Wednesday, March 11, 2009

PPSMI

Hari Isnin lepas, aku berborak dengan seorang makcik... citernya berkisar PPSMI. Iyelah makcik ni punya pandangan, "kan ke bagus English... nanti ramai boleh cakap English"

Aku cakap, "cakap English memang lah bagus tapi bukan untuk belajar Maths dan Sains, makcik". "La kenapa pulak macam tu, Din, aku ingat orang sekolah tinggi mesti setuju?", tanya makcik.

"Gini makcik, cuba saya cakap Arab ajar makcik camno nak buat Haji dan Umrah? Agak2 makcik la... paham ke?! Boleh ke makcik paham hingga mampu menunaikan ibadah itu", tanya aku.

"Tentulah makcik tak paham ... sket2 boleh kot", gelak makcik tu.

"Kalau saya terangkan makcik dalam bahasa Melayu, tentu senang makcik fahamkan?! Tentulah ada yang makcik kena ingat atau hafal dalam bahasa Arab tetapi untuk pemahaman mestilah saya terangkan dalam bahasa yang makcik faham" terang aku lagi. Mengangguk makcik tu...

"Serupalah juga dengan Maths dan Sains ... ilmunya untuk difaham bukan dihafal dan ada bahasa Maths yang kena ikut English tu ..biarlah! Yang penting anak2 kita faham cara nak menyelesaikan masalah. Sekarang ni kita tambah masalah untuk mereka faham masalah... walaupun mereka pandai Maths tak semesti mereka boleh buat pasal mereka tak paham masalah dalam bahasa English" kata aku.

"Katalah saya ambik anak Cina yang memang terror dalam Maths tapi belajar dalam bahasa Cina... pastu bagi dia soalan dalam bahasa Melayu ke English ke Urdu ke ... makcik rasa dia terror jawap tak?!"

Tersenyum makcik sambil berkata,"barulah faham makcik nape ramai sanggup berdemo aritu".

English aku memang hampehh masa zaman sekolah atau "U" dulu tapi 3/4 dunia aku dah sampai sekarang ... pelan2 kayuh English power dari mat salleh lain. (perasan la jugak).

Aku pun perasan gak anak mat salleh yang English ..pus pas pus pas tu pun tak reti jawap soalan Maths dalam bahasa English yang anak aku leh jawap andainya aku translate dalam bahasa Melayu.

Aku ada sembang dengan seorang pakcik baru2 ni... dia heran anak dia tak pernah pass Maths tetiba dapat A dalam UPSR ... bangga bebenor pakcik tu.
Ntah nape aku terasa jika markah lulus turun sampai 20 ... tentu ramai yang lulus dan dapat A kan?!

No comments:

Post a Comment