Monday, July 20, 2009

Congrats... you are promoted to 1st Degree Black belt!

Alhamdulillah, ujian kenaikan talipinggang Taekwondo telah berjalan dengan lancar. Seramai hampir 40 orang pelatih menduduki ujian kali ini dan diantaranya 2 pelatih wanita yang menduduki ujian talipinggang hitam 1 DAN.

Ujian kali ini dibahagikan kepada 2 sessi kerana aku telah menjangkakan selain dari pelatih2, keluarga, sahabat2 handai dan kejiranan juga menyaksikan ujian kali ini. Agaknya aku mewajibkan ibu/bapa menyaksi ujian kenaikan t/pinggang adalah antara syarat2 ujian. Hu hu hu ... Aku yakin ini adalah diantara ribuan cara untuk membolehkan ibubapa menilai kebolehan anak2 mereka. Ternyata berjaya!!

Hampir setiap keluarga datang dengan kamera dan tak kurang juga dengan video kamera ... terutama semasa ujian t/pinggang hitam dijalankan ... terlalu banyak 'flash' kelihatan sana-sini. Aku juga difahamkan terdapat ibu2 yang tidak dapat menahan kesedihan apabila menyaksi kedua2 pelatih wanita itu di'belasah' secukupnya... ala2 Akademi Fantasia menunggu saat beg ditarik keluar oleh peserta yang diundi keluar.

Oleh kerana tidak cukup pelatih wanita untuk free-sparring ... terpaksa free sparring hanya 2 round dengan wanita dan selebih 4 round dengan pelatih2 lelaki (tak kasihan langsung la pulak mereka ni...) termasuk 2 lawan 1 dan kedua2nya lelaki. Pada saat ini dapat dilihat tenaga sudah tiada ...yang tinggal hanyalah sisa semangat dan airmata. Maaf...ini ujian tali pinggang hitam ...no mercy!

Aku amatlah berbangga dengan pelatih2 lain yang terus bertepuk memberi sokogan moral dan semangat ...sementara si bapa yang melihat pada aku ... (terpaksa aku memberi isyarat ..no problem!) dan si ibu terus menunduk. Aku telah melatih mereka hampir 7 tahun dan sangat yakin mereka akan berjaya!

Setiap kali pemecahan papan akan dilakukan ... berebut empunya kemera berkejar ke sana sini untuk mendapat 'shoot' yang baik, ibubapa, tetamu2 terus menghampiri untuk melihat sendiri .... tak lupa menjerit memberi sokongan moral. (Masa aku ambik dulu2 tak sapa yang menjerit memberi sokongan kecuali Sir Sharifudin Mamat ... thanks, bro)

Special thanks untuk Sir Sharifudin, Ariffin, Asmir setta tetamu2 yang hadir dalam ujian kali ini. Tidak lupa juga pada pelatih2 dewasa SMARTS yang terus bersama aku dalam membangunkan SMARTS dan adik2 pelatih serta ibubapa.

And to Natasha Nabilla dan Nazurah Sobri ...congrats you are promoted to 1st Degree Black-belt!

psst ... nanti kita merasa pulut kuning... ada parents nak buat kenduri kat Dojang!
23hb July 2009 - Visit Sir Adam blog to view pictures here.

No comments:

Post a Comment