Sunday, December 28, 2008

Deposit Dojang baru ...

Tg. 27 Dec aku telah membayar deposit sewa kedai 2+1 untuk tempat latihan yang baru. Maka tetaplah aku dan rakan2 dalam membina Dojang (tempat latihan) yang lebih sempurna.

Selama 7 tahun ini tempat latihan adalah di belakang rumah aku ... pada aku telah cukup sempurna cuma kalau2 hujan terdapat sedikit masalah. Bersama rakan2 dan student2 aku yang bakal merintis jalan menjadi jurulatih ... aku mula merasakan aku perlu tempat yang baru untuk semua itu. Sedikit sebanyak terdapat juga kebimbangan tentang kos sewa, penyelenggaraan dll tapi semangat mengatasi segalanya.

Selama ini pun... apa yang aku buat lebih kepada social obligation (tanggungjawap sosial) ... tidak berasaskan kepada keuntungan. Hanya kerna minat yang mendalam pada seni mempertahankan diri.... strategi kali ini ialah menambahkan student untuk menampung kos! Insyallah...

Aku namakan tempat ini Smarts Taekwondo...

Selamat Menyambut Maal Hijrah!

Monday, December 22, 2008

Kesilapan Ibu bapa

Oleh KHADIJAH MOHAMAD

"Tidak menjawab persoalan anak-anak, meninggi suara dan menengking tidak membantu mengembangkan minda anak-anak."
IBU BAPA tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain.

Kosmo : APABILA anak mencecah usia setahun dan ke atas, waktu itu merupakan fasa tumbesaran yang amat penting dan perlu diawasi dengan baik. Pada usia beginilah, mereka mula mempunyai keinginan untuk meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan. Malah, tempoh ini juga dianggap sebagai cabaran untuk ibu bapa menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak.

Menurut Perunding Psikologi Kanak-Kanak, Dr. Goh Chee Leong, kebanyakan ibu bapa pasti berasa bimbang jika perkembangan mental anak mereka tidak seperti yang diharapkan atau tidak sama seperti anak orang lain. Tetapi, sebenarnya mereka tidak perlu risau kerana setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing.

“Biasanya setiap kanak-kanak akan melalui proses perkembangan minda dan fizikal secara semula jadi. Ada di antara mereka yang cepat tumbuh gigi tetapi lambat bercakap, ada pula yang cepat bercakap tapi lambat berjalan dan begitulah sebaliknya. “Kebimbangan ibu bapa tentang kepantasan anak-anak belajar ada benarnya. Namun, jangan sampai ia menjadi sebab anda memaksa sehingga memberi tekanan kepada mereka mempelajari sesuatu contohnya bercakap, membaca dan mengajar anak ke tandas.

“Harus diingat setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran sendiri dan mereka memerlukan waktu untuk memahaminya. Justeru sebagai ibu bapa, jangan sesekali cuba menyekat kreativiti atau kelakuan anak-anak selagi ia tidak membahayakan mereka,” kata Dr. Goh ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

KANAK-KANAK ingin meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan. Apa yang penting kata Goh, ibu bapa tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain yang mungkin lebih terdahulu dalam segala hal berkaitan perkembangan minda mereka. Jika hal ini berlaku, ia secara tidak langsung menjejaskan emosi anak-anak dan membuatkan mereka rasa rendah diri. “Ibu bapa harus belajar memahami bagaimana pembesaran anak-anak secara berperingkat.

“Dalam hal ini, setiap ibu bapa perlu banyak bersabar dalam mendidik anak mereka. Pendekatan secara lembut dan berhemah penting dalam proses mendidik anak-anak yang berusia satu hingga lima tahun. Ini kerana pada peringkat inilah mereka belajar daripada pemerhatian terutama apa yang dilakukan oleh ibubapa sendiri.”

SEDIAKAN bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak. Apakah langkah paling ideal dalam mendidik anak-anak pada peringkat awal usia? Goh berkata, ibu bapa perlu menyediakan suasana pembelajaran yang sihat untuk anak-anak mereka. “Sebagai contoh, di rumah ibu bapa boleh mencipta satu ruang untuk anak-anak bermain sambil meneroka sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. Dedahkan mereka untuk menerima pengetahuan dengan menyediakan bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.

Di samping itu, pensyarah dari Kolej Universiti HELP ini menegaskan, antara kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa ialah tidak menjawab setiap persoalan yang dilontarkan oleh anak-anak yang masih kecil. Perkara ini sekali gus akan menyekat perkembangan minda mereka kerana jawapan yang diminta tidak diberikan.

“Pada usia sebegini, anak-anak perlu diberi jawapan pada setiap pertanyaan. Untuk itu, ibu bapa harus menyediakan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan dan jangan sesekali mengelak dan menukar topik jika tidak mampu menjawabnya.”

Goh menekankan bahawa jika anak-anak melakukan sesuatu kesalahan, ibu bapa mempunyai hak untuk memarahi mereka tetapi dengan cara tersendiri dan bukan menengking atau meninggikan suara.

