Friday, January 30, 2009

Citer2 Lawak East Coast Ride 2009 ...

Di Stesen Minyak Petronas ..
Bikerz tu: Boleh tanya bang ... jalan nak gi Kenyir ikut mana?
Bangla tu: Merah Biru ..berapa?

Ditapak perkhemahan Kenyir
Sekumpulan bikerz sedang bersembang dan ketawa dgn kuatnya ... HA HA HU HA HA HA HA
Dari khemah sebelah...
Gadis2 Ganu berbisik sesama mereka ... eee ketawa macam enam jahanam
Dari khemah Bikerz...
Bikerz tu: Cik Adik ... mereka tu memang enam jahanam ... jahanam1, jahanam2 ... jahaham6 .. yang balance tu PI JAHANAM dan DAH JAHANAM
Cik Adik: syyy .dengar la ...

Di Losong, Trengganu...
Bikerz tu: Cik Adik, boleh tumpang tanya?
Cik Adik: Boleh... nak tanya apa?
Bikerz tu: Nak gie Trengganu jalan mana?
Cik Adik: ?@#@$%$#$$

Sedang dalam perjalanan ke Temerluh ...di trafic light
Cik Adik: Lawa motor bang?
Bikerz tu: Motor memang lawa ... helmet mana?
Cik Adik: Biasa la bang ... Ganu ni...
Bikerz tu: Helmet mana?
Cik Adik: he he he
Cik Adik begitu selamba sehinggalah bikez tu menyeluk kocek bajunya ... dengan lajunya Cik Adik tu memecut. (mesti dia ingat bikerz tu polis kan!)

Untuk Isteriku ... Cinta Sejati Langit dan Laut

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta. Mereka saling menyukai di antara satu sama lain. Oleh sebab sangat sukanya lautterhadap langit, warna laut sama dengan warna langit. Oleh sebab sangat sukanya langit terhadap laut, warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali membisikkan kata-kata `Aku Cinta Padamu’ ke telinga langit. Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut terhadapnya, langit tidak menjawab apa-apa , hanya tersipu-sipu malu dengan wajah kemerah-merahan.

Suatu hari, datanglah awan. Melihat kecantikan si langit, awan terus jatuh hati terhadap langit, bak cinta pandang pertama. Tetapi tentu sahaja langit hanya setia mencintai laut. Setiap hari, langit hanya mahu melihat laut sahaja. Awan berasa sedih tetapi ia tidak berputus asa mencari cara dan akhirnya mendapat satu akal. Awan mengembangkan dirinya seluas dan sebesar mungkin serta menyusup ke tengah-tengah di antara langit dan laut. Ia berusaha menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit. Laut mengeluarkan gelombangnya bagi mengusir awan yang mengganggu pandangannya. Tetapi tentu sekali usahanya tidak berhasil. Lalu datanglah angin yang sejak dulu mengetahui hubungan cinta langit dan laut. Angin berasakan perlu membantu langit dan laut menyingkirkan awan yang mengganggu perhubungan mereka yang sekian lama terjalin.

Dengan tiupan keras dan kuat, angin meniup awan. Lantas terpecah-pecahlah awan menjadi berselerak ke banyak bahagian, sehingga ia tidak berupaya lagi melihat langit dengan jelas dan tidak mampu lagi untuk mengungkapkan perasaannya terhadap langit. Kerana rasa terseksa menanggung perasaan cinta yang menggunung tinggi terhadap langit, awan menangis sedih.

Hingga sekarang, kasih antara langit dan laut tidak dapat dipisahkan. Kita juga dapat melihat di mana mereka menjalin kasih.Setiap kali memandang ke hujung laut, di mana ada garisan horizon yang menemukan langit dan laut, di situlah mereka sedang berpacaran.

Diambil dari http://ayatcinta.wordpress.com/

Aku adalah aku yang tidak pandai bermadah cinta....

Thursday, January 29, 2009

Wednesday, January 28, 2009

On the bike... 1393 km East Coast Ride


On the bike... jeritan dari TokWan menandakan kami kena bersiap untuk bergerak ke destinasi seterusnya. 4 hari 3 malam sememangnya meletihkan berada atas motor dan berkhemah. Menguji ketahanan mental dan fizikal ... sir N la katakan!

Kami bertolak tepat jam 3.30 pm dari Bkt Beruntung ... yang menyedihkan tilam angin yang dibawa oleh Amir hilang dibawa angin.. tidur atas tanah la jawapnya!! Bertemu dengan DIO Ipoh dan teruskan perjalanan ke Pelita Juru. Di sana, kami disambut oleh TokNik dan Lipanz. Selepas solat dan makan, kami bergerak ke Ulu Paip, Kulim... motor CBR900 AJAK tetiba mogok. Terpaksalah ditunda ke Eight Heaven Bikerz ... alhamdulillah dapat recover. Sampai tapak khemah tepat jam 1 pagi. Perjalanan 339 km.

Hari ke-2... pagi aku mandi di Sg Ulu Paip tu ..pergh sejuk giler..only the true man can do it!! Ha ha ... Laluannya Kulim - Grik - Tasik Banding - Banjaran Titiwangsa - Jeli - Tasik Kenyir. Perjalanan hampir 461.1 km (800.1 km). Perjalanan yang mencabar ... leper meleper, hujan hampir sepanjang jalan, tertidur atas motor...

Malamnya kami berkhemah di Tasik Kenyir ... khemah dah uzur. Hujan selebatnya ...akhirnya kami menjadi pelarian banjir. Ngantuk dan kesejukkan!

