Monday, December 15, 2008

bila lagi tournament, sir?

Sir, bila lagi ada tournament? Dah tak sabar2 nak masuk...


Aku tanya depa, "korang ni ready ke? baru training camni dah semput..." Depa ckp, "gian nak membelasah dan dibelasah ... "


Semangat depa ni memang tinggi ... hujan ribut sekalipun depa ni tetap turun training. Kebanyakkan mereka berumur dari 7 thn hingga 16 thn. Ada juga parent mereka yang heran camno mereka ni begitu semangat nak turun training... aku ckp, "parent patut tgk camno mereka ni training ... dan kalau boleh ikut training sekali"


Yang paling utama ialah membentuk semangat untuk terus mencuba dan bertahan!! Cuba bygkan apabila kanak2 berumur 9 thn "sparring" sambil menangis tapi masih meneruskan "sparring"dan..... yg hilang semangat parent mereka!!

Akhirnya aku wajibkan parent untuk menghadirkan diri pada Grading Test agar mereka juga bersama aku mengetahui perkembangan anak2 mereka. Jika tidak ... "anak anda tidak layak menduduki Grading Test kerana anda tidak hadir...."

Membentuk semangat yang kuat dan jitu merupakan salah satu dari cabang pembelajaran dalam Taekwondo. Latihan yang berterusan akan membentuk pemikiran yang positif yang akhirnya membawa kepada sikap yang positif.

"Berdisiplin melalui Taekwondo"

No comments:

Post a Comment