Wednesday, January 28, 2009

On the bike... 1393 km East Coast Ride


On the bike... jeritan dari TokWan menandakan kami kena bersiap untuk bergerak ke destinasi seterusnya. 4 hari 3 malam sememangnya meletihkan berada atas motor dan berkhemah. Menguji ketahanan mental dan fizikal ... sir N la katakan!

Kami bertolak tepat jam 3.30 pm dari Bkt Beruntung ... yang menyedihkan tilam angin yang dibawa oleh Amir hilang dibawa angin.. tidur atas tanah la jawapnya!! Bertemu dengan DIO Ipoh dan teruskan perjalanan ke Pelita Juru. Di sana, kami disambut oleh TokNik dan Lipanz. Selepas solat dan makan, kami bergerak ke Ulu Paip, Kulim... motor CBR900 AJAK tetiba mogok. Terpaksalah ditunda ke Eight Heaven Bikerz ... alhamdulillah dapat recover. Sampai tapak khemah tepat jam 1 pagi. Perjalanan 339 km.

Hari ke-2... pagi aku mandi di Sg Ulu Paip tu ..pergh sejuk giler..only the true man can do it!! Ha ha ... Laluannya Kulim - Grik - Tasik Banding - Banjaran Titiwangsa - Jeli - Tasik Kenyir. Perjalanan hampir 461.1 km (800.1 km). Perjalanan yang mencabar ... leper meleper, hujan hampir sepanjang jalan, tertidur atas motor...

Malamnya kami berkhemah di Tasik Kenyir ... khemah dah uzur. Hujan selebatnya ...akhirnya kami menjadi pelarian banjir. Ngantuk dan kesejukkan!

Hari ke-3... laluan Tasik Kenyir - Kuala Trengganu - Kemaman - Temerluh. Perjalanan 353km (1153.1 km). Hujan sepanjang jalan ... 2 motor breakdown!! Tak sejauh hari ke-2... tapi kami check-in kat Sri Malaysia kul 11 malam. One for All, All for One. Nasib baik tidur hotel... lega sket!

Hari ke-4... Temerluh - RR Sg. Buluh - Bkt Beruntung ... reach 1393. Sebiji lagi motor breakdown ...terpaksa naik lori! Rantai putus... kami meneruskan perjalan untuk berjumpa group central yang akan menyambung perjalanan bersama geng Penang ke Ipoh untuk menghadiri kenduri kahwin sahabat m4sc.

1393 km in 4 days ... ninjaz m4sc

Photo: Lipanz & SirMart

No comments:

Post a Comment