Hari ke-3... laluan Tasik Kenyir - Kuala Trengganu - Kemaman - Temerluh. Perjalanan 353km (1153.1 km). Hujan sepanjang jalan ... 2 motor breakdown!! Tak sejauh hari ke-2... tapi kami check-in kat Sri Malaysia kul 11 malam. One for All, All for One. Nasib baik tidur hotel... lega sket!

Hari ke-4... Temerluh - RR Sg. Buluh - Bkt Beruntung ... reach 1393. Sebiji lagi motor breakdown ...terpaksa naik lori! Rantai putus... kami meneruskan perjalan untuk berjumpa group central yang akan menyambung perjalanan bersama geng Penang ke Ipoh untuk menghadiri kenduri kahwin sahabat m4sc.

1393 km in 4 days ... ninjaz m4sc

Photo: Lipanz & SirMart

Monday, January 19, 2009

Penat yang berbaloi ...

Seawal January ni aku memang kesibukan ...day by day memang pack tetapi amat berbaloi..

Bermula dgn pembukaan Dojang baru aku ...persiapan, budget dan mcm2 lagi. Hingga kini aku masih tak berkesempatan mengambil gambar dlm dojang aku...

Train-the-Trainer program 5 days ... ingatkan nak relax la ..rupa2nya banyak la pulak assignment nak kena buat. Rupa2nya Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) certificate memang gitu la caranya. Alhamdulillah lepas ...

Grading Test on 18th Jan ... nak kena pastikan pelatih2 aku bersedia untuk test tu. Pagi dan petang training la jawapnya ... bukan apa nak pastikan kualiti tinggi. So, 14 org ambik test ... semua berjaya berserta 3 pelatih dpt Double Promotion. Sorang tarik diri pasal demam...

ITIL v3 Foundation Training program 3 hari yang aku patut conduct hari ini ...last minit dpt info, "tak jadi!". Tapi ada lak tender nak kena response ... arghhh ... hu hu hu ...

Hujung minggu ni lak... aku gi ride 4 hari East Coast Ride ...

Penat... tapi berbaloi!

Saturday, January 17, 2009

Congratulations ... you are competence!

I just completed my Train-The-Trainer course organised by Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) for 5 days. Very comprehensive course to get Certificate in Training (CIT). That means I am a certified instructor recognised by Kementerian. Alhamdulillah.

My final presentation is called Awareness in Self Defense Training. I was given 15 min to conduct training ... training NOT lecturing! The reason I choose this topic is more easier to perform some practical training. (not lecturing ..ah ha ha)

Thanks for all my new fellow friends... Philip, Ara, Subra, Kamarul Azhar (AhadanCoach), Dr Ayub, Morgan, Yee, Teoh and some others ... and special thanks to Timothy Law for the training and tips. Hope to see you again!
Photo from AdahanCoach.

Friday, January 9, 2009

Save Palestine ... boycott Israel!!







I am hundreds of miles away and ask but one thing of you. I don't want your money all I ask is for your Doa for us in Palestine and Lebanon and if you have never forwarded an email before, please help us by forwarding this One. I will make Doa for you and all those who forward this email and for all Of the Ummah Of our Beloved Prophet Muhammad (Sallallahu Alaihi Wa Aalihi Wassalam) - Our brothers in Palestine.

Thursday, January 8, 2009

3H + 1H = 4H



Smlm anak no. 3 aku, Hakim tanya, "Abah.. masa abah kawin dulu, abang Hafiz & Haziq gie tengok tak?"

Terkedu aku nak jawap. Ustaz Azeem dah ketawa.... sambil ckp ada. Ustaz Azeem suka benor sakan anak aku sorang nie. Mungkin kerna dia fasih menjawap. Dulu sering aku baca skrip begini dalam "Gila-gila" atau "Ujang"...

Pejam celik pejam celik aku dah ada 4 cahayamata ... 3H + 1H dengan kehadiran Haikal ... penawar hati ketika penat balik kerja! Moga menjadi anak yang soleh... amin!

Tuesday, January 6, 2009

East Coast Ride ECR 2009

Dah lama aku tak masuk forum group motor aku ... 4strokers. Teruja lak tengok ECR 2009 ride .. 4 hari on the bike and camping! Perghh...

Laluan yg dicadangkan ... KL - Ipon - Penang - Tasik Banding - Banjaran Titiwangsa - Jeli - Sekayu - KT - Kenyir - Dungun - Temerloh - Kuala Gandah/Lanchang - KL

Pemandangan yg cantik, laluan meleper dan tempat camping yang macam ni ... Subhanallah!

Dan hingga kini aku masih tak dapat beri kata putus ... tunggu final plan company aku... dan juga aktiviti melobi kekasih tersayang (bini aku la..) agar memberikan laluan mudah .. he he he ...

Dear Bikerz Fren ... your Doa' is appreciated.

Sunday, January 4, 2009

1st day kelas kat Dojang aku ...

Hari ni 1st day kelas Taekwondo aku di Dojang baru...

Kebetulan ramai lak pulak yang hadir ...may be semangat tahun baru dan Dojang baru!! Alhamdulillah walaupun plan aku untuk pasang karpet, lampu dan kipas tergendala namun kehadiran yang ramai membuatkan aku rasa amat terharu.

Insyallah perancangan tersebut akan terlaksana sebelum Grading Test 18hb Jan ini termasuk dengan alatan2 training yang aku tempah dari Oriental World Martial Art Supply, Penang. Yang paling mengharukan, Dojang baru yang aku sangkakan luas terasa lah sempitnya ... ramai gak students aku.

Terimakasih atas ucapan tahniah dari rakan2 seperjuangan dan students ku ... tanpa kalian siapalah aku!