“Memarahi anak-anak bukan satu kesalahan, sebaliknya salah satu cara untuk mendidik mereka mengenai perkara yang tidak seharusnya dilakukan. Bagaimanapun, menengking bukan jalan penyelesaiannya tetapi kemarahan itu hendaklah disalurkan dengan cara yang betul dan mampu memberi kesan pada si anak,” tutur Goh.

Diambil dari Herman Samsudeen

Friday, December 19, 2008

MB Nizar Blackbelt 4th Dan ...

Pagi2 lagi aku surf internet, terjumpa gambar di atas ... MB Nizar dianugerahkan blackbelt 4th DAN dari International Taekwondo Federation (ITF). Wow... salah seorang MB yang aku paling
kagumi dan mendapat pula pengiktirafan begini. Tahniah MB Nizar!!

Sedikit info berkenaan beliau... MB Ir Mohammad Nizar Jamaluddin.
Beliau dilahirkan pada 17 Mac 1957 di Kampung Air Hitam Labu, Kampar Perak. Beliau telah mendapat pendidikan awal di Kampar, kemudiaannya meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah Anglo Chinese, Kampar. Selepas itu menyambung pelajaranya di Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh. Pada tahun 1972 beliau mengambil Advance Level (A Level) di Norwich City College Of Arts & Technology Norwich, Norfolk, England.

Beliau merupakan lulusan Sarjana Muda Sains Kejuruteraan Mekanikal dari University Of Aston di Brimingham, United Kingdom. Sekembalinya ke tanahair, beliau bekerja di beberapa agensi kerajaan termasuk Jabatan Kerja Raya bahagian bengkel dan kuari, Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA - Daya Urus), Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Beliau berpengalaman luas dalam menjalankan beberapa projek besar negara. Antaranya Projek Dayabumi fasa 2 & 3 pada tahun 1983, projek Pusat Islam (BAHES, Jabatan Perdana Menteri (1984), projek Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu (1985), pengurusan bangunan-bangunan kerajaan dan swasta termasuk KOMTAR, Bangunan Persekutuan Gunasama, pusat membeli belah dan pengurusan semua lif di hospital Kerajaan Negeri Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis sehingga kini.

Sebelum dilantik menjadi Menteri Besar beliau merupakan Pengarah Urusan di beberapa firma swasta. Di luar negara pula beliau banyak menjalankan beberapa projek di beberapa buah negara, antara di Birmingham, United Kingdom, Zug Switzerland, Miano Italy, Bangkok Thailand, Sdyney dan Goldcoast Australia, Doha Qatar dan Tehran, Iran.

Dalam bidang politik pula, beliau berkecimpung dengan PAS dengan memegang Ahli Jawatankuasa PAS kawasan Kampar (1999 - 2001). Beliau menjawat jawatan Yang Dipertua PAS kawasn Kampar (2001 hingga kini). Di peringkat PAS Negeri Perak, beliau memegang jawatan Bendahari PAS Negeri (2001- 2006), Setiausaha PAS Negeri (sebelum menjadi Menteri Besar Perak).

Walaupun beliau seorang yang berpendidikan tinggi tetapi beliau amat aktif dengan kegiatan masyarakat. Antaranya kuliah dan majlis ilmu di masjid-masjid dan surau-surau, ceramah motivasi pelajar dan institusi pengajian tinggi, menyampaikan khubah jumaat, bantuan kepada fakir miskin, mewakili PAS dalam program program kaum bukan Islam serta terlibat secara langsung dengan beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO).

Beliau mempunyai lapan orang cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama isterinya, Fatimah Taat. Anaknya pertama merupakan lulusan BA Syariah Universiti Mut'ah, Jordan. Anak kedua pula lulusan hafiz al-Quran di Universiti Mut'ah Jordan. Anak yang ketiga juga lulusan hafiz al-Quran dari Universisiti Damsyik, Syria dan Universiti Lebanon. Manakala anak yang ke empat hingga ke lapan sedang belajar di beberapa pelbagai institusi pendidikan dalam negeri.

Di samping itu beliau juga menguasai bahasa Inggeris, Cina dan Tamil.

Tahniah dari kami!

Tuesday, December 16, 2008

Dimana ada kemahuan disitu ada jalan ...

Tiga bulan lepas ... datang seorang cina agak berumur (hampir 50thn umurnya) jumpa aku ...


"Master haa .. wa ingat mau belajar Taekwondo sama master.... boleh ka?" dengan loghat cinanye. Aku cakap, ok je cuma aku tanya dia apa tujuan belajar ...


"Master haa .. wa bukan mau gaduh sama olang wa mau belajar saja ... tak mau gaduh2".

Aku kata oklah ... kelas aku ada beberapa kaedah ... samada pure Taekwondo, self defense specially untuk street fighting, exercise fitness (walaupun aku tak fit langsung) ... so boleh la dia pilih...

"Lu keje apa?' Dia cakap,"Wa kerja kat kedai Toto ..." Dalam hati aku, pergh ni sure selalu kena buli...

