Wednesday, May 13, 2009

ITIL v3 Foundation in Brunei...

Hari ini dah 3 hari aku berada di Brunei dan hari ke-3 merupakan exam day untuk ITIL v3 Foundation. Kali ini seramai 15 orang pelatih dari Brunei Shell Petrolium mengikuti program aku.

Hari pertama agak meletihkan kerana aku sampai di Bandar Seri Bangawan jam 1 pagi dan menaiki kereta ke hotel selama 1.5 jam ... hampir jam 3 pagi aku smpi. Jam 5 pagi dah bangun bersiap untuk ke Brunei Shell petrolium (BSP). Mujur tak tumbang pagi tu ...ngantuk gile.

Aku tinggal di tempat yang bernama Kuala Belait (KB) ... Swiss Hotel. Bandar disini agak senyap dan tidak sibuk kecuali waktu pergi dan balik kerja. Kebanyakan penduduk disini berkerja di BSP. Ramai sahabat2 baru (pelatih2 aku) yang begitu mesra.... jadi balik kerja pasti ada yang bawa aku TTS (Teh Tarik Session). Aku berkenalan dengan Bikerz T-Max ..otai2 Brunei ... 6-7 biji Yamaha T-Max baru2 looo... ganas!!

Yang agak sedih... exam paper kali nampaknya susah betul ..kod baru so set soalan pun baru ..harap2 depa semua pas! Aminnnn....

Esok aku berangkat ke Kota Kinabalu sebelum terbang ke Kuala Lumpur ...

Puas!!

Balik ni nak prepare Smarts untuk majlis hari belia (Ahad ini)...sms dari Bro Anwar....

No comments:

Post a Comment