salah seorang peserta .... aku "volunteer" ingin merasa pegangan "one inche punch" tu. Selama ini kita hanya mendengar "the famous one inche punch by Bruce Lee" dimana kita dapat melihat orang yang terkena tu berundur agak jauh.

Kali ini aku sendiri merasanya dari GM Daniel dan... ternyata tumbukan tersebut memberi kesan/ impak yang jelas dapat dilihat dan yang merasanya ..memang senak!! Dan ini menguatkan semangat aku untuk terus berlatih.

Yang pasti... jauh bebenorlah ilmu kita ini jika dibanding dengan GM Daniel Verkerke mahupun Grandmaster2 lain. Dengan ilmu yang ada....sesungguhnya mempertahankan standard 'DAN' yang ada sekarang pun rasa sukar.

Semakin terbuka hijab sesuatu yang bernama 'ilmu' semakin kurang terasa apa yang ada. Hu hu hu

Thursday, August 13, 2009

Selamat Ulang Tahun Baby Haikal ... 1 year old

Dah setahun baby Haikal ... dah mula tatih dan dah pandai 'demand' ... semoga menjadi anak yang soleh, taat pada Allah dan Rasulnya serta ibubapanya. Amin!

Sunday, August 9, 2009

Majlis Doa Selamat di SMARTS

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah s.w.t. kerana berkat limpah kurnia rahmatNya jua majlis doa selamat dapat dijalankan walaupun dirancang disaaat2 akhir. Mulanya dijangkakan kehadiran hanyalah sekitar 20-30 orang sahaja namun kehadiran mencecah sekitar 70 orang termasuk ibubapa, anak2 kecil serta bibik2nya sekali.
Majlis dimulakan dengan ucapan dari Sir Noordin serta menjelaskan kepada ibubapa tentang matlamat SMARTS dalam membentuk anak2, aktiviti2 yang telah dijalankan dan yang akan dijalan sehingga December 2009. Dan majlis doa selamat ini sempena pembukaan Dojang SMARTS (majlis doa selamat yang telah tertangguh hingga kini), sempena kejayaan Nazurah dan Nabilla dalam ujian kenaikan t/pinggang hitam TKD dan juga sempena menyambut bulan Ramadhan.

Majlis doa selamat di bawa oleh Ustaz Saiful Khazimi (Azim) .... setelah selesai, kita makan dulu... makanan disediakan oleh beberapa keluarga ku jangkakan tidak mencukupi dengan jumlah kehadiran namun dengan rahmatNya jua pelbagai lagi juadah dibawa oleh keluarga pelatih lain. Alhamdulillah mencukupi hingga dapat diulang2.

Sedapnya makan .... termasuklah yang hadir pelatih2 aku yang berbangsa Cina dan India hingga ada yang tertanya jumlah pelatih2 ini. Bukan itu sahaja, pelatih2 dewasa aku juga mempromosi konsep latihan di SMARTS kepada keluarga pelatih2 lain...
Aku nyatakan... di 'SMARTS aku tidak mengajar untuk menjadi juara seni bela diri Malaysia mahupun dunia ...yang paling penting adalah kesihatan diri dan nilai2 murni. Itulah sebaik2 juara...
Bermula jam 12.30 tengahari diakhiri jam 2.30 petang ... dan yang begitu mengharukan hati apabila tanpa disuruh pelatih2 mula membersihkan dojang sehinggakan ibubapa pelatih juga membantu. Terima kasih tidak terhingga aku ucapkan kerana bersama2 aku dalam membentuk anak2 serta masyarakat setempat. Terima kasih juga kerana percaya dan terus percaya kepada SMARTS.

"Allah lah yang menjadikan malam untuk kamu supaya kamu beristirehat padanya; dan menjadikan siang terang benderang. Sesungguhnya Allah benar2 memnpunyai kurnia yang dilimpahkan atas manusia, akan tetapi kebanyakkan manusia tidak bersyukur." - Al Mu'min: 61

Monday, August 3, 2009

Weapon Seminar by Grandmaster Daniel Verkerke


Seminar yang bagus! Thats my conclusion.

Cuma ...

Antara faktor yang aku tak berapa 'happy' ... terlalu ramai partipants dan tidak dapat fokus tentang kelas. Itu aku boleh terima kerana semua orang mengambil peluang untuk belajar dari seorang yang bergelar Grandmaster.

Terdapat juga beberapa 'ketika' bila beberapa orang ingin mencuba GM ini dan aku rasa mencuba tak salah cuma biarlah 'pintar'. Kenapa aku berkata begini....

Cuma bayangkan bila seseorang yang telah dihentak di bahagian leher, boleh ke dia melawan dengan kekuatan yang sama?! Jika kita terkena bahagian leher atau mana2 'vital spot' ... kita dah 'half death' dan pastinya kekuatan kita dah berkurangan ... teknik susulan seperti kuncian dapat digunakan untuk mengawalnya.

Ini tidak, walaupun GM telah menunjukkan teknik kearah 'vital-spot' dengan cermat (pelahan2) tetapi apabila GM melakukan teknik susulan ...masih lagi cuba bertahan ... aku rasa tak logik langsung lah! Tapi aku respect GM ini bila dia terus 'melayan' dengan berhikmah.

Aku ambil kesempatan pada sessi petang bertanyakan GM tentang ini... katanya 'the moment you strike at the vital-spot', the receiver unable to balance or lost half of the energy or some could be paralyze for couple of minute' ... he he ok so aku tau aku betul!!

Pada aku, kita datang nak belajar ..so belajarlah dengan bijaksana!!