Saturday, July 11, 2009

Grading Test 19th July 2009... Good Luck!

Insyallah Ujian Kenaikan Talipinggang Taekwondo SMARTS akan diadakan pada 19hb July 2009 10 pagi - 1 tengahari...

Diagarkan seramai 45 - 50 pelatih dari pusat latihan Sentosa Martial Arts School (SMARTS) dan Sekolah Al-Amin Bukit Sentosa akan menduduki ujian kenaikan talipinggang Taekwondo pada kali ini. Seramai 30 pelatih t/pinggang putih (Beginer) dan selebihnya pelatih 'Junior' dan 'Senior'.

Julung2 kalinya SMARTS mengadakan ujian kepada 2 orang bakal 'black-belt' yang telah berlatih bersama Sir Noordin selama hampir 8 tahun. Kedua2nya adalah pelatih wanita iaitu Nazurah bt Sabri dan Noor Natasha Nabilla... dah hampir 3 tahun mereka 'blacktip' dan aku rasakan dah tiba masanya mereka bergelar 'blackbelt'.

Mungkin kerana antara prinsip aku bahawa... sekurang2nya umur mesti 16 tahun ke atas! Tidak menjadi satu tanda-ukur ..sekadar ingin memastikan kualiti 'blackbelt'. Apa2 pun terpulang kepada masing2 ... mcm Taekwondo aliran sekolah, 2 tahun dah black-belt tapi 'lu fikirlah sendiri'.

Hingga hari ini aku cuma ada 4 'black-tip' (sejak 2001 DTA Sentosa), 2 pelatih2 telah aku izinkan sementara 2 orang lagi ... tunggu hingga aku berpuashati dari kesemua segi.

Apa2 pun, semoga BERJAYA!

No comments:

Post a Comment