"Jadi lu belajar mahu jaga kedai ka?!", aku tanya.

"Wa tak mau gaduh2 ...wa mau belajar saja!! Master ajarlah sama saya...", dia merayu.

"Wa bayar berapa ahaa?" ... ikut suka lu la ... wa ajar pasal wa suka ajar ooo...

So, datang Cina ni yang namanya Frankie kekelas aku. La ni dah genap 3 bulan dia belajar dgn aku. Dapat lihat perkembangannya walaupun agak lambat.

Belajar apapun memerlukan kesabaran, keinginan serta latihan berterusan. Bakat juga perlu... Dimana ada kemahuan disitu ada jalankan!

Abang Hafiz lawan macam Naruto la ...

Malam tadi sampai lepak2 tengok TV, Hafiz tanya, "Abah... abg Hafiz nak tengok video yg abg Hafiz lawan dulu....".


19th July lalu, anak aku Hafiz masuk Taekwondo Tournament anjuran DTA/UTM... syok gak tengok dia lawan ... walaupun aku dah tengok banyak "sparring" tapi kali ni melibatkan anak sulung aku ... ha ha ha ... macam bapa2 lain, aku pun over ecxited.


Dari cara dia sparring ... lebih pengaruh Naruto je dari apa yang aku ajar ..apa2 pun dia menang ... banggalah jugak! Tengoklah sendiri ... Hafiz pakai "red head gear" ...




Monday, December 15, 2008

Ride Penang ... kenduri Waddie dan Wanie!

Tahniah Waddie dan Wanie ....
13-Dec .. 3.20 p.m. aku dan BBC bikez club ride gi Penang untuk hadir kenduri kedua mempelai. Alhamdulillah perjalanan baik ..jalan kering ... join dgn Ipoh Bikerz di V point around 5pm...
Perjalanan diteruskan ke Penang ..lead by BigOne ...

Kami bermalam di Upeh Inn, Balik Pulau .. he he he seronok gak layan corner Balik Pulau. Pagi 14-Dec lepas breakfast, ramai sahabat2 bikerz dari KL, Penang etc berkumpul di Upeh Inn ... (pada yg naik kereta ...apa barang takut hujan ... kata bikerz..). Tepat jam 1 p.m. kami bertolok ke masjid berdekatan untuk berkumpul untuk mengiringi pengantin. Memang gempak!!

Dengan kehadiran beberapa groups bikerz memang memeriah suasana majlis. Selepas makan kenduri kami cabut balik.

Perjalanan balik agak mencabar dgn hujan selebatnya dari Taiping hingga Sg Perak... perghh sejuk juga mandi hujan tapi aku bikerz ... macho kena jaga!! iskkk sejuknya ... Dari Sg. Perak meneruskan perjalanan ...lagi sekali hujan lebat sepanjang jalan hingga ke Bukit Beruntung. Mata dah ngantuk ... Bukit Tegar ..ku baca Bukit Beruntung ... nasib baik aku sempat slow down before masuk ... iskkk .... penat gak ride.... again, bikerz Macho kena jaga..ha ha ha

Apa2pun tahniah Waddie dan Wanie ...
Makaseh pada m4sc Northern Bikerz menyambut kami ...
Makaseh pada BBC bikerz menyambut kami ketika pulang ... sejukkkkk!!!

bila lagi tournament, sir?

Sir, bila lagi ada tournament? Dah tak sabar2 nak masuk...


Aku tanya depa, "korang ni ready ke? baru training camni dah semput..." Depa ckp, "gian nak membelasah dan dibelasah ... "


Semangat depa ni memang tinggi ... hujan ribut sekalipun depa ni tetap turun training. Kebanyakkan mereka berumur dari 7 thn hingga 16 thn. Ada juga parent mereka yang heran camno mereka ni begitu semangat nak turun training... aku ckp, "parent patut tgk camno mereka ni training ... dan kalau boleh ikut training sekali"


Yang paling utama ialah membentuk semangat untuk terus mencuba dan bertahan!! Cuba bygkan apabila kanak2 berumur 9 thn "sparring" sambil menangis tapi masih meneruskan "sparring"dan..... yg hilang semangat parent mereka!!

Akhirnya aku wajibkan parent untuk menghadirkan diri pada Grading Test agar mereka juga bersama aku mengetahui perkembangan anak2 mereka. Jika tidak ... "anak anda tidak layak menduduki Grading Test kerana anda tidak hadir...."

Membentuk semangat yang kuat dan jitu merupakan salah satu dari cabang pembelajaran dalam Taekwondo. Latihan yang berterusan akan membentuk pemikiran yang positif yang akhirnya membawa kepada sikap yang positif.

"Berdisiplin melalui Taekwondo"

disini ianya bermula ...

segalanya mesti bermula ... disini aku mulakan blog aku setelah bertahun2 memerhati dan membaca. memang susah untuk menulis (tapi aku rasa tak susah untuk menulis tetapi memulakan sesuatu itu yang susah)

anyway, let see how its goes ...