Sunday, April 26, 2009

Usul untuk Smarts...

"Sir, kami ni nak usulkan sesuatu ..harap Sir ok la", kata bro Anwar. Bro Bob hanya mengangguk. Apa la pulak ni... aku hanya diam dan mengangguk aje sambil menikmati kopi O di restoran Anjung Arieda ...

"Sila Bob...", taichi bro Anwar. Akhirnya beberapa usul yang di cadangkan dengan begitu berhati2 dari gaya bahasa yang dituturkan (barangkali bimbang aku terkecik hati kot?!) Syor mereka adalah:
  • kelas dipecahkan mengikut belt
  • carta organisasi Smarts School
  • mencantikkan dojang dan promosi

Aku agak terharu dengan keinginan mereka dan kesungguhan mereka untuk menaikkan Smarts walaupun baru mengenali aku 4 bulan yang lalu. Aku nyatakan ide itu memang bagus. Telah aku fikirkan sejak awal lagi bahawa kelas akan mengikut sekurang2nya 2 kategori (Begineer & Junior, Senior), cuma buat masa ini kita belum cukup "crowd' lagi ...nanti sunyi dan boring la pulak.

Tentang carta organisasi, insyallah kita akan mulakan untuk Persatuan Taekwondo (MGTF) Hulu Selangor cuma persoalan sejauh mana persediaan kita.

Usul ke-3, he he he Sir belum ada budget la.... akhirnya mereka telah sepakat untuk mengecat Dojang and menyusun-atur kembali Dojang (maklumlah bro Bob ni berniaga Interior Design... byk ide dia)...

Baik kata korang baik la kata Sir....

No comments:

Post a Comment