Monday, June 29, 2009

m4sc Annual Ride.... AR09

Tahun ini kami (Bukit Beruntung Bikerz BBC) telah diberi penghormatan untuk menganjurkan Annual Ride 2009 untuk 4stroker community. Program in diadakan setiap tahun sempena penubuhan community ini iaitu bulan Jun. Alhamdulillah kehadiran yang membanggakan dari serata Malaysia serta perjalanan program yang lancar.

Kami memulakan perjalanan ke Teluk Batik jam 10 pagi ... berkumpul di Petronas Manjung sementara menunggu group bikerz dari Northern dan Cameron Highland (pada yang berkhemah malam sebelum itu). Setelah berkumpul, kami terus ke Teluk Batik singgah makan tengahari di persimpangan Teluk Batin (maaf nama restoran tak ingat ... pasai sedap sgt masakan ala kampung)

Selepas 'check-in', berjalan2 sekitar Teluk Batik....

Agenda hanya pertemuan sesama bikerz m4sc sambil kutuk mengutuk, makan2, kara-ok, tengok motor masing2...pastu ride ramai2! Disebalik semua ini, silahturahim terjalin dari seluruh Malaysia. Kemana sahaja kita pergi dan kebetulan ada bikerz2 ini...call aje ...sure TTS (Teh Tarik Session) kat mana jua...

Gambar diatas adalah majlis penyerahan mandat m4sc Annual Ride 2010 kepada TokNik (chief Northen Region) ...dan AR2010 di Besut, Trengganu.

Gambar2 ehsan SirMart.

No comments:

Post a Comment