Tuesday, March 10, 2009

Tak faham atau kurang ajar

Pada kelas yang lepas, 2 pelatih baru aku membawa kawan mereka untuk melihat sessi latihan. Katanya dia juga Taekwondo cuma dari aliran sekolah bertalipinggang merah. Yang aku agak "marah", dia yang sering menganggu kawan2nya semasa aku mengajar.


Tapi aku tengok aje... walaupun agak bengang!


Ntah macamana tetiba budak itu bertanya pada aku sambil memegang pisau (pisau latihan) menunjuk ke muka aku.


Pucuk dicita ulam mendatang ... seolah bola tanggung yang menanti pukulan smash dari aku...


Untuk pertama kalinya tanpa belas kasihan aku 'menerbangkan' tubuhnya yang jauh lebih besar dariku ke lantai. Aku lihat wajahnya yang nak kata biru pun iye hijau pun iye.. ditoreh tak berdarah!!


"Sir ada beratus teknik pisau... nak tengok teknik lain?!" tanya aku. Dia cuma mengeleng dan duduk agak jauh sambil mendiamkan diri.


Bukan niat nak menunjuk cuma aku rasakan kekadang adalah perlu untuk kita mengajar seseorang mengikut keinginan dia untuk diajar. Betul tak?!


Baca ni dari Adam TKD juga tentang soalan cepu'k emas.

No comments:

Post a